Monday, January 19, 2009

Bantuan Pendidikan



Semalam saya masuk ke Batu 8 Labu bersama dengan Sdr Mokhtar (mantan calon PKR untuk DUN Labu) untuk mengunjungi sebuah keluarga muda yang mempunyai 5 anak. Ayahnya baru keluar dari penjara dan masih belum mendapat pekerjaan.Ibunya bekerja sebagai pembantu di warung di R&R Seremban bergaji RM600. Sdr Mokhtar telah memaklumkan kepada saya bahawa keluarga tersebut menghadapi masalah untuk membayar yuran PIBG dan buku latihan untuk 4 anak yang bersekolah. Peralatan sekolah seperti bag, baju dan kasut juga tidak mampu dibeli. Oleh kerana perlu ke KT minggu lepas, saya telah membelikan keperluan tersebut minggu lepas dan diserahkan oleh Mokhtar kepada mereka supaya boleh mula sekolah dahulu.

Semalam saya menyumbangkan RM350 untuk membayar yuran-yuran yang perlu dibayar dan Mokhtar ditanggungjawabkan untuk menjelaskan yuran tersebut di sekolah pagi tadi. Berita tersebut dilaporkan oleh Sinar Harian hari ini dan saya difahamkan pegawai Jabatan Kebajikan bergegas ke rumah tersebut untuk menyiasat.

Walaupun terpaksa memakai wang sendiri daripada elaun Ahli Parlimen saya, namun kepuasan cukup tinggi kerana dapat membawa sedikit senyuman kepada sebuah keluarga. Peluang pendidikan tidak boleh dinafikan kepada sesiapa dan bantuan perlu dihulurkan untuk anak-anak muda yang tidak dapat menikmati kemudahan seperti rakan sebaya tanpa mengira kaum dan latarbelakang sosial.
.

5 comments:

Ho_llY said...

To Yang_Berhormat Loke,

U:O What The Story

YB Loke, when you getting
retired ....
Have planning as the teacher , teaching the children for the future live in Democratic Way , the right for Humanity !!!!

Chan said...

I support the first comment to you...I see the potentials of you to be the second Obama... So, i hope you can become an educator to the younger generation three terms after you hold your MP or Adun post.!

Anonymous said...

Brave Anthony, small gesture but very big heart

Happy CNY!

Regards
Lee Wee Tak

Anonymous said...

bravo, typo. sorry

Bangsa Cina Malaysia said...

what about the rest of DAP state assemblymen.

are they helping the Malays and Indians as well or are they shy to approach the Malays becoz they have poor command of Bahasa.

i think the majority of them can last only 1 term.