Monday, May 12, 2008

No new policy to uplift the socio-economic status of Malaysian Indians


I have asked the PM whether his government will formulate any new policies to uplift the socio-economic status of Malaysian Indians:

Soalan:
Tuan Loke Siew Fook (Rasah) minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah dasar baru yang dirangka oleh Kerajaan Persekutuan untuk membantu dan meningkatkan taraf sosioekonomi masyarakat kaum India di Malaysia yang terpinggir.

Jawapan:

Bagi memastikan tiada rakyat terpinggir daripada menikmati faedah pembangunan, Kerajaan terus melaksanakan strategi pertumbuhan dengan pengagihan yang menjadi tunjang dasar pembangunan negara untuk menghapuskan ketidaksamaan sosioekonomi antara etnik yang tercicir daripada arus perdana pembangunan. Dasar pengagihan telah dikekalkan di bawah teras ketiga Misi Nasional merupakan dasar baru yang diperkenalkan Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9) iaitu menangani masalah ketidakseimbangan sosio ekonomi yang berterusan secara membina dan produktif. Antara strategi utama ialah:

- membasmi kemiskinan tegar tanpa mengira kaum menjelang akhir tahun 2010 di samping mengurangkan kemiskinan keseluruhan;

- memajukan wilayah kurang membangun menerusi pusat pembangunan wilayah;

- menangani jurang antara dan dalam kumpulan etnik termasuk masyarakat India dengan menambah pendapatan melalui peningkatan kemahiran dan kebolehan.

Bagi menjamin pengekalan pencapaian ekonomi masyarakat India, Kerajaan telah menyalurkan untuk menganjur latihan kemahiran dan usahawan di pelbagai pusat latihan awam dan swasta yang disertai oleh belia India dari golongan keluarga miskin. Sehingga akhir April 2008 seramai 6320 belia India telah mengikuti latihan tersebut yang antara lain bertujuan meningkatkan taraf ekonomi keluarga India yang terpinggir. Di samping itu, kerajaan menyediakan peruntukan bagi menggalakkan usahawan India yang layak untuk bergiat dalam perniagaan dan menaiktaraf Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil di bawah RMK-9.


There is nothing exciting in the answer except that the government agreed with my statement there are Indians who are marginalized in Malaysia. BN has not learnt its lessons from the election results. The massive swing of votes to the opposition among Malaysian Indians are due to the fact that the BN government has failed to uplift their socio-economic status despite their undivided loyalty to BN in the last 50 years or so.

To MIC and Samy Vellu - it's time for you guys to say "poh da" to BN and UMNO! Wake up!




3 comments:

levent said...

well,after i saw the reply from the jabatan perdana menteri,i agree wit yb tat nothing special or effective way to overcome the marginalized races problems....
the answer given jus like copy from other existed sources or....they forgot to take some kopi "o" before reply the question....

levent said...

Selain daripada kerajaan menumpukan perhatian dalam menyediakan pengkhususan dan latihan dalam bidang perniagaan dan pertanian,adakah kerajaan telah tercicir untuk menyediakan peluang pekerjaan kepada mereka untuk mencerubi bidang IT dan teknologi?
Jikalau kerajaan yang ikhlas untuk memberi prihatin kepada mereka yang terpinggir,kerajaan tidak harus mengeluarkan model yang banyak untuk menguntungkan pihak tertentu sahaja...
Hal ini berlaku kerana saya mendapat maklumat bahawa suatu kawasan perumahan di Seremban akan mengadakan pameran angkasawan bersama rakyat.Namun demikian,maklumat dalam kain iklan itu yang "suprise" saya ialah tempat yang menjalankan aktiviti tersebut merupakan tempat sembahyang dan bukanlah tempat dewan perhimpunan orang awam....
Untuk mengenalpasti kebenaran perkara tersebut,saya meminta YB untuk membuat siasatan terhadapnya...

Areka said...

YB,

Can you please let us know your contact numbers so that we may be able to contact you easily.

Thank you.

M.Rais
Sikamat