SOALAN-SOALAN LISAN
1)Tuan Loke Siew Fook (Rasah) minta MENTERI KEWANGAN menyatakan mengapa syarikat-syarikat insurans tempatan enggan menawarkan perlindungan insurans kelas ketiga kepada pemilik-pemilik kenderaan lama dan apakah dasar kerajaan terhadap perlindungan insurans untuk kereta lama dan langkah-langkah untuk menyelesaikan masalah ini untuk meringankan beban pengguna. (15 Jun 2009)
2)Tuan Loke Siew Fook (Rasah) minta PERDANA MENTERI menyatakan bilangan penerima Biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam untuk Program Luar Negara tahun 2009 mengikut latarbelakang kaum, negeri, bidang penggajian dan negara yang dihantar. (16 Jun 2009)
3)Tuan Loke Siew Fook (Rasah) minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah langkah-langkah kerajaan untuk merombak sistem pemilihan penerima Biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam dan samada kerajaan bercadang untuk menubuhkan satu Jawatankuasa Pemilih Parlimen (Parliamentary Select Committee) untuk mengkaji dan mendapatkan pandangan umum dalam isu tersebut. (17 Jun 2009)
4)Tuan Loke Siew Fook (Rasah) minta PERDANA MENTERI menyatakan samada pentadbiran baru akan mengubah dasar dalam pengendalian peruntukan khas kawasan Parlimen termasuk kawasan yang diwakili pembangkang dan berapakah peruntukan yang diberikan untuk setiap kawasan Parlimen untuk tahun 2009. (18 Jun 2009)
5)Tuan Loke Siew Fook (Rasah) minta MENTERI PELAJARAN menyatakan berapakah peruntukan pembangunan yang diberikan kepada SJKC Ladang Hillside, Batu 4 Labu, Negeri Sembilan setiap tahun dari tahun 2000 hingga 2009 dan samada kerajaan memberikan apa-apa bantuan kewangan kepada sekolah tersebut untuk menyelesaikan masalah bangunan diserang anai-anai putih baru-baru ini . (22 Jun 2009)
6)Tuan Loke Siew Fook (Rasah) minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan samada kementerian mempunyai rancangan untuk membina “flyover” di hadapan persimpangan tol Seremban sedia ada untuk menyelesaikan masalah kesesakan di antara Bandar Seremban dengan Seremban 2 dan sekiranya ada, bilakah projek akan dimulakan, kos projek dan butir-butirnya. (23 Jun 2009)
7)Tuan Loke Siew Fook (Rasah) minta MENTERI KEWANGAN menyatakan secara terperinci berapakah lesen yang telah dikeluarkan kepada syarikat-syarikat 4D untuk menjalankan "Special Draw” sepanjang tahun 2009, jumlah kutipan cukai untuk setiap “draw” yang telah diadakan dan rasional kerajaan membenarkan “special draw” ini. (24 Jun 2009)
8)Tuan Loke Siew Fook (Rasah) minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan samada kementerian akan memberikan peruntukan untuk menaik taraf jalan di Kampung Baru Rasah dalam Parlimen Rasah dan sekiranya ada, berapakah peruntukannya dan bila ia dapat dilaksanakan. (25 Jun 2009)
9)Tuan Loke Siew Fook (Rasah) minta MENTERI PELAJARAN menyatakan samada kerajaan bersedia untuk mengiktiraf kelayakan “Unified Examination Certificate” (UEC) yang diduduki oleh pelajar-pelajar Sekolah Persendirian Cina. Sekiranya ya, bila dan sekiranya tidak, apakah rasionalnya . (29 Jun 2009)
10)Tuan Loke Siew Fook (Rasah) minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN PERINDUSTRIAN menyatakan jumlah pelaburan asing dan tempatan yang telah dilaburkan di Negeri Sembilan dari bulan Januari 2009 hingga Mei 2009 mengikut sektor, nilai setiap pelaburan tersebut, lokasi dan nama syarikat yang membuat pelaburan tersebut (30 Jun 2009)
SOALAN-SOALAN BERTULIS
1)Tuan Loke Siew Fook (Rasah) minta PERDANA MENTERI menyatakan senarai penuh semua pemohon yang berjaya memperolehi biasiswa Program Luar Negara Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk tahun 2009 mengikut nama, keputusan peperiksaan, nama universiti, nilai biasiswa dan jumlah markah yang diperolehi dalam permohonan tersebut.
2)Tuan Loke Siew Fook (Rasah) minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan indeks jenayah secara terperinci setiap bulan dari bulan Januari 2008 hingga Mei 2009 untuk kawasan di bawah kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban.
3)Tuan Loke Siew Fook (Rasah) minta MENTERI PELAJARAN menyatakan secara terperinci pecahan butir-butir dan amaun peruntukan pembangunan bagi tahun 2009 untuk setiap Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil di seluruh Negeri Sembilan.
4)Tuan Loke Siew Fook (Rasah) minta PERDANA MENTERI menyatakan secara terperinci senarai projek yang telah dilaksanakan di kawasan Parlimen Rasah untuk tahun 2008 di bawah peruntukan khas Parlimen yang berjumlah RM500,000 dan senarai penerimanya serta nilai setiap peruntukan tersebut.
5)Tuan Loke Siew Fook (Rasah) minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan senarai semua program bantuan yang ditawarkan kepada usahawan belia, jumlah peruntukan untuk setiap program pada tahun ini, jumlah yang telah diluluskan kepada pemohon mengikut program serta jumlah peserta dalam setiap program mengikut pecahan kaum. .
Tuesday, May 26, 2009
Parliamentary Questions for June sitting
Labels:
Parliamentary questions
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
9)“Unified Examination Certificate” (UEC) is an age old issue and I doubt the BN administration would dare to change their stand.
If Najib administration is thinking of winning the hearts and minds of a significant portion of the Chinese votes, this could be it.
NameWee's video, in frustration, rapped that the certificate while being recognised in developed countries, are as good as scrap paper in the drain in its own country.
10)jumlah pelaburan asing dan tempatan yang telah dilaburkan di Negeri Sembilan dari bulan Januari 2009 hingga Mei 2009
- while investment flow is an key indicator of economic health and confidence, the type of jobs and the number of jobs going to local or foreign workers are key factors.
- the huge number of unoccupied houses and shoplots are an indication of the purchasing power of residents in the industrial areas and since the days of Mohd Isa, this scenario persisted. over 20 years of industrialisation and NS has not really move up the value chain.
Bertulis
1).... semua pemohon yang berjaya memperolehi biasiswa Program Luar Negara Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk tahun 2009 mengikut nama, keputusan peperiksaan .....
perhaps also nama pemohon yang tidak berjaya for comparison. That would be interesting....
3)... pecahan butir-butir dan amaun peruntukan pembangunan bagi tahun 2009 untuk setiap Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil di seluruh Negeri Sembilan.
- having comparative figures, like 2009 vs 2008 or a series of yearly figures 2006 - 2009 can yield interesting comparisons....
the series of questions can point to the fact that Malaysia lacks comprehensive, well thought of and well executed policies as our law makers are rendered to the status of fire fighters of deficiency in the delivery system, sigh
Dear YB,
Wrt Q1 abt insurance.
If the opportunity arises, can you ask the Ministry of Finance if they can increase the tax deductibles for Insurance or not especially for medical insurance.
As you know the premium for Medical Insurance has increase by leaps and bounds over the years, but the the tax deductibles remain at RM 3,000 p.a.
I wonder if you could bring this matter up to the Min. of Finance to review this issue. Thank you.
S06-987-0100929
thanks wee tak for the comments..i know they wont do anything on UEC..just let them reiterate their stupidity..
Muhyiddin mentioned yesterday it cant be recognized as the chinese independent schools want to "merdeka".
MP as fire fighther...cant agree more but it's a fact of life that we have to do it.
S06....thanks for the suggestion..will raise up when i have the opportunity to debate on finance ministry related bill..thanks
Post a Comment