Friday, August 7, 2009

Saya hina Islam?

Saya mendapat tahu bahawa ada beberapa pihak yang tidak bertanggungjawab termasuk seorang Ahli Parlimen PR yang cuba menghentam saya kononnya saya menghina agama Islam. Mereka menggunakan pelbagai saluran; komen dalam blog saya, emel dan sebagainya untuk mencaci saya dengan perkataan-perkataan rasis dan menjijikkan.

Ya, memang saya mengeluarkan satu kenyataan beberapa hari lepas untuk mengutuk seorang penulis dalam Utusan Malaysia yang bernama Mohd Ridhuan Tee berkenaan dengan isu apa yang dikatakan olehnya sebagai "anak luar nikah" Teoh Beng Hock. Saya merasakan tulisannya cukup tidak sensitif terhadap perasaan keluarga Beng Hock dan tidak adil terhadap bayinya yang tidak berdosa. Yang pertama, Beng Hock bukan seorang penganut Islam dan beliau tidak tertakluk kepada hukum agama Islam. Saya tidak mempertikaikan hukum agama Islam tetapi adalah tidak adil untuk Ridhuan Tee untuk mengenakan "moral judgement" ke atas Beng Hock.

Yang keduannya, kenyataan daripada Ahli Parlimen tersebut mengatakan bahasa yang digunakan oleh DAPSY mencaci agama Islam (petikan daripada sebuah blog). Saya ingin menegaskan bahawa bahasa-bahasa yang tidak senonoh tersebut BUKAN sebahagian dari kenyataan saya tetapi adalah komen-komen daripada pembaca blog tersebut yang saya tidak bertanggungjawab. Saya tidak tahu samada YB tersebut sengaja memutarbelitkan fakta atau tidak faham baca kenyataan akhbar. Memang kita menyedari bahawa ada sesetengah pihak yang kerja mereka saban hari ialah cuba mengambarkan DAP sebagai parti anti-Islam. Agenda mereka cukup diragui dan sememangnya ada "udang di sebalik batu".

Rakan-rakan dan para penyokong PR khasnya dari PAS di NS yang pernah mendengar ceramah saya mengenali siapa saya dan cara pemikiran saya. Saya menghormati semua agama dan kaum. Saya tidak akan membalas orang yang menggunakan perkataan yang cukup rasis terhadap saya dengan perkataan yang sama. Kalau kita dalam PR mempunyai fikiran begitu, kita hanya akan jatuh dalam perangkap UMNO! Saya yakin majoriti orang Muslim di Malaysia menolak cara pemikiran yang rasis seumpama itu.

Saya "reproduce" kenyataan saya di bawah ini dan terpulanglah kepada orang ramai untuk menilai kenyataan tersebut.


Media Statement by Loke Siew Fook in Petaling Jaya on Tuesnesday, 4th August 2009:

Mohd Ridhuan Tee must apologize to Teoh Beng Hock’s family and two chinese language dailies!

It is sickening to see that a person with supposedly strong academic credentials and high religious stature can produce such cruel and heartless remarks over the issue of Teoh Beng Hock’s unborn child.

By twisting a dreadful tragedy with his zealous agenda against “bastard children” in his Utusan Malaysia article, Dr. Mohd Ridhuan, the vice-president of the Malaysian Chinese Muslim Association, has caused immense emotional damage to Teoh’s family.

Whatever superficial sympathy Dr. Mohd Ridhuan has for Teoh’s family is lost when he chooses to harp on the status of the child, whom he labels as an illegitimate child. Dr. Mohd Ridhuan has also compared Teoh’s child to the children of “Malay-Muslim girls who have sex with Muslim or non-Muslim partners with or without consent”, who are born without taking their father’s names.

By comparing, with blatantly racist language, an unborn child of an engaged couple who is painfully separated by the fiance’s mysterious death, to children who are results of unplanned conception, Dr Mohd Ridhuan has shown everyone how low he can go to hurt other human beings with broken logic.

As if that wasn’t enough, Dr. Mohd Ridhuan produced another hurtful article to slam his critics, labelling two Chinese language dailies – China Press and Nanyang Siang Pau – as racist, for highlighting his own racist outbursts. You can’t get more hypocritical than that.

DAPSY condemns in the strongest possible terms, the decision by Dr. Mohd Ridhuan to produce such insensitive, racist, zealous and hypocritical writings and the decision by Utusan Malaysia to publish them. DAPSY calls on Dr. Mohd Ridhuan to immediately apologize to Teoh’s family and to China Press and Nanyang Siang Pau, for all they have done is to reveal and reject his nasty character
.

63 comments:

Anonymous said...

If the child conceived out of wedlock than that is illegitame. Doesn't matter when they will get marry or not.
I do not know much about chinese culture..but is this acceptable to Chinese as a whole?
Rozi66

kaiyet said...

Rozi66:
I dont think it's a problem, we were much more concerns with whether who should be responsible for the well being of the unborn child, whether they have got blood relations with his father rather than whether a child was borne wedlock or not.

same with YB, i respected other religions including Islam, no offence to Islam as well, im merely expressing my view as a chinese.

kaiyet

Anonymous said...

Saya nak nyatakan YB Loke Siew Fook Ahli Parlimen Rasah memang tidak menghina Islam. Beliau cuma minta Sdr Ridhuan Tee memohon maaf kepada keluarga mendiang Beng Hock. Memang benar tulisan Ridhuan Tee kontroversi dan berbau perkauman.Baru-baru ini saya menonton video internet You Tube bertajuk Hujah drpd TV9 yang dihoskan oleh Dr Agus Yusoff dan tetamu pd rancangan tersebut ialah Dr Ridhuan Tee. Setelah menonton video tersebut yg mengandungi part1,2 dan 3 terutamanya part2 apabila Dr Agus bertanya kpd Dr Ridhuan komen mengenai ucapan pemimpin MCA Dato Liow Tiong Lai tiba-tiba Dr Ridhuan secara membabi-buta menghentam DAP dgn begitu semangat. Bahasa isyaratnya yg begitu fanatik dan diluar tabii tanpa disedari oleh beliau. Ini menunjukkan sikap syok sendiri and sandiwara yg terlampau. Kawan-kawan semua jgn kita termakan perangkap yang dihebohkan oleh penulis upahan BN/UMNO ini yg bahaya,rakus dan tiada semangat majmuk ini. Kalau nak tonton video ini di YOU Tube sila semak dlm laman YOU TUBE, Ridhuan Tee.
Saya sebagai seorang sawo matang yang bernas dan mempunyai ramai kawan-kawan pelbagai kaum dgn sekeras-kerasnya mengecam tindak-tanduk Dr Ridhuan Tee yg cuba mengapi-apikan isu perkauman. Saya bilang beliau masih ingat negara kita masih diera jajahan British.
YB Siew Fook adalah seorang wakil rakyat yang sejati dan pandai menyelesaikan masalah kawasan parlimen beliau. Kecaman beliau terhadap Dr Ridhuan ada kebenarannya.

Salam Dari Anak Jati NS
Salahuddin Hambali

Gedong Lalang said...

Sepanjang saya mengikuti ceramah ceramah YB Loke belum pernah saya mendengar beliau berucap menghina Islam atau ugama lain. Saya telah mula mengikuti ceramah beliau semasa kempen PRU12 hingga sekarang.

Dalam soal ini YB Loke cuma meminta Ridhuan Tee memohon maaf kepada keluarga mediang Teoh Beng Hock. Ridhuan Tee yang berugama Islam tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan yang boleh menyinggong perasaan orang. Bayi yang dikandong itu tidak berdosa cuma ia mahu berbapa kepada Teoh Beng Hock.

Ridhuan Tee seorang yang begitu fanatik dengan BN selalu menghentam pemimpin pemimpin DAP dan PKR dan ini menyebabkan beliau sering diundang oleh TV1 dan TV9. dan Biasa apa jua kenyatannya akan disiarkan dalam Utusan Meloya.

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Bangsa Cina Malaysia said...

Asalamualaikum.(may peace be upon you)
YB loke.

what do you expect when The DAP cant put their house in order.

time and time DAP always side with pig farmers even though the pig farmers are clearly in the wrong if you know what i mean.
(in kedah and in NS)
and also the sale of liquor as if liquor are in the blood of the chinese.

drinking gambling womanising are not part of the chinese culture.

DAP should be brave to voice out what is wrong and not blindly support evil vices.

time for dap to organise more gotong royong and bermuzakarah among malays and chinese and indians and semangat muhibbah and kesejahteraan will benefit the DAP in the long run.

also ask all ur DUN to brush up on their bahasa kebangsaan.
bahasa pasar just will not do.

i am chinese and have plenty of malay friends who really respect me becoz of my understanding about their culture and religion.

insyaalaah in the long run DAP will be more acceptable to the Malays.

Arif Omar said...

adakah agama buddha anda membenarkan ikatan perkahwinan yang tidak sah dan membenarkan anak dilahirkan sebegini? anda dan teoh beng hock sendiri menghina buddha. buddha mungkin menangis jika buddha masih hidup melihat perkara haram ini dilakukan sewenangnya oleh penganut buddha mengaggnap ia halal. tak fikirkah anda.
memANG ANAK TERSEBUT TIDAK SALAH. ISUNYA CARA ANAK DILAHIRKAN DAN NAK LETAK NAMA TEOH. UNDANG2 NEGARA PUN MENGHALANGNYA. APA LAGI AGAMA. APA ISTIMEWA NYA TEOH DAN TUNANGNYA? ADA BERIBU LAGI ANAK SEBEGINI DI MALAYSIA. ADAKAH MEREKA JUGA BOLEH DI BINKAN ATAU DILETAK SEBARANG NAMA BAPA IKUT KESUKAAN MEREKA YANG MELAHIRKANNYA. APA AKAN JADI DI MASA DEPAN KEPADA NEGARA JIKA INI DI BENARKAN. TAK FIKIRKAH ANDA. ANDA YANG RASIS TIDAK TAHU APA YANG DITULISKAN.

Anonymous said...

Thanks Kaiyet,
My personal view: any child out of wedlock should be under the mother care (unless she not capable) and the monetory should be on the "father". (I use quote and unquote bocoz my personal view doesn't qualify them as father but they still have to pay for their action).
This issue is significant since it set aprecedent and will be refered too in near future.
Thus I interested to know how chinese view as a whole on child conceived out of wedlock.
Pls note , above is my personal view and by no mean to be intrusive.
Rozi66

Anonymous said...

saya pengundi parlimen rasah yang mengundi YB merasakan YB harus menarik balik kenyataan YB terhadap ridhuan tee. dah la YB tak buat aper2 kat parlimen Rasah nie. Tarik balik kenyataan adalah perkara terbaik...

P130 voter said...

Child born our of wedlock is a child born out of wedlock, nothing more, nothing less.

He/She is still a human being (i.e. species homo sapien) and shall enjoy all rights as a human and citizen of this land and shall be accorded all rights and privileges normally extended to a citizen of this country, nothing more nothing less.

Calling the unborn names and labeling it with derogatory remarks is rather ungentlemanly behaviour and uncalled for.

That I believe is not very Islamic.

P130 voter

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

takpa YB
ni suma yg kutuk2 YB ni
adalah pencacai UMNO yg racist.
mereka akan sentiasa menghantam YB
kerana memang dibayar gaji untuk
memporak-peranda PR.
u dont worry, just keep up your good work
and always do back to the roots;
always be connected with the rakyat around u.

p/s: tolong remind rakan2 dalam PR supaya sentiasa bekerja untuk rakyat, jangan terlampau ego dengan agenda sendiri. Jgn beri sedikit pun point untuk UMNO menghantam kita

-Najeeb Razak

good man said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Loke Siew Fook said...

From administrator,

This is a forum for constructive debates and criticism. Racist comments, however, are not welcome in this blog. Upon moderation, racist and inflamatory remarks will be deleted.

Anonymous said...

saya ingin berpesan kepada YB ini..
Kalau anda tidak faham tentang hukum2 islam...tidak payahlah keluarkan pendapat kamu yang menampakkan kejahilan kamu itu..

Kamu jngan menimbulkan kemarahan org melayu dan islam di bumi malaysia ini...jangan dijolok sarang tebuan...

Lagi satu aku sangat bersetuju dengan pandangan dan pendapat dr. Ridhuan Tee...

Aku hairanlah kenapalah PAS berkwan dengan DAP yang jahil tentang budaya dan adat resam org melayu di malaysia ini...

Sekiranya anak luar nikah itu 'disahkan', akan ramai org lain yang bersekedudukan akan meminta sahkan anak luar nikah mereka....

dan tindakan kamu YB ni,macam menggalakkan perhubungan maksiat dan zina....

Cakap tu biarlah guna kepala hotak,bukan kepala lutut kamu pemimpin DAP,yang sangat kurang ajar seperti Lim Kit Siang,guan eng dan karpal singh

Anonymous said...

Apa benarkah Budaya dan Agama orang Cina yang kebanyakkan asalnya datang dari Tanah Besar Cina dulu, mengizinkan anak luar nikah diBudayakan?

Ramai dari Kalangan Cina disana juga terdapat penganut Islam, golongan ini pasti tidak.

Christians? Sex bebas dan anak luar nikah dibolehkan?

Buddhist? Boleh ker?

Agama satu lagi saya tak faham, saya tanya jiran saya, yang selalu membakar colok, dia sendiri tak faham, sekadar ikut saja apa ibubapa mereka buat. Tetapi, dia amat tegas dengan anak2nya dalam hal pergaulan bebas.. dan memang tidak setuju adanya sex bebas dan anak luar nikah.

Jadi YB, Tolong terangkan kat sini, budaya dan Agama mana yang kaum Cina mengikuti yang membolehkan SEX BEBAS serta ANAK LUAR NIKAH?

This is for my general knowledge as all my Chinese neighbours themselves are not able to give me a straight answer.

Concern

Lim Tat said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
czackPY said...

YB, harus dapat maklumat lebih lanjut mengenai islam dari PAS dan bukan dari UMNO. Ini sumbangan UMNO selama 51 Tahun gagal menerangkan islam sebenar kepada orang bukan islam.

Untuk makluman YB dalam islam anak luar nikah tak dipersalahkan tetapi wanita dan lelaki yang sebabkan lahirnya anak luar nikah ini yang akan di hukum. Islam mengharam sex sebelum nikah. Tak tahulah kalau agama anutan YB benarkan.

Memang benar Riduan Tee nie kenyataanya bercelaru. Jika TBH serta tunang beragama islam, anak yang dilahirkan tidak bersalah tetapi mereka berdua nie tetap di hadapkan dengan hukum hudud.

Jadi YB jangan cepat melatah lebih-lebih lagi di dalam suasana UBN hendak pecahbelahkan perpaduan didalam PR

Walau macam mana kita bersimpati dengan trajidi kee atas TBH kita tidak boleh menutup mata kesalahan TBH dan tunangnya mengamalkan sex sebelum berkahwin.

Kita simpati. Yang hak tetap haknya. Jadi dapatkan maklumat sebenar dari pimpinan PAS.

Selamat berjuang dari DUN Temiang

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

YB Loke,
Janganlah perdulikan kecaman mereka yang tidak tertamadun dan begitu ultra kiasu. Semua yg hentam ini saya yakin adalah kerja Ridhuan Tee dan konco-konco dia. Kalau kita tengok balik blog penulis upahan umno/bn ini, dia dibantai lebih teruk berbanding dgn YB.
Ridhuan Tee ini perlu mencontohi mendiang Yasmin Ahmad seorang penulis and pembikin filem yang terulung di Malaysia. Allayarham Yasmin sebelum ini kesemua filem beliau dapat menbawa mesej yg begitu jelas dan suci dengan mengeratkan perkauman di negara kita yg bertuah ini. Semoga Allah SWT dapat memberkati rahmat mendiang Yasmin Ahmad.Al Fatiha.
Bagi Ridhuan Tee , semoga Allah SWT dapat menperbetulkan dan memaafkan insan yg terpesong ini.


Cina Islam
Musa Teoh Abdullah

pat said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

YB Loke,
Jangan gentar dgn semua tohmahan jahat dilemparkan oleh orang-orang yang tidak bertamadun. Teruskan perjuangan YB meminta Ridhuan Tee memohon maaf kepada keluarga TBH. Saya adalah seorang Pemuda PAS daripada Negeri Perak menyokong penuh perjuangan saudara.
Setahu saya Ridhuan Tee ialah Pensyarah Kanan di Universiti Pertahanan di Kem Sg Besi, selain drpd penulis upahan umno/bn.
Rencana yg dia tulis baru-baru memang bercelaru dan tersasol. Sila semak laman Malaysian Insider dia dihentam lebih daripada 80 komen. rata-rata tidak bersetuju dengan tulisan beliau . Lagipun dia ini saudara baru yg memeluk Islam baru 24tahun, masih banyak perlu didalami. Kalau nak mendalami ilmu Islam , bolehlah jumpa ToK Guru kita di Kelate.Takbir!!!!

Anonymous said...

Tks for the info given by Pemuda Pas, now i understand why Ridhuan Tee written such a nasty article.
He is the Lecturer in Universiti Pertahanan . Central government servant, for sure this guy is pro umno bn!What a shame RID-HUAN!

Anonymous said...

YA...jumpa tok guru di kelantan...boleh setel punye...macam eli wong.
Takebeer!!!

kulup mat yassin said...

saya pun nak jadik cina la ini maciam.. tak kawin pun boleh ada anak yang sah.. banyak masalah anak luar nikah kat Malaysia nie boleh selesai kalau semua orang convert ke pada cina.....

khong kek Khuat said...

http://sjsandteam.wordpress.com/ ---> kenapa delete ? tak best la ini machiam. Where's your so called freedom of speech ?

Bangsa Cina Malaysia said...

sorry seems to be the hardest word.....

jeff ooi u r destroying the DAP....

thank u very much..

mana amalan mulia DAP seperti
maaf- bermaafan dan hormat- menghormati...

Anonymous said...

Siapa boleh beritahu saya cammana nak masuk cina? At least kita boleh buat anak ramai2 tanpa susah payah bernikah di negara jiran dsb...sy amatlah terkejut dizaman sekarang ini yang interlectual masih ada insan yang sanggup mengeluarkan kata-kata lucah mencaci orang lain, adakah insan tersebut layak digelar manusia?

Anonymous said...

Buat Salahudin hambali, pastinya ibu bapa anda akan malu dengan apa yang anda nyatakan. Jelaslah anda juga jahil.Nama cantik, tapi pemikiran sempit & jumud.Kepada Loke dan yang sekutu dengannya,baca & fahamilah tulisan bahasa Melayu mudah Dr Ridhuan Tee.Bukan emosi & racist membuta tuli!The word Bastard goes to you too Loke!

Saudara Baru 1986 said...

Bagi pendapat saya, barangkali orang yang mengeluarkan kata-kata yang teruk seperti f-----g atau ayat-ayat yang serupa bagi menghina seseorang, orang tersebut adalah seperti khindzir, tidur dengan khidzir, isterinya juga bersama khindzir dan anaknya juga berupa atau berperangai seperti khindzir. Kita hanya beri pendapat bukan dengan guna kata-kata yang teruk. Tambah pula mengutuk seorang saudara islam yang amat berilmu dan dihormati seperti Ridhzuan Tee... Harap-harap orang yang mengutuk beliau bukanlah dari kalangan orang ISLAM...

Anonymous said...

Kepada kawan-kawan semua, yang bantah mahupun yang sokong. Sila rujuk blog ridhuan tee, sekali lagi penulis upahan umno/bn membuat satu lagi kenyataan yang hilang akal 16jam yang lalu. Tulisan penulis upahan ini begitu jelas dia bertali-barut dgn umno.
Kepada semua kawan-kawan Pakatan Rakyat jgn terperangkap dgn fikiran sesat ridhuan tee.
YB Loke dan rakan-rakan sekali lagi dipolitikan oleh penulis upahan yang songsang.
Saranan saya, Pemuda DAP dan semua Pemuda dari PR mesti melakukan sesuatu seperti tindakan undang-undang terhadap penulis upahan ini yg teruja terlampau untuk jadi calon bn padaPRU13 yang akan datang. Akhirkata, jangan pandang ringan motif penulis upahan umno ini yang ada udang disebalik batu.
Yang Benar
Daripada Penyokong-Penyokong PR

Anonymous said...

Kepada semua pemuda, joinlah PR boleh kita sama enjoy arak di selangor.Join DAP bolehlah kita Yam seng.....

Anonymous said...

kalau aku jumpa kamu kat tengah jalan.....aku takkan pukul kau...nanti kena tangkap polis..
aku ludah skit kat mulut kau...
kau pun nak jadi ustaz ker..
oohh lupa.,....nik ajiz jaga bontot korang kan

aku rasa kau nie anak haram..sebab tue setuju sangat dengan halalkan anak haram

cuba nanti anak kau main ngan pompuan sundal mana...pastue mengandung anak haram....marah tak
kau tak marah sebab anak laki kau nanti boleh tabur benih kat mana mana pompuan plak
kalau kau dapat anak pompuan ...suh dia main ngan saper2
boleh lah dapat anak haram...tah mana satu bapak dia kau pun tak tahu
regards/mazar

levent said...

i think everyone should go understand wat is "posted-modern view"
damn sad looks humans debate n argue for nothing....
i wanna ask,if ridhuan tee apologize,wat dap n teok's family benefits get?
if dap mistake or mispoken,wat ridhuan benefits get?
if one of both scenario happen,wat malaysian get?
is tat benefits valuble?or rubbish?
plz!dun continue to fight this,all these should not be happen!especially the "incident case"
bring bright to malaysia!

Anonymous said...

a bastard is still a bastard.


A Voter in Ulu Beranang

Anonymous said...

Mengenai Dr Ridhuan tulisan beliau baru-baru ini dan yg terbaru terbukti beliau memang nak mengapi-apikan hubungan kaum di negara ini.
Beliau sebagai seorang Pensyarah dan Pendakwah Bebas seperti mana yang didakwa olehnya. Insan jahat seperti dia patut dikenakan tindakan dislin oleh Universiti Pertahanan seperti mengantung jawatannya. Gaji yg dia makan membazirkan wang rakyat. Kalau begitu bersemangat, jadilah ahli politik bn.
Tak payah menputar-belitkan fakta yang sesat untuk mengelirukan rakyat jelata.Saya memang berasa perbuatan mata sepet ini amat menjijikan dan lebih teruk jika dibandingkan najis.
Mata sepet ini yang iblis ini patut dibuang negeri. Iblis ini cuma nak dapat simpati daripada komuniti dunia maya semata-mata dan memuaskan nafsu sesat orang-orang bn terutamanya umno.
Malu terlampau kalau dia kata dia sebagai seorang bangsa Malaysia.Iblis ini sememangnya orang yang bertaraf kelas ketiga seperti mana yang dia tulis. Ridhuan gohblok!

Anonymous said...

I don't think the way Dr Ridhuan expressed his views was being sensitive to the family of the deceased. However let's not take anyone's moral/ religious standards into play here. Facts are facts:
1. Under the law, the child is illegitimate
2. Simply because of the political & public interest into this case or Najib's supposed efforts to allow the legitimisation of the child, it will not change the fact that the Child was illegitimately consumed
3. Loke, I dont think you can disagree that even if Teoh wasn't a Muslim, his irresponsible action having this child out of wedlock is against ANY asian culture- be it Chinese, Malay or Indian. It is morally wrong and frowned upon, which is why the Malaysian Law is upheld the way it is

Loke, I voted for you in your constituencies. I am dissapointed that your own views and rebuttal on this issue smacks of double standards and doesn't show much maturity expected of a leader. Simply because Teoh was part of the DAP camp doesn't make his actions right. It's not a question of applying Islamic standards- morally under our Malaysian culture, Teoh did something unacceptable and just like everyone else, he and his fiancee need to be responsible for the consequences of their action.

If the same thing happened to any other ordinary Msian citizen, we would need to be responsible for it. Simply because a death occured, and there is political hoo-haa surrounding this case does not make the action correct.

Teoh and yourself, Loke, need to really be more responsible and grow up.

Anonymous said...

Racist!

Anonymous said...

In traditional China day, if someone found to have illicit sex or worse so got pregnant, the villager's head together with the orang kampong will severely punished them by putting them in a PIG CAGE and throw them into the river till death. This showed how the chinese concern about high moral values. Loke is a Chinese and I believed he knew that but ignored it because mainly for politic agenda.

cheguBard said...

Loke.....

i siarkan semula kenyataan sdr. ini dalam blog saya....

cuma saya rasakan kita telah termain dengan permainan Bn...yg mulakan isu nama anak ialah wanita MCA....kita seharusnya jgn fokus isu 'kesampingan' seperti ini...

kita harus fokus isu penting seperti bagaimana beng hock mati dan siapa bunuh beng hock...

kecuaian kita memilih sasaran isu akan melemahkan kita

salam

Anonymous said...

Yang buruk-buruk semua permainan bn...yang baik-baik semua PR, Orang yang cakap ni ada akai ke??? esok ahli keluarga u mampus pun agaknya u akan tuduh bn saya rasa.... semua kesalahan di dunia ni ditanggung bn, perkara yang baik2 orang lain dapat! macam tu ke?

Anonymous said...

Congratulation to Ridzuan tee, he has the guts to talk thru' the reality in Malaysia. what is so special abt beng hock's death and not others???

Anonymous said...

Mr Loke, You dont deserve the title 'YB'. I feel so disgusted when you claim that 'it is not your responsibility???' coz those extremely racist and islam-bashing remarks were not made by you but by the commentators? This is so typical DAP style. The Malays has a phrase for this type of behavior. Baling batu sorok tangan. In the first place, THIS IS YOUR BLOG. YOU have 100% control over the comments made IN YOUR BLOG. As a responsible blogger as well as POLITICIAN, you are supposed to filter those filthy comments which can ignite racial or religious tension. Obviosly you didnt do that....or perhaps it was done intentionally?? Just so you know, Dr Ridhuan Tee is a well loved penceramah among the Malays.
If you are even half a man you claim to be, or brave enough to admit your stupid mistake, the least you could do is to apologise to Dr Tee and the rest of the malay community.

sarjanatua said...

Salam Sejahtera YB.

Saya dah baca kedua-dua belah pihak antara komen YB Rasah dengan YB Kulim. Mula-mulanya hati saya agak marah kalau benar YB menghina Islam. Malah saya juga akan marah kalau sesiapa menghina agama lain. Cuma yang sy dapati pemberi komen yang lebih-lebih. Mereka ini yg patut bertanggungjawab sebenarnya. Selepas ini sebarang komen patut YB tapis. Jangan beri peluang kepada orang UMNO untuk menghancurkan PR. Teruskan usaha YB.

Anonymous said...

mmg legally..anak luarnikah dpggil illigitime child..so xde pe yg rosak pon kt bahsa tuu..

dh diorg buat psetubuhan sblm kawin..namanya ialah berzina..

bila anak lahir dr hasil berzina..anak itu dipanggil anakharam..

so itu je lah kan..betul lh tuu..
apa nk kecoh nya YB?

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

YB

minta jeff ooi pohon maaf kepada JIM

kenyataan melampau dia buat ramai orang islam dah mula benci DAP.

harap MP DAP bercakap guna akal bukan guna perut

jangan bongkak sangat ingat bangsa sendiri je yang hebat, orang lain semua bodoh kat penang tu.

harap YB dapat teruskan kerja2 yang baik untuk rakyat

jgn utamakan isu babi, arak, sex, pelacuran, rumah urut, judi.
yang suka benda jijik ni penyokong BN sahaja. tak tahu lah kalau MP DAP memang suka benda2 ni.

nbl said...

ini lah masalahnya.. pantang bukan melayu bersuara sikit.. mesti ada pihak lain yang akan berkempen menegakkan 'hidup melayu' berarak bersama keris.. tak boleh kah mereka bersuara? berita harian,utusan malaysia,tv3 dll saja kah yang boleh bersuara? wahai semua.. contohi lah warga sabah/sarawak.. mereka hidup dalam aman tanpa ego,hipokrit.. malah boleh duduk semeja makan kolo mi tanpa kira kaum dan agama..

apanama said...

i guess u need some cheap publicity, dont you YB?

just_sommelier said...

cuma nak beri tahu... yang salah tetap akan salah jangan kita bermatian nak membetulkannya. dah tertulis dalam undang-undang dan agama kenapa harus kita mempersoalkan. adakah anda tiada pegangan agama, kamu semua bercakap pasal politik cucuk sini cucuk sana dan suka ambil kesempatan, malulah sikit, paling penting adalah kebajikan anak luar nikah itu tersebut. setakat nak sokong, nak caci, nak maki, tak akan kemananya. Anyway banyak orang melayu yang macam anwar dalam blog ini(PENGKHIANAT BANGSA). SEDARLAH MELAYU SEMUA

Satria Asia said...

Can't people the family of the late Teoh Beng Hock alone. It's bad enough that he has died the way he did. Leave it lah? Why the heck did the idiot Ridhuan Tee mention it anyway? Another 'holier than thou' fool?

Have a heart Ridhuan Tee. Can be human ah?

Anonymous said...

Isu sekarang ialah YB tidak berpuas hati dengan pandangan yang diberikan oleh Ridhuan Tee, persoalan yang saya ingin bawa ialah kenapa perlu babitkan agama Islam,sebagai seorang YB yang sudah pastinya seorang yang bijak(kalau tak bijak takkan dipilih sebagai YB)perlu terlebih dahulu memperhalusi setiap komen yang ingin dibuat, YB menang juga kerana undi orang Melayu yang beragama Islam,Ada juga orang Cina dan India yang beragama Islam menyokong YB, justeru hormatlah agama Islam sebagai agama Rasmi Malaysia. Kami orang Islam tidak pernah mempertikaikan agamai lain di Malaysia, jadi YB tolonglah hormat sensitiviti masyarakat lain.

Anonymous said...

Pandangan yang diutarakan oleh Dr Ridhuan Tee tu banyak kebenarannya.. Cuma apa yang tak jelas kat sini adalah punca kematian TBH. Walaupun masih dalam siasatan dah ramai pihak yang menunding jari terutama pada SPRM.. Mungkin ni salah SPRM tp siasatan masih berjalan dan tidak patut mana2 pihak membuat tuduhan melulu.. apa yang saya dapat fahamkan kat sini adalah pihak berkenaan yang membela TBH dan anaknya mungkin kerana ada kepentingan.. dan lagi mereka membuat tuntutan yang bukan2 pada kerajaan.. lg pulak secara tak langsung BN dilibatkan dalam perkara ini.. siasatan yang dijalankan adalah berkenaan penyelewengan dalam DAP.. tidak ada keuntungan utk pihak BN atau SPRAM utk menyebabkan kematian pada TBH..

Berkenaan keistimewaan org melayu dan agama islam.. pada saya ini langsung tidak patut dicabar dalam keadaan sekarang.. kebanyakkan org yang mencabar perkara ini adalah golongan yang tinggal di bandar dan mampu bersaing dengan kaum lain serta mempunyai kepentingan/agenda tersendiri.. mmg diketahui umum bahawa sejak zaman penjajahan lagi kaum cina telah menguasai bandar utama di malaysia manakala kaum bumiputera lebih banyak dikampung2.. oleh itu kesempatan itu telah dimanfaatkan sepenuhnya oleh mereka untuk menguasai ekonomi/perniagaan.. jika tanpa NEP/DEB & keistimewaan saya percaya pencapaian ekonomi org melayu nescaya akan lebih teruk dari sekarang bahkan menjadi kaum yang mundur di tanah air sendiri.. cubalah masuk kekampung2dan tanya pakcik2 yang bekerja di sawah/kebun.. tgk la sama ada mereka bersetuju nak lepas kan atau berkongsi keistimewaan mereka sebagai bumiputra dengan kaum lain.. tentulah tidak kerana semasa mencapai kemerdekaan mereka telah membuat pengorbanan yang amat besar dengan berkongsi tanah melayu dengan kaum pendatang.. org melayu terdahulu yang berkorban dengan sanggup berkongsi tanah melayu dengan kaum pendatang pasti kecewa dengan keaadaan sekarang.. walaupun org melayu terdahulu terkenal dengan sikap tolak ansur dan mudah beralah tetapi mereka pasti akan kecewa kerana pengorbanan mereka tidak dihargai oleh segelintir generasi masa kini.. oleh itu isu keistimewaan org melayu ini tidak patut di pertikaikan oleh mana2 pihak sehinggalah pencapaian org melayu dalam ekonomi setanding dengan kaum2 lain.. janganlah kerana hendak berkuasa dan demi kepentingan diri ada yang sanggup menjadi batu api dengan menyemarakkan api kebencian menggunakan isu keistimewaan kaum bumiputra.. berfikirlah dengan hati yang tidak dipengaruhi perasaan dengki, tamak dan emosi yang berlebihan..

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
kaiyet said...

Rozi66:
Sorry for the late reply. I appreciate that we still could communicate on the issue rationally.
No doubt Chinese will view child out of wedlock to be immoral. As what another Anonymous has said in the comment, in the old times, those committed adultery and pre marital sex will be put in the Pig Cage and will be drown to the river. But I must stressed that this has nothing to do with Chinese religion, it’s merely an ‘adat’ of Chinese, more accurately, conservatism of old Chinese tradition.
However, things have changed for now. Much of the conservative ‘adat’ has been abandoned through two reforms. Once when the Dynasty Ching was overthrown and another reformation during 1960-1970s.
Furthermore, Chinese take blood relation seriously, (not to say other races wouldn’t) so long as a child has a blood relations to the father, there is a synonym in Chinese which is similar to ‘beras menjadi nasi’. Instead of discussing whether he is a legitimate child or not, we take step to remedy the situation by marrying the couple asap. There is no point of aborting the unborn child or do nothing but renders the child an illegitimate one.
Whereas from the point of view from Buddhism, Buddhism of course like other religions, do not encourage (note the words ‘do not encourage’ instead of ‘do not allow’) pre-marital sex. A child is still a life; the child is innocent regardless of what sin his parent has committed. Buddha has mercy, and in fact ‘mercy’ is the central teaching of Buddhism. We shall give mercy to the unborn child, instead of condemning the sin, take steps to remedy would be a wiser choice. Buddhism also believe that punishment wasn’t decide by human being, but something like ‘karma’

kaiyet

kaiyet said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

Is it wrong wut Ridhuan said, its a fact right, he is just stating facts dat adultery is stil a sin even if a billion ppl commits it, just because its rather a norm these days, rules changed as well...the unborn child is not at fault, mayb d way ridhuan express his opinion is rather harsh, but can anyone deny wut he says, no religion allows such behaviour, is just human always changes rules as they feel like it to fit their needs and wants....Sometimes both sides must have an open mind, when u guys get condemned a lil bit , just because ppl dun support every one of ur idealogy, we somehow are prone to BN....he as a religious icon is just stating wuts is wrong n right...in Islam such thing is vividly not allowed....abt him sounding racist...well i have heard many DAP ppl sounding even more racist towards malays..isnt dat true....if its not why u ppl are having trouble reconciling ur differences with ur so called partner PAS...why when u want A...they want B...if u respect n really understand Islam SINCERELY.. not by just saying some nice stuff abt muslim just to gain votes...these differences yiu have with PAS wont even take place...u can say u give speeches that indidcate you respect other religion, but whether in fact ..u really do as i say earlier SINCERELY only God knows huh...hope my comment is published

A KADIR JASIN said...

Sdr YB,

Izinkan saya membuat pemerhatian berikut:

1. Anak luar nikah tetap anak luar nikah. Yang mungkin boleh dipertikaikan sebagai kurang sensitif adalah penulis mengaitkannya dengan si mati;

2. Bukan undang-undang Islam sahaja membuat perbezaan ini.

Malah English Common Law mungkin lebih ketat dan keras. Misalnya (dan saya petik):

"The condition before the law, or the social status, of a child whose parents were not married to each other at the time of his or her birth.

The term nonmarital child is also used inter-changeably with illegitimate child.

English Common Law placed harsh penalties on an illegitimate child, denying the child inheritance and property rights.

Modern law has given the nonmarital child more rights but still differentiates between the marital and nonmarital status.

In addition, a rising level of out-of-wedlock births in the United States has drawn the attention of politicians and policy makers."

Lagi (saya petik):

"Common Law and Illegitimacy

A child was considered to be illegitimate at common law if the parents were not married to each other at the time of the child's birth even though the parents were married later."

3. Jadi saya tidak nampak mengapa YB terlalu terhuja dengan tulisan dalam Utusan Malaysia itu.

Terima kasih.

Anonymous said...

To add further my dearest YB, i think lately whenever a bumi defends their rights openly, they r racist, when others do..ooh they r just expressing their rights...wut bull crap is this....imagine if in kugan case d one who died is not indian, is malay will d fuss b as big...again answer sincerely..cos i know for a fact dat kugan wasnt the first case of police brutality....

WMW said...

YB Anthony Loke,

Stay true to your beliefs and things will work out. If someone out there is out to get you by devious means, the people can see through it. Be honest and the people will not fault you.

Lee Wee Tak said...

Funny when muslim criticise non-muslims for not understanding and respect muslim practices, the opposite effect can be considered.

In this modern era, many Chinese do have kids before marriage and ratify the situation by marrying before the child is born.

In many instances, especially when the consenting adults are capable of managing their lives, friends, parents and relatives are more than happy and give their blessing, rather than flogging or stone.

I won't say it is a culture but it is definitely not a big issue nowadays, unless they are 2 school going children etc.

So if many Chinese don't kick up a big fuss over this, why non-Chinese have to come in with all the name calling.

As for RT, I respect his right to be an obnoxious individual as along as he keep it to himself.

Malaysians, stop raising a non-issue as an issue. The Petronas mismanagement, PKFTZ, rape of judiciary etc are much more significant and relevant issues

Every day, there is a illegitimate child conceived and if this is a real real BIG issue worth foaming our mouths for, then our nation is beyond redemption