I have received many complains from the public especially old car owners in the last few months that they faced difficulties to renew their road tax as many insurance companies they approached refused to provide them with 3rd party insurance coverage. This is a problem for many car owners as they have to pay more for comprehensive insurance policy for their old cars.
I have brought up this issue in Parliament and the answer is below:
SOALAN:
Minta MENTERI KEWANGAN menyatakan mengapa syarikat-syarikat insurans tempatan enggan menawarkan perlindungan insurans kelas ketiga kepada pemilik-pemilik kenderaan lama dan apakah dasar Kerajaan terhadap insurans untuk kereta lama dan langkah-langkah untuk menyelesaikan masalah ini untuk meringankan beban pengguna.
JAWAPAN:
Untuk makluman Yang Berhormat, kadangkala penanggung insurans menolak risiko-risiko tertentu termasuk kenderaan lama, yang dianggap berisiko tinggi memandangkan pengalaman tuntutan yang buruk bagi kategori kenderaan jenis ini. Walau bagaimanapun, memandangkan insurans motor adalah diwajibkan di bawah Akta Pengangkutan 1987, industri insurans am telah menubuhkan "Malaysian Motor Insurance Pool" (MMIP) yang bertindak sebagai penanggung insurans terakhir. Sebagai penanggung insurans terakhir, MMIP wajib menawarkan perlindungan insurans seperti yang diminta oleh pemilik kenderaan. Pemilik kereta boleh mendapatkan perlindungan insurans daripada MMIP melalui cawangan-cawangan dua penanggung insurans, iaitu sama ada melalui Multi-Purposes Insurans Berhad ataupun Uni. Asia General Insurance Berhad. Industri insurans sedang dalam proses mengkaji penambahan jumlah penanggung insurans yang menyediakan khidmat MMIP.
Bank Negara Malaysia tidak membenarkan penanggung insurans memaksa pemilik kenderaan untuk membeli perlindungan insurans yang tidak diingini oleh pemilik kenderaan, sama ada perlindungan Komprehensif mahupun Pihak Ketiga. Pemilik kenderaan yang menghadapi masalah ini bolehlah berhubung dengan Pusat Hubungan Bersepadu Bank seperti di bawah:
Alamat:
Pusat Hubungan Bersepadu
Jabatan Komunikasi Korporat
Bank Negara Malaysia
Tingkat 14, Blok B,
Jalan Dato' Onn,
50480 Kuala Lumpur
Telefon: 1-300-88-5465
emel: bnmtelelink@bnm.gov.my .
Read more!
Thursday, June 18, 2009
Parliament: Old car owners can still buy 3rd party insurance
Parliament: RM1 million yearly allocation for each Parliamentary constituency
Minta PERDANA MENTERI menyatakan sama ada pentadbiran baru akan mengubah dasar dalam pengendalian peruntukan khas kawasan Parlimen termasuk kawasan yang diwakili pembangkang dan berapakah peruntukan yang diberikan untuk setiap kawasan Parlimen untuk tahun 2009.
JAWAPAN: YB TAN SRI NOR MOHAMED BIN YAKCOP
Secara dasarnya, Peruntukan Khas YAB PERDANA MENTERI bagi kawasan Parlimen diberi pada setiap tahun kepada semua kawasan Parlimen walaupun kawasan tersebut merupakan kawasan Parlimen pembangkang. Jumlah peruntukan bagi setiap tahun adalah berbeza bergantung kepada kemampuan kewangan Kerajaan dan keperluan rakyat pada tahun tersebut.
Bagi tahun 2009, kesemua 222 kawasan Parlimen diperuntukan sebanyak RM1.0 juta oleh Kerajaan Persekutuan untuk dibelanjakan bagi faedah rakyat di kawasan berkenaan.
For further reading and debate on this issue, pls click here
Read more!
Wednesday, March 18, 2009
Parliament: Number of APs
TUAN LOKE SIEW FOOK minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan statistik jumlah Approved Permit (AP) yang telah diluluskan untuk tahun 2008 dan nyatakan nama-nama syarikat atau individu yang mendapat AP tersebut serta bilangannya.
JAWAPAN
Tuan Yang Di Pertua,
Jumlah keseluruhan pemegang AP Terbuka adalah sebanyak 98 syarikat dan AP Francais sebanyak 81 syarikat. Pada tahun 2000, Jumlah AP kenderaan yang telah dikeluarkan oleh kementerian adalah sebanyak 40,886 unit iaitu 29,434 unit AP Terbuka dan 11,452 unit AP Francais
Read more!
Parliament: Foreign Spouse
SOALAN:
Tuan Loke Siew Fook [Rasak] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan jumlah permohonan bermastautin tetap yang diterima dan bilangan kelulusan mengikut kategori jantina, negara asal, kaum, agama, paras pendapatan bagi kedua-kedua warganegara Malaysia dan isteri atau suaminya dalam masa lima tahun yang lepas.
JAWAPAN:
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, seseorang suami atau isteri asing kepada warganegara perlulah memohon Permit Masuk (Entry Permit) dari Jabatan Imigresen Malaysia di bawah seksyen 10(1) Akta Imigresen 1959/63 terlebih dahulu sebelum layak mendapat taraf pemastautin tetap.
Bagi golongan isteri kepada warganegara Malaysia jumlah pemohon Permit Masuk bagi mendapat taraf Pemastautin Tetap yang diterima dalam tempoh lima tahun dari tahun 2004 hingga 2008 adalah berjumlah 11,892. Daripada jumlah tersebut sebanyak 7,637 permohonan telah diluluskan. Manakala bagi golongan suami kepada warganegara jumlah pemohonan yang diterima ialah 4,673 pemohon dan sebanyak 1,693 permohonan telah diluluskan.
Walau bagaimanapun, Kementerian tiada rekod pecahan jumlah tersebut mengikut negara asal, kaum, agama dan paras pendapatan memandangkan dalam membuat sesuatu pertimbangan terhadap permohonan Permit Masuk, factor factor yang diambil kira adalah hubungan kekeluarga, tempoh berada dinegara ini serta sumbangan kepada negara Malaysia.
Read more!
Wednesday, March 11, 2009
Parlimen: 90% rekrut baru Polis untuk kerja pengurusan!
SOALAN:
Tuan Loke Siew Fook [RASAH] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan jumlah anggota baru PDRM yang telah ditambah sepanjang tahun 2008 mengikut jabatan di setiap negeri dan nyatakan 10 langkah spesifik yang telah diambil oleh pihak kementerian dalam 12 bulan yang lepas untuk memerangi masalah jenayah yang berleluasa.
JAWAPAN
Tuan Yang Dipertua,
Saya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat dari Rasah yang telah mengemukakan soalan.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sepanjang tahun 2008 terdapat penambahan seramai 4,363 pegawai dan anggota PDRM. Daripada jumlah tersebut seramai 3,952 (90%) ditempatkan untuk bertugas di jabatan pengurusan, 218, 5% di jabatan logistik, 60, 1.5% di jabatan keselamatan dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, 52, 1.2% di cawangan Khas, 25 0.5% di Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, 13 0.3% di Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik dan 34 0.7% di Jabatan Siasatan Jenayah.
Tuan Yang DiPertua,
Pihak polis mensasarkan KPI (Key Performance Indicator) Ketua Polis Negara untuk mencegah kadar jenayah tidak melebihi 5% dan kadar penyelesaian kes tidak kurang daripada 40% sebagai langkah untuk mencapai pengurangan kadar jenayah di negara ini.
Dengan mengambilkira tahap “fear of crime” masyarakat terhadap senario jenayahh kini, pihak PDRM sedang melaksanakan beberapa langkah dan strategi berikut dalam usaha memerangi jenayah. Di antaranya ialah, pertama, mewajibkan pemilik atau penyewa bangunan memasang CCTV.
Kedua, menawarkan pekerjaan secara kontrak kepada lima ratus (500) pegawai dan anggota polis untuk berkhidmat sebagai Pensyarah di Maktab PDRM Kuala Lumpur dan 13 Pusat LAtihan PDRM seluruh negara. Langkah ini diambil bagi membolehkan lebih ramai pegawai dan anggota yang bertugas di pusat-pusat Latihan boleh menumpukan perhatian kepada tugas kepolisan.
Ketiga, menawarkan pekerjaan kepada pegawai dan anggota yang telah bersara bagi mencapai pelaksanaan tindakan untuk penambahan keanggotaan seramai 60,000 dalam tempoh lima (5) tahun untuk mencapai nisbah seorang anggota bagi 250 penduduk.
Keempat, menambah bilangan pengambilan staf gunasama untuk memenuhi jawatan perkeranian, perhubungan awam dan sumber manusia supaya anggota polis dapat member tumpuan kepada tugas kepolisan.
Kelima, menambah Pusat Latihan Polis untuk menampung penambahan rekrut baru.
Keenam, bagi mengaplikasikan konsep kehadiran Polis, Pondok Polis atau Balai Polis komuniti diwujudkan di kawasan-kawasan yang berisiko tinggi berlakunya jenayah. Kawasan pengawasan Pondok Polis juga turut diperkecilkan supaya kehadiran dan kekerapan rondaan polis boleh dipeningkatkan.
Ketujuh, PDRM juga turut melaksanakan operasi-operasi secara agresif menerusi konsep “target hardening” di kawasan-kawasan yang kerap berlaku jenayah.
Kelapan, bagi member kesan jangka masa panjang agar keselamatan setiap warganegara terjamin, pihak polis juga telah mengimplementasikan konsep “smart- partnership” iaitu mengarap pemuatakatan dan kerjasama dengan agensi-agensi kerajaan yang lain seperti JPJ, RELA, Kastam, Imigresen, PBT Kementerian Pelajaran Malaysia serta Pihak Swasta dan NGO berkaitan keselamatan.
Kesembilan, penerapan aspek psikologi di mana pihak polis berusaha mendapatkan sokongan dan kerjasama setiap lapisan masyarakat untuk turut serta dealam usaha menjaga keselamatan dan kenterteraman awam.
Kesepuluh, bertugas berdasarkan data maklumat dan risikan keselamatan. Konsep Rakan Cop diperluaskan bertujuan supaya orang ramai boleh membantu polis menyalurkan maklumat mengenai aktiviti jenayah dengan cepat dan tepat..
Read more!
Wednesday, February 25, 2009
Parliament: RM5.54 billion in taxes from NS from 2004-2008
Soalan:
LOKE SIEW FOOK (RASAH) minta MENTERI KEWANGAN menyatakan jumlah kutipan cukai oleh Kerajaan Persekutuan di Negeri Sembilan mengikut pecahan jabatan-jabatan berlainan setiap tahun dari tahun 2004 hingga 2008 dan jumlah peruntukan dari Kerajaan Persekutuan kepada Negeri Sembilan dalam tempoh yang sama.
Jawapan:
Untuk makluman Yang Berhormat, jumlah kutipan cukai oleh jabatan Kerajaan Persekutuan iaitu Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Kastam Di Raja Malaysia (KDRM) di Negeri Sembilan dari tahun 2004 hingga 2008 adalah sebanyak RM5.54 billion di mana kutipan cukai bagi LHDN adalah sebanyak RM2.32 billion dan bagi KDRM adalah sebanyak RM3.22 billion.
Jumlah pemberian oleh Kerajaan Persekutuan kepada Negeri Sembilan dari tahun 2004 hingga 2008 adalah sebanyak RM622.99 juta. Jumlah pemberian ini tidak termasuk peruntukan yang disalurkan melalui kementerian dan agensi Persekutuan yang lain.
Read more!
Parliament: More than RM15 million spent for Kuala Terengganu by-election
Soalan:
LOKE SIEW FOOK (RASAH) minta PERDANA MENTERI menyatakan jumlah perbelanjaan mengikut item-item spesifik untuk perjalanan Pilihan Raya Kecil P036 Kuala Terengganu pada bulan JAnuari lepas yang perlu ditanggung oleh Kerajaan termasuk kos untuk kerahan 6,000 anggota polis.
Jawapan:
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, jumlah keseluruhan perbelanjaan bagi pilihan raya kecil Kuala Terengganu adalah sebanyak RM580,000. Manakala jumlah keseluruhan perbelanjaan bagi operasi PDRM pula ialah sebanyak RM15.153 juta!
Read more!
Thursday, February 19, 2009
Parliament: Government allows 10 "Special Draw 4D" in 2008

Soalan:
LOKE SIEW FOOK (RASAH) minta MENTERI KEWANGAN menyatakan jumlah "Special Draw 4D" yang telah dibenarkan oleh Kerajaan sepanjang tahun 2008, kutipan cukai untuk "special draw" tersebut dan apakah rasional Kerajaan membenarkan "special draw" tersebut.
Jawapan:
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sejumlah 10 cabutan khas (special draw) yang telah dibenarkan oleh Kerajaan pada tahun 2008. Jumlah kutipan cukai yang diperolehi daripada cabutan khas tersebut adalah sebanyak RM77,026,171.04. Kerajaan membenarkan cabutan khas diadakan berdasarkan kepada keperluan semasa yang bertujuan untuk membiayai pelbagai program/projek pembangunan yang berbentuk sukan, kebajikan, pendidikan, kesihatan dan kemasyarakatan.
My comment:
We have received many complaints from members of the public regarding this "special draw" issue as the approval for "special draw" will increase the number of betting days from 3 to 4 times a week. I have raised this issue twice in Parliament last year and urged the government to stop allowing gaming companies to have "special draw". The Minister of Finance has evaded this question many times and very little information was announced in the media regarding this issue. Now i know why the government allows more "special draws" - to fund development projects!
Read more!
Wednesday, February 18, 2009
Parliament: PLUS collected RM6.68 billion from 2004-2007
Soalan:
LOKE SIEW FOOK (RASAH) MINTA MENTERI KERJA RAYA menyatakan jumlah kutipan tol yang telah dikutip oleh Projek Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) dari tahun 2004 hingga 2008 dan sama ada jumlah pendapatan tersebut melebihi "Threshold Toll Revenue" yang ditetapkan dalam Perjanjian Konsesi PLUS.
Jawapan:
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, jumlah kutipan tol yang telah dikutip oleh Projek Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) dari tahun 2004 hingga 2007 adalah sebanyak RM6.68 billion. Walaubagaimanapun jumlah kutipan hasil tol bagi tahun 2008 masih belum disahkan oleh juruaudit bersama di antara Kerajaan dan syarikat konsesi.
Sepanjang tempoh tersebut, hanya pada tahun 2004 jumlah pendapatan yang direkodkan melebihi "threshold toll revenue" yang ditetapkan dalam perjanjian konsesi PLUS. Untuk itu, kerajaan telah menerima perkongsian hasil tol sebanyak RM4.08 juta.
My comment:
Can you imagine that out of RM6.68 billion collected by PLUS in the form of toll revenue, the federal government got a profit sharing of only RM4.08 million! It is obvious that the "threshold toll revenue" stated in the concession agreement is too high and unrealistic. The idea is that the threshold will never be reached so PLUS can "suck" all the toll revenue they collected. I will give more details on the threshold tomorrow.
Read more!
Tuesday, February 17, 2009
Transport Minister's reply on KLIA East@Labu
Below is the answer I received from Parliament. You can draw your own conclusion on how flip flop the BN government is! I'm more confused after reading the answer whether the project is still on or otherwise. "The government agreed to the project but yet to make a final decision"... what does it mean?
Soalan:
Loke Siew Fook (RASAH) minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan secara terperinci mengenai projek Lapangan Terbang LCCT KLIA East@Labu dan apakah justifikasi pelaksanaannya dari sudut pandangan Kerajaan Persekutuan dan siapakah yang akan menanggung perbelanjaan untuk membina infrastruktur sistem jaringan pengangkutan seperti landasan penghubung ERL dan sebagainya.
Jawapan:
Untuk makluman Ahli Berhormat Rasah, walaupun Jemaah Menteri telah bersetuju dengan cadangan pembinaan LCCT Labu baru-baru ini, namun keputusan muktamad masih belum dibuat lagi sama ada cadangan projek ini diteruskan atau sebaliknya. Ini kerana kajian yang lebih terperinci dan menyeluruh sedang dijalankan bagi memastikan projek ini benar-benar sesuai dan memberi faedah kepada rakyat dan Negara. dalam hubungan ini pandangan dan komen dari Jabatan dan Agensi Kerajaan, pihak-pihak swasta, pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan, serta individu-individu sememangnya diambilkira agar keputusan muktamad yang dibuat kelak adalah merupakan keputusan yang tepat.
Projek Pembinaan LCCT baru yang dicadangkan di Labu merupakan satu projek penswastaan. oleh itu, kos pembinaan projek akan dibiayai speenuhnya oleh pihak swasta iaitu AirAsia Berhad. ini termasuk kos connectivity yang melibatkan pembinaan jalanraya dan rel keretapi ke LCCT tersebut. Manakala tentang pembinaan bangunan terminal serta lain-lain bangunan berkaitan dengan pengurusan lapangan terbang, syarikat swasta berkenaan perlu mematuhi segala piawaian serta peraturan operasi sesebuah lapangan terbang termasuk mendapatkan lesen-lesen yang berkaitan yang dikawal oleh Kementerian Pengangkutan.
Sekiranya projek ini dipersetujui dan dilaksanakan kelak, Kementerian Pengangkutan akan terlibat dari segi memastikan bahawa LCCT tersebut mematuhi segala piawaian dan peraturan pengurusan lapangan terbang serta semua urusan sistem kawalan trafik udara dan prosedur bagi pengendalian penumpang serta passenger transfer yang telah ditetapkan oleh International Civil Aviation Organization (ICAO)
.
Read more!
Thursday, October 23, 2008
Trade Missions
Tuan Loke Siew Fook (RASAH) minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan secara terperinci semua misi perdagangan yang telah dijalankan dari 8 Mac 2008 sehingga kini termasuk jumlah kos dalam setiap misi dan jumlah nilai pelaburan yang direalisasikan. Adakah pihak Kemnenterian menjemput Menteri Besar atau Ketua Menteri Pakatan Rakyat menyertai misi-misi tersebut.
JAWAPAN:
Dari 8 Mac 2008 sehingga kini, sebanyak 5 Misi Galakan Perdagangan dan Pelaburan yang dianjurkan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri telah diadakan di:
1) Amerika Syarikat, dari 13 hingga 23 Mei 2008;
2) Hong Kong, dari 15 hingga 17 Jun 2008;
3) Jepun, dari 5 hingga 12 Julai 2008;
4) Vietnam, dari 27 hingga 30 Julai 2008;
5) Singapura, pada 12 Ogos 2008
Kos yang terlibat bagi melaksanakan setiap Misi Galakan Perdagangan dan Pelaburan tersebut adalah seperti berikut:
1) Amerika Syarikat : RM1,541,494
2) Hong Kong : RM144,385
3) Jepun : RM739,639
4) Vietnam : RM808,830
5) Singapura : RM284,245
Jumlah pelaburan berpotensi yang dikenalpasti daripada misi-misi ini adalah seperti berikut:
1) Misi ke Amerika Syarikat : RM2.1 billion
2) Misi ke Jepun : RM2.604 billion
3) Misi ke Vietnam : RM2.068 billion
4) Misi ke Singapura : RM489.4 juta
Disamping pelaburan berpotensi berjumlah RM7.36 billion, jualan barangan secara langsung berjumlah RM1.2 juta telah dicapai. Jualan berpotensi berjumlah RM28.8 juta telah dikenalpasti.
Sebanyak 200 syarikat, termasuk agensi-agensi di bawah kerajaan negeri telah menyertai Misi-misi Galakan Perdagangan dan Pelaburan ini.
Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri belum lagi menjemput Menteri Besar atau Ketua Menteri dari negeri-negeri di bawah Pakatan Rakyat untuk menyertai Misi Galakan Perdagangan dan Pelaburan. Walau bagaiamanpun, Kerajaan tidak mengamalkan diskriminasi terhadap mana-mana negeri dalam usaha menarik pelaburan asing ke Malaysia. Peluang yang sama diberikan kepada semua agensi-agensi kerajaan negeri untuk turut serta dalam di Misi Galakan Perdagangan dan Pelaburan yang dianjurkan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri.Agensi-agensi Kerajaan Negeri dibawah Pakatan Rakyat telah turut menyertai Misi Galakan Perdagangan dan Pelaburan, sebagai contoh:
1) Invest Perak dalam Misi Galakan Perdagangan dan Pelaburan ke Amerika Syarikat;
2) Perbadanan Pelaburan Negeri Selangor dalam Misi Galakan Perdagangan dan Pelaburan ke Jepun; dan
3) Invest Perak dan Invest Penang dalam Misi Galakan Perdagangan dan Pelaburan ke Singapura.
The above answer was given by the Deputy Minister during the one and a half hour Q&A session this morning. In my supplementary question, I raised up that the Deputy Prime Minister had recently called on the Opposition to work together with the Federal Government to face the current economic challenges. I said this is "Cakap tak serupa bikin" as they talk about cooperation but when come to international trade missions, why the Head of State Governments under Pakatan are not invited. I said that the current competition is not between Pakatan states and Barisan states but between Malaysia and the rest of the world.
I quoted the "World Investment Prospects Survey 2007-2009 FDI by United Nations on Trade and Development (UNCTAD)" which stated that Malaysia is at the 14th spot in terms of most attractive FDI destination. Among South East Asian countries, we are behind Vietnam (6th) and Thailand (12th) in terms of attractiveness for foreign investors. I asked him what are the new strategies to attract investors and whether the Ministry will put aside political differences and invite the Pakatan leaders to go on international trade missions together?
The Deputy Minister merely answered that they have yet to invite the MBs from Pakatan but will not discriminate against the state run by Pakatan. .
Read more!
Tuesday, October 21, 2008
Khazanah Nasional Berhad

Tuan Loke Siew Fook (RASAH) minta MENTERI KEWANGAN menyatakan secara terperinci semua aset dan tanggungan yang dimiliki oleh Khazanah Nasional Berhad dan 10 pelaburan terbesar yang sedang diceburi oleh Khazanah termasuk jenis industri, nilai pelaburan dan lokasinya.
JAWAPAN:
Untuk makluman Yang Berhormat, jumlah aset dan tanggungan (liabiliti) Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2007 adalah seperti berikut:
Khazanah (peringkat syarikat) Jumlah (RM'000)
Jumlah Aset 41,218,484
Jumlah Liabiliti 24,271,807
2. Portfolio pelaburan Khazanah adalah pelbagai dari segi sektor ekonomi dan geografi. Lebih dari 85% pelaburan Khazanah adalah di Malaysia. Berikut adalah 10 pegangan pelaburan umum yang terbesar dan terpenting Khazanah, mengikut nilai pelaburan semasa:
Syarikat Industri Nilai pelaburan semasa* (RM billion)
1) Tenaga Nasional Bhd -Utiliti (11.551)
2) UEM Group -Konglomerat (11.058)
3) TMI Berhad -Telekomunikasi (10.430)
4) Bumi Commerce Holding-Kewangan (7.253)
5) Penabangan M'sia/MAS -Pengangkutan (4.101)
6) Telekom Malaysia -Telekomunikasi (3.853)
7) PLUS -Infrastruktur (3.644)
8) Lippo Bank -Kewangan (3.241)
9) Iskandar Investment -Hartanah (2.550)
10)Malaysia Airport -Pengurusan (2.528)
* mengikut nilai pasaran pada 31 Mei 2008 .
Read more!
Monday, October 20, 2008
The cost for street lights from Nilai to Seremban

Tuan Loke Siew Fook (Rasah) minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan berapa jumlah batang lampu jalan yang telah dipasang di antara Plaza Tol Nilai Utara dengan Seremban, kos setiap batang, jumlah perbelanjaan, siapa yang menanggung perbelanjaan tersebut, siapa kontraktor yang menjalankan projek dan jenis tender yang dilaksanakan. (15 Oktober 2008)
Butiran bagi perkara-perkara yang dibangkitkan:
1) Jumlah tiang lampu bagi Nilai Utara - Seremban adalah sebanyak 940 batang
2) Kos seunit tiang lampu (tidak termasuk kos kabel dan lain-lain kos) adalah
sebanyak RM2,400 satu batang tiang
3) Kos projek sepanjang 22 km ini adalah RM22.54 juta
4) Projek ini adalah sebahagian dari kerja-kerja pelebaran lorong ketiga lebuhraya
Seremban ke Ayer Keroh. Kerja ini diberi kepada PLUS sebagai kontraktor dan kos
projek ini ditanggung oleh pihak kerajaan.
The above is the answer from the Works Ministry. If you calculate 940 street lights X RM 2400 each, it will be amounted to RM 2,256,000 (2.25 million). That means the cabel costs and "lain-lain kos" are about RM 20 million!
I fully welcome the project to fully light up the KL-Seremban Highway especially the Seremban - Nilai part but the amount spent for the project is questionable. The ministry did not answer whether the project was awarded through open tender or otherwise.
Any street lights contractor out there who can give a quotation?
Read more!
Thursday, August 21, 2008
Interest rate for housing loan averaged 4.62% in June
Soalan:
Tuan Loke Siew Fook (Rasah) minta MENTERI KEWANGAN menyatakan sama ada Kerajaan bercadang untuk menurunkan kadar faedah pinjaman untuk pembeli rumah untuk menjana industri perumahan dan membantu golongan berpendapatan rendah supaya lebih mampu memiliki rumah milik sendiri. Sekiranya ya, bila dan berapa kadarnya. Sekiranya tidak, mengapa.
JAWAPAN:
Untuk makluman Yang Berhormat, kadar faedah untuk pinjaman perumahan baru pada Jun 2008 secara puratanya adalah 4.62% setahun. Kadar ini adalah lebih rendah berbanding purata kadar berian pinjaman asas (BLR) yang berada pada 6.72% bagi pinjaman lain. Dalam menentukan kadar faedah untuk pinjaman perumahan, institusi-institusi perbankan akan mengambil kira kos dana mereka, tempoh pinjaman dan kemampuan pembayaran balik pinjaman serta keadaan pasaran semasa.
2. Bagi membantu golongan yang berpendapatan rendah membeli rumah kos rendah dan sederhana, Syarikat Jaminan Kredit untuk Perumahan Berhad telah melancarkan skim pinjaman berjamin pada 1 Januari 2008. Melalui skim itu, golongan yang tidak mempunyai pendapatan tetap seperti nelayan, petani dan peniaga kecil berpeluang membuat pinjaman perumahan yang dijamin oleh Syarikat Jaminan Kredit Perumahan Bhd menerusi Bank Simpanan Nasional dan Bank Islam Malaysia Bhd. Skim ini disasarkan untuk pembelian rumah yang bernilai kurang daripada RM60,000 pada kadar faedah kadar pinjaman asas (BLR)+ 0% dengan tempoh pinjaman selama 40 tahun atau pinjaman untuk dua generasi.
3. Institusi-institusi perbankan digalakkan menetapkan sasaran pinjaman kepada pembelian rumah bernilai tidak lebih daripada RM100,000. Ini bertujuan memastikan peminjam yang layak untuk membeli rumah dalam lingkungan harga tersebut terus mendapat akses kepada pinjaman pada kos yang berpatutan. Pada masa ini, kadar faedah pinjaman yang dicaj oleh institusi-institusi perbankan bagi pinjaman kategori ini tidak boleh melebihi 1.75% di atas kadar pinjaman asas (yang berada pada tahap 6.75% buat masa ini). Di samping itu, institusi perbankan telah memberikan komitmen untuk membantu meringankan beban peminjam. Antara usaha-usaha yang telah dilaksanakan adalah seperti berikut:
i. merangkumkan kos awal seperti fi guaman sebagai sebahagian dari pinjaman. Dalam kes-kes tertentu institusi perbankan boleh menanggung kos fi guaman dan duti setem bagi pihak pembeli;
ii. menawarkan produk-produk yang mengenakan kadar pinjaman faedah yang amat kompetitif; dan
iii. institusi perbankan bersedia mengadakan rundingan awal dengan peminjam sebelum mereka menghadapi masalah bayaran balik. Institusi perbankan juga bersedia menstrukturkan semula pinjaman dengan melanjutkan tempoh pinjaman kepada mereka yang benar-benar menghadapi masalah bayaran balik. .
Read more!
Wednesday, July 16, 2008
Tuesday, July 15, 2008
Friday, July 11, 2008
My Question listed No.4 on Monday
My final oral question for the 2nd Parliamentary sitting is listed No 4 in the Order Paper on Monday, 14 July. This is the first time in this session that my question is listed in the top 10 questions so it will definetely be answered orally by the Minister or his deputy. I have a chance to ask a supplementary question too.
Listed in the top 4 questions is a bonus too as it might be answered in the first half an hour during the live telecasts over TV1. So folks, catch TV1 on Monday from 10-10.30 am :) My question is on whether the goverment will implement "Dispensing Separation", a question the pharmacists are most interested in.
Read more!
Wednesday, July 9, 2008
RM752,500 constituency allocation spent in 1 month!
I have asked a parliamentary question regarding the amount of allocation spent for Rasah parliamentary constituency for the month of January and February 2008 just before Parliament was dissolved on 13th February 2008.
The answer i received today is shocking. The Deputy Minister in the PM's Department answered that there was no approval for January but for February, a total of 96 projects were approved with RM752,500.00 spent! The total allocation for this year after March 8 election is RM500,000. Are you not convinced that this allocations were spent to fish for votes? Look at the breakdown:
1) Infrastruktur Asas - Jalan (4) RM170,000
Infrastruktur Asas-lain-lain (3) RM120,000
2) Pusat Perkhidmatan (1) RM100,000
3) PIBG (9) RM37,000
4) JKKK (34) RM102,000
5) Persatuan Penduduk (27) RM58,500
6) Program Kemasyarakatan (2) RM50,000
7) NGO dan lain-lain (15) RM115,000
JUMLAH (96 PROJEK) RM752,500
I have no problem at all if the monies were spent for the benefits of the people. But I can't not be suspicious if RM100,000 spent for Pusat Perkhidmatan (Service Center). Whose service center? The former MP Datuk Goh Siow Huat's service center?
I will dig for more answers at next week's Supplementary Budget debate. .
Read more!
Thursday, July 3, 2008
Soft skills important for our graduates
‘Finishing schools’ for undergrads
At the Dewan Rakyat
Reports by LEE YUK PENG, ZULKIFLI ABD RAHMAN, SIM LEOI LEOI AND NG CHENG YEE
ALL public universities have been asked to set up “finishing schools” to conduct courses in soft skills for their graduates to enhance their employability.
Higher Education Minister Datuk Khaled Nordin said the universities usually required their students to join an internship course at various companies a year before they graduated.
“The students will work for the companies for a few months and then, it’s up to the firms on whether to keep them on their payroll or not. This is one way of increasing our graduates’ employability.
“However, not all graduates will have a chance to join an internship. So, the ministry has encouraged all public universities to introduce or have ready finishing schools for this purpose.
“The finishing school will provide courses such as the mastery of the English language, entrepreneurship and other personal skills to enhance their employability,” he said in reply to a supplementary question from Loke Siew Fook (DAP – Rasah).
Later at the Parliament lobby, Khaled said that the “finishing schools” referred to soft skills courses, and not a separate entity within the public universities.
“However, attendance is not compulsory. Students who feel they are lacking in this area and want to enhance their employability will be given the option to attend these courses.
“It was a ministry directive for all public universities to conduct such courses,” he said, adding that almost all the universities were now holding these courses.
It is understood that although the soft skills courses had been offered by the universities before, they were held on an ad hoc basis.
It is believed that the directive was given to public universities when Datuk Mustapa Mohamed was the Higher Education Minister.
Earlier, in the Dewan, Khaled said the ministry encouraged a close partnership between public universities and industries through internship programmes.
“The ministry has worked together with private companies and government-linked corporations as well as agencies to provide such internship programmes,” he told Ismail Mohamed Said (BN – Kuala Krau).
Khaled said the ministry had also set up an academic industry advisory board for this purpose. .
Read more!
