Thursday, April 24, 2008

Parliamentary Questions

Below are the questions I have submitted for the 1st session of Parliament sitting starting next Tuesday, 29th April...I faxed the questions at 4.59 p.m. on the deadline...Luckily, the fax gone through, you know what i mean ;)

Pertanyaan-pertanyaan Lisan Ahli Parlimen Rasah

1) Loke Siew Fook minta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan nama semua projek perumahan terbengkalai di Negeri Sembilan setakat ini, jumlah pembeli terlibat, jumlah kerugian dan sejauh manakah langkah-langkah telah diambil oleh Kementerian untuk memulihkan projek-projek tersebut. (5 Mei 2008)

2) Loke Siew Fook minta Menteri Dalam Negeri menyatakan jumlah pemegang kad pengenalan merah mengikut kategori yang ditakrifkan dan pecahan kaum, langkah-langkah Kementerian untuk menyelesaikan masalah ini dan syarat-syarat untuk pemegang yang lahir di Malaysia mendapatkan status warganegara yang sah. (6 Mei 2008)

3) Loke Siew Fook minta Perdana Menteri menyatakan amaun peruntukan pembangunan kawasan Parlimen yang ditetapkan untuk tahun 2008 untuk setiap kawasan, bagaimanakah peruntukan ini disalurkan kepada kawasan yang diwakili oleh wakil pembangkang dan samada wakil pembangkang mendapat hak yang sama seperti wakil kerajaan dalam pengurusan peruntukan ini. (7 Mei 2008)

4) Loke Siew Fook minta Menteri Penggajian Tinggi menyatakan jumlah pelajar universiti tempatan mengikut pecahan kaum dan tahun akademik yang mereka berada dan langkah-langkah Kementerian untuk menambah peluang yang sama rata kepada semua pemohon yang layak. (8 Mei 2008)

5) Loke Siew Fook minta Perdana Menteri menyatakan apakah dasar baru yang dirangka oleh Kerajaan Persekutuan untuk membantu dan meningkatkan taraf sosio ekonomi masyarakat kaum India di Malaysia yang terpinggir. (12 Mei 2008)

6) Loke Siew Fook minta Menteri Pengangkutan menyatakan apakah status pelaksanaan dasar “open skies” dalam sektor penerbangan negara setakat ini terutamanya berhubung kait dengan Singapura dan samada penerbangan terus dari lapangan-lapangan terbang domestik selain Kuala Lumpur ke Singapura akan dibuka kepada syarikat penerbangan kos rendah (Low Cost Carrier). (13 Mei 2008)

7) Loke Siew Fook minta Menteri Penggajian Tinggi menyatakan samada Kementerian bersedia untuk menggantikan dua sistem peperiksaan kemasukan universiti yang berlainan iaitu STPM dan matrikulasi dengan satu sistem peperiksaan yang sama untuk semua pelajar Malaysia yang ingin memohon tempat di Institusi Penggajian Tinggi Awam. (14 Mei 2008)

8) Loke Siew Fook minta Menteri Pertahanan menyatakan jumlah perbelanjaan yang telah dikeluarkan oleh Kerajaan untuk Program Latihan Khidmat Negara mengikut tahun 2004, 2005, 2006, 2007 dan pecahan perbelanjaan tersebut yang terperinci dan samada Kementerian akan mengkaji semula keberkesanan pelaksanaan program ini (15 Mei 2008)

9) Loke Siew Fook minta Menteri Pertanian dan Asas Tani menyatakan mengapakah Projek Ternakan Khinzir terancang di kawasan Chuah, Negeri Sembilan masih tidak dapat dilaksanakan sehingga kini dan apakah status projek tersebut pada masa kini (20 Mei 2008)

10)Loke Siew Fook minta Menteri Sumber Manusia menyatakan jumlah pengganggur di seluruh negara pada masa kini mengikut pecahan kaum, negeri asal dan tahap pendidikan dan langkah-langkah untuk mengatasi masalah pengganguran ini. (21 Mei 2008)


Pertanyaan Bertulis Ahli Parlimen Rasah

1) Loke Siew Fook minta Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna menyatakan jumlah lesen stesen petrol yang dikeluarkan setakat ini yang masih beroperasi mengikut pecahan latarbelakang kaum dan syarat-syarat untuk memohon lesen tersebut.

2) Loke Siew Fook minta Perdana Menteri menyatakan butir-butir terperinci semua projek Rancangan Malaysia Ke 9 yang telah diluluskan untuk Negeri Sembilan serta jumlah peruntukannya mengikut projek dan status setiap projek tersebut pada masa kini.

3) Loke Siew Fook minta Menteri Kerja Raya menyatakan bilakah projek plaza tol Seremban yang baru dapat disiapkan untuk mengatasi masalah kesesakan di plaza tol tersebut dan jumlah kos pembinaan serta status pelaksanaannya pada masa kini.

4) Loke Siew Fook minta Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar menyatakan jumlah peruntukan yang disalurkan untuk projek tebatan banjir di Negeri Sembilan untuk tahun 2008, projek-projek yang sedang dijalankan dan langkah-langkah lain untuk mengatasi masalah banjir kilat yang semakin serius di Bandar Seremban.

5) Loke Siew Fook minta Menteri Dalam Negeri menyatakan samada Kementerian mempunyai rancangan untuk menubuhkan Balai Polis di kawasan Rasah Jaya dan Seremban Jaya yang merupakan dua bandar satelit dalam Parlimen Rasah dan sekiranya ada, bilakah ia dapat dilaksanakan.

No comments: