Thursday, June 18, 2009

Parliament: Old car owners can still buy 3rd party insurance

I have received many complains from the public especially old car owners in the last few months that they faced difficulties to renew their road tax as many insurance companies they approached refused to provide them with 3rd party insurance coverage. This is a problem for many car owners as they have to pay more for comprehensive insurance policy for their old cars.

I have brought up this issue in Parliament and the answer is below:

SOALAN:

Minta MENTERI KEWANGAN menyatakan mengapa syarikat-syarikat insurans tempatan enggan menawarkan perlindungan insurans kelas ketiga kepada pemilik-pemilik kenderaan lama dan apakah dasar Kerajaan terhadap insurans untuk kereta lama dan langkah-langkah untuk menyelesaikan masalah ini untuk meringankan beban pengguna.

JAWAPAN:

Untuk makluman Yang Berhormat, kadangkala penanggung insurans menolak risiko-risiko tertentu termasuk kenderaan lama, yang dianggap berisiko tinggi memandangkan pengalaman tuntutan yang buruk bagi kategori kenderaan jenis ini. Walau bagaimanapun, memandangkan insurans motor adalah diwajibkan di bawah Akta Pengangkutan 1987, industri insurans am telah menubuhkan "Malaysian Motor Insurance Pool" (MMIP) yang bertindak sebagai penanggung insurans terakhir. Sebagai penanggung insurans terakhir, MMIP wajib menawarkan perlindungan insurans seperti yang diminta oleh pemilik kenderaan. Pemilik kereta boleh mendapatkan perlindungan insurans daripada MMIP melalui cawangan-cawangan dua penanggung insurans, iaitu sama ada melalui Multi-Purposes Insurans Berhad ataupun Uni. Asia General Insurance Berhad. Industri insurans sedang dalam proses mengkaji penambahan jumlah penanggung insurans yang menyediakan khidmat MMIP.

Bank Negara Malaysia tidak membenarkan penanggung insurans memaksa pemilik kenderaan untuk membeli perlindungan insurans yang tidak diingini oleh pemilik kenderaan, sama ada perlindungan Komprehensif mahupun Pihak Ketiga. Pemilik kenderaan yang menghadapi masalah ini bolehlah berhubung dengan Pusat Hubungan Bersepadu Bank seperti di bawah:

Alamat:
Pusat Hubungan Bersepadu
Jabatan Komunikasi Korporat
Bank Negara Malaysia
Tingkat 14, Blok B,
Jalan Dato' Onn,
50480 Kuala Lumpur

Telefon: 1-300-88-5465

emel: bnmtelelink@bnm.gov.my
. Read more!

Parliament: RM1 million yearly allocation for each Parliamentary constituency

Minta PERDANA MENTERI menyatakan sama ada pentadbiran baru akan mengubah dasar dalam pengendalian peruntukan khas kawasan Parlimen termasuk kawasan yang diwakili pembangkang dan berapakah peruntukan yang diberikan untuk setiap kawasan Parlimen untuk tahun 2009.

JAWAPAN: YB TAN SRI NOR MOHAMED BIN YAKCOP

Secara dasarnya, Peruntukan Khas YAB PERDANA MENTERI bagi kawasan Parlimen diberi pada setiap tahun kepada semua kawasan Parlimen walaupun kawasan tersebut merupakan kawasan Parlimen pembangkang. Jumlah peruntukan bagi setiap tahun adalah berbeza bergantung kepada kemampuan kewangan Kerajaan dan keperluan rakyat pada tahun tersebut.

Bagi tahun 2009, kesemua 222 kawasan Parlimen diperuntukan sebanyak RM1.0 juta oleh Kerajaan Persekutuan untuk dibelanjakan bagi faedah rakyat di kawasan berkenaan.

For further reading and debate on this issue, pls click here Read more!

Monday, June 8, 2009

Letter to PSD Director General

I went to the Public Service Department headquarters in Putrajaya this morning to submit one specific appeal case from Seremban and submit another letter to the DG to solve the PSD Scholarship's problem. I felt great injustice to top students who failed in their application especially those who scored 12 A1 and yet did not able to get the scholarships.

To our dear Prime Minister, please prove us wrong that your "One Malaysia" slogan is just mere rhetoric!

My letter as below:


8 Jun 2009

Tan Sri Ismail Adam
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia
JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA
Blok C1-C2, Kompleks C
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62510 W.P Putrajaya

Tan Sri,

ISU BIASISWA PROGRAM IJAZAH LUAR NEGARA (PILN) JABATAN PERKHIDMATAN AWAM 2009

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara yang tersebut di atas.

2. Seperti yang Tan Sri sedia maklum, isu biasiswa PILN JPA pada tahun ini telah menimbulkan pelbagai reaksi daripada ibu bapa dan pelajar-pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dalam SPM 2008 namun gagal mendapat biasiswa JPA. Walaupun saya sedia maklum bahawa keputusan untuk kes-kes rayuan telah diumumkan beberapa hari yang lalu, namun masih terdapat ketidakpuasan hati dan keraguan dalam isu biasiswa ini.

3. Isu yang paling meragukan ialah mengapa ada di kalangan pelajar-pelajar cemerlang yang mendapat 12 A1 gagal mendapat biasiswa tersebut. Keraguan ini disebabkan bahawa pihak JPA telah mengumumkan 20% daripada 2,000 biasiswa PILN atau 400 biasiswa ditawarkan berdasarkan meritokrasi iaitu melihat keputusan akademik yang paling cemerlang dan tidak mengambil kira faktor-faktor lain. Namun, mengikut statistik Kementerian Pelajaran, pelajar SPM 2008 yang mendapat 12 A1 ke atas adalah kurang daripada 300 orang pelajar. Jadi, mengapakah masih terdapat pelajar cemerlang 12A1 yang gagal mendapat biasiswa tersebut dalam kategori merit? Kita menyeru pihak JPA mengumumkan penjelasan dalam perkara ini dengan sejelas-jelasnya.

4. Pergerakan Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) ingin membuat 2 cadangan kepada pihak JPA untuk menyelesaikan isu biasiswa pada tahun ini iaitu:

a) Menyiasat semula semua kes pelajar yang mendapat sekurang-kurangnya 12 A1 yang gagal mendapat biasiswa PILN dan menawarkan biasiswa PILN kepada semua pelajar tersebut yang masih tidak berjaya dalam rayuan mereka.

b) Semua pelajar cemerlang yang mendapat sekurang-kurangnya 9 A1 ke atas yang gagal mendapat biasiswa PILN 2009 ditawarkan biasiswa Program Ijazah Dalam Negara supaya mereka boleh terus menyambung penggajian di IPTA atau IPTS tempatan.

5. Kami amat berharap pihak JPA akan menerima cadangan-cadangan ini untuk menyelesaikan isu biasiswa JPA ini yang telah menimbulkan pelbagai reaksi negatif daripada pelajar-pelajar dan ibubapa mereka.

Sekian dimaklumkan. Terima kasih.


Berkhidmat untuk rakyat,


LOKE SIEW FOOK
AHLI PARLIMEN RASAH merangkap
KETUA PEMUDA SOSIALIS DAP

. Read more!