Below is my article published in the December edition of "Roket" (DAP's mouthpiece)
DAP Anti-Melayu?
DAP anti-Melayu! DAP anti-Islam! Inilah tohmahan-tohmahan yang sering disumbatkan oleh propagandis UMNO ke dalam pemikiran masyarakat Melayu Malaysia selama lebih 40 tahun ini. Memang saya memperakui bahawa propaganda UMNO begitu effektif sekali selama ini sehinggakan DAP berjaya digambarkan sebagai “musuh” orang Melayu dan justeru itu orang Melayu memerlukan UMNO untuk mempertahankan hak-hak mereka daripada “dirompak” oleh kaum lain khasnya DAP.
Mengapa mereka berjaya sebelum ini? Media arus perdana Bahasa Melayu yang menjadi agen propagandis kepada UMNO memainkan peranan utama ini. Rata-rata masyarakat Melayu bergantung kepada Utusan Malaysia dan Berita Harian sebagai akhbar paling utama mereka. Untuk media elektronik pula, saluran RTM dan Buletin Utama TV3 merupakan sumber informasi yang paling utama. Bayangkan, pernahkah sesiapa membaca atau mendengar apa-apa berita yang positif mengenai parti ataupun pemimpin DAP dalam media-media ini? Kebiasaannya, DAP ditonjolkan sebagai sebuah parti chauvinis Cina yang sering kali mempersoalkan hak-hak istimewa orang Melayu. Tambahan pula, rencana-rencana yang ditulis dalam Mingguan Malaysia mengemudi pemikiran masyarakat Melayu ke arah itu.
Apa sahaja yang dilakukan ataupun penerangan daripada DAP selalunya akan berkesudahan dalam tong sampah di pejabat editor. Ini yang menjadi modus operandi parti UMNO selama ini untuk cuba menguburkan DAP daripada berkembang menjadi sebuah parti yang mendapat sokongan berbilang kaum rakyat Malaysia. Namun, transformasi masyarakat Malaysia dalam sedekad yang lalu yang dipacu melalui gelombang teknologi internet telah membantu sedikit sebanyak memecahkan tembok pemikiran negatif tersebut terhadap DAP di kalangan masyarakat Melayu pada hari ini.
Apakah falsafah perjuangan DAP? Adakah kebangkitan DAP dalam arena politik negara dan pentadbiran kerajaan yang disertai oleh DAP akan menghakis kedudukan orang Melayu dan justeru itu kepentingan dan kebajikan mereka akan tergadai? Saya merasakan persoalan-persoalan ini perlu diperjelaskan untuk menyakinkan masyarakat Melayu sekiranya kita ingin melihat kewujudan sistem pentadbiran dua parti di Malaysia.
DAP bertunjangkan ideologi sosial demokrasi. Apa maksudnya? Di antara prinsip-prinsip penting yang diperjuangkan ialah keadilan sosial, kesamarataan peluang (equality of opportunity), kebebasan dan solidariti. Demokrasi maksudnya kita membawa obor perjuangan kita melalui sistem pilihanraya dan bukannya melalui sebarang cara yang tidak mengikut lunas perlembagaan. Hakikatnya, DAP bertanding dalam sistem pilihanraya di Malaysia sejak tahun 1965 lagi dan walaupun sering kali bersaing di atas padang yang tidak samarata, kami tetap menerima setiap keputusannya.
Mungkin prinsip-prinsip yang saya perkatakan tadi terlalu abstrak bagi masyarakat umum. Namun keadilan sosial boleh ditakrifkan sebagai keadilan untuk masyarakat dari segi layanan, pertimbangan dasar dan bantuan kepada mereka yang miskin dan terpinggir tanpa melihat warna kulit dan latarbelakang agamanya. Adakah prinsip-prinsip ini bertentangan dengan ajaran agam Islam? Jawapannya tentu tidak! Perdebatan dalam perkara ini sering menjadi hangat di Dewan Rakyat. Setiap kali Ahli Parlimen DAP bangun menimbulkan isu ini, ada sahaja YB dari UMNO yang bangun yang cuba memutar-belitkan bahawa DAP menentang bantuan kerajaan untuk orang Melayu. “Smash” ini cukup mudah dibalas. Sekiranya prinsip ini dipratikkan, kan ramai yang mendapat bantuan itu terdiri daripada masyarakat Melayu juga yang benar-benar memerlukannya. Perbezaannya, golongan Cina dan India atau apa-apa kaum yang lain yang juga memerlukan bantuan tetap diberi perhatian. Adakah masyarakat Melayu di akar umbi akan berasa dengki? Saya cukup yakin tidak.
Kita juga mengejar kesamarataan dari segi peluang. Peluang untuk belajar di universiti, peluang untuk mendapat biasiswa, peluang untuk berniaga, peluang untuk menduduki apa-apa jawatan penting dan peluang untuk berjaya dalam segala aspek hidup. Orang UMNO menggunakan alasan bahawa orang Melayu masih di belakang dalam pelbagai aspek dan tidak mempunyai daya saing dengan kaum-kaum lain dan justeru itu memerlukan “perlindungan” daripada kerajaan.
Yang pertamanya, persepsi seumpama ini seolah-olah merendahkan keupayaan masyarakat Melayu sendiri. Masyarakat Malaysia hari ini telah banyak berubah. Kini sudah wujud satu kelas menengah Melayu yang besar dan anak-anak Melayu mempunyai akses dan kapasiti untuk bersaing dengan sesiapa sahaja tanpa apa-apa “handicap”. Bukankah itu semangat yang cuba dihidupkan oleh mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir dengan slogannya “Malaysia Boleh”? Ada juga pendapat yang menyatakan bahawa pemikiran UMNO inilah yang akhirnya akan membantutkan perkembangan dan kebangkitan masyarakat Melayu dalam persekitaran global zaman ini.
Keduanya, alasan memberikan peluang untuk orang Melayu sebenarnya telah lama “diperkosa” oleh orang UMNO sendiri dengan menganugerahkan sebarang kontrak kerajaan kepada kaum-kerabat dan sahabat handai mereka yang dalam pengertian ekonomi ditakrifkan sebagai kronisme. Saya nak tanya rakan-rakan Melayu yang langsung tidak ada “kabel” dengan pemimpin UMNO, mampukah saudara mendapat sebarang projek kerajaan dengan usaha sendiri?
Memang tidak dinafikan bahawa masih ada golongan yang kurang mampu untuk bersaing dalam padang yang samarata. Kemungkinan juga mereka ini sebahagian besarnya dari masyarakat Melayu di luar bandar. Namun, mereka yang tergolong dalam kategori ini juga meliputi anak-anak India yang membesar di ladang dan estet, budak-budak Cina di ratusan kampung baru di pekan-pekan kecil dan mereka-mereka yang dilahirkan di pendalaman Sabah dan Sarawak.
Memang kami bersetuju golongan ini perlu diberikan sedikit kelonggaran dan perhatian khusus untuk turut mendapat peluang dalam segala aspek mobiliti ke atas (upward mobility) seperti yang dinikmati oleh rakan-rakan mereka di kawasan Bandar. Namun, kayu pengukur untuk diberikan “diskriminasi positif” ini tidak seharusnya berdasarkan warna kulit tetapi sebaliknya berlandaskan taraf sosio-ekonomi keluarga mereka. Persoalannya, adakah masyarakat Melayu yang miskin akan terpinggir dan dilupakan dalam pelaksanaan dasar seumpama ini?
Sudah tiba masanya kita melihat setiap insan manusia yang lain itu sebagai kaum manusia (humankind) terlebih dahulu dan bukannya warna di atas kulitnya. Sekiranya setiap rakyat Malaysia mempunyai daya pemikiran tersebut ditambah pula dengan pelaksanaan segala dasar kerajaan berasaskan prinsip ini, maka Malaysia tidak memerlukan Kementerian Perpaduan Nasional untuk mencapai perpaduan yang sejati di kalangan rakyat berbilang kaum kita.
Kesimpulannya, tidak ada alasan langsung bagi DAP untuk melihat orang Melayu sebagai musuh atau sebaliknya? Apa yang boleh kita kecapai daripada itu? Kita tidak pernah mempertikaikan beberapa perkara yang asas seperti Islam sebagai agami rasmi, Perkara 153 kedudukan istimewa orang Melayu dan kedaulatan Raja Berlembagaan. Yang kita perjuangkan ialah supaya dasar-dasar kerajaan bersifat lebih Malaysia dan supaya setiap rakyat Malaysia merasakan “semangat kepunyaan” atau “a sense of belonging” dalam negara kita ini.
Loke Siew Fook
Ahli Parlimen Rasah dan
Pengarah Pendidikan Politik DAP.
Tuesday, December 23, 2008
DAP Anti-Melayu?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
Asalamualaikum,
get all your other state assemblyman and organise more gotong royong among the malays
and also do not forget to ask them to brush up their command of bahasa.
DAP victory lies in the hand of the malays and this is one important fact that cannot be deny.
work closely with the malays.
the majority of the malays are nice and polite and will reciprocate kindness with kindness and i guarantee once you have them in your heart their vote is as good as yours.
wish them asalamualaikum even if you are not a muslim and on a Friday wear the baju Melayu.
Woi Dap, tengok la sejarah..sapa bendahara dan hulubalang kesultananan MELAYU Melaka. Negara kita MALAYsia, MALAY tu melayu, jadi x salah lebihkan org Melayu. DAP memang anti Melayu. Papan tanda nak buat macam2 bahasa, cukuplah guna bahasa kebanggsaan. DAP x payah b'lakon la.. Tu tektik ja tu nak ambil hati org Melayu. Anwar ibrahim, Nizar Jamaludin, Khalid ibrahim dah jadi boneka DAP. Mereka 3 org tu perosak Melayu.
DAP BODO.PENDATANG.SEDAR LA SIKIT.
It is not nice to scold DAP like that... but it is true that the DAP lead chinese do hate Malays and always tries to find a way to conquer our land. For example Singapore was a Malay ruled land and after given to the chinese the Malays were eridicated slowly from the land. One thing for sure just look at big factorys and other company owned by chinese. Eventhough the Malays were very good at his/her job will he/she given fair opportunity to advance...I dont think so.. but if the person only have SPM and always do mistakes which caused the company problem will be promoted to higher level just because his/her color were yellow. I just to make it clear..... This is TANAH MELAYU..... nor UMNO, PKR PAS or DAP can do anything when the Malay unite and rid off other from its land.
I'm Ellyas Hannibal,son of Seremban(Half-Malay & half-Chinese).I support Mr Anthony Loke bcuz of your efforts of fighting for justice & the Malaysian people.Well,most of the Malay have been brainwashed by the UMNO politicians through education.From Merdeka until today & onwards,Malay people still thinking that DAP is a Chinese based & racist party.Actually,DAP is a party represent all people.Long live KETUANAN RAKYAT!Say no to Ketuanan meLAYU!
Post a Comment