Thursday, August 7, 2008

DUN questions 25-26 August

Soalan-soalan Lisan ADUN LOBAK (Hari Pertama – 25 Ogos 2008)

1)Langkah-langkah pembaharuan kerajaan negeri

Sila huraikan 5 langkah pembaharuan dalam sistem pentadbiran kerajaan yang telah atau akan dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Sembilan selepas menghadapi tsunami politik dalam pilihanraya umum ke-12.

2)Menarik balik perintah subsekyen 36 (1) Ordinan Haiwan 1953

Kerajaan Negeri Sembilan telah mewartakan satu perintah berkuatkuasa 20 Mac 1999 di bawah subseksyen 36 (1) Ordinan Haiwan 1953 yang mengisytiharkan Negeri Sembilan sebagai satu kawasan dijangkiti, kawasan kawalan dan kawasan pembasmian penyakit viral ensefalitis. Memandangkan Negeri Sembilan kini telah bebas daripada penyakit ensefalitis, adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk menarik balik perintah ini? Jika ya, bila? Jika tidak, mengapa?

3)Kos pembinaan plaza tol Seremban yang baru

Adalah difahamkan bahawa projek pembinaan plaza tol Seremban yang baru akan dilaksanakan dalam separuh penggal kedua Rancangan Malaysia Kesembilan dan memakan belanja sebanyak RM168 juta. Siapakah yang akan menanggung kos ini dan sila berikan pecahan kos yang terbabit? Berapakah keluasan tanah yang perlu diambil balik dan berapakah kadar tanah yang perlu dibayar oleh Kerajaan Negeri?

Soalan-soalan Lisan ADUN LOBAK (Hari Kedua – 26 Ogos 2008)

1)Status pegawai khas di pusat khidmat masyarakat Barisan Nasional

Adalah difahamkan bahawa Kerajaan Negeri akan melantik pegawai-pegawai khas untuk ditempatkan di pusat-pusat khidmat masyarakat Barisan Nasional di kawasan-kawasan DUN yang dikuasai oleh wakil DAP, PKR dan PAS. Apakah status pegawai-pegawai ini dan samada mereka ialah kakitangan kerajaan? Berapakah gaji mereka dan ditanggung oleh jabatan mana? Apakah skop kerja dan kuasa mereka dan berdasarkan peraturan dan perintah am apa atas perlantikan mereka?

2)Langkah-langkah mengurangkan kos

Sila nyatakan secara terperinci 5 langkah utama yang telah dan akan diambil oleh Kerajaan Negeri untuk mengurangkan kos perbelanjaan dan pengurusan dalam pentadbiran kerajaan negeri dan nyatakan sejauh manakah keberkesanan langkah tersebut dan jumlah kos yang telah dijimat setakat ini.

3)Rancangan Tanah Terpinggir

Berapakah keluasan tanah di seluruh Negeri Sembilan yang telah dikenalpasti untuk tujuan pembangunan dalam Rancangan Tanah Terpinggir? Apakah jenis pembangunan yang dirancang untuk tanah-tanah tersebut dan apakah mekanisme untuk masyarakat setempat terlibat dalam rancangan tersebut?


Soalan-soalan Bertulis ADUN LOBAK (Sidang DUN 25-26 Ogos 2008)

1)Kereta-kereta rasmi yang dimiliki oleh Kerajaan Negeri Sembilan

Sila nyatakan senarai terperinci semua kereta rasmi yang dimiliki oleh Kerajaan Negeri Sembilan mengikut model kereta, kos semasa dibeli, kos pasaran sekarang, tahun dibeli, nombor plet kereta dan siapa yang menggunakan kereta tersebut.
Sila nyatakan kos penyelenggaraan setiap tahun bagi tahun 2004, 2005, 2006 dan 2007 untuk setiap kereta yang disenaraikan seperti dalam soalan (a)
Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk membeli kereta-kereta rasmi yang baru untuk Menteri Besar dan Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dalam masa terdekat?

2)Projek menaiktaraf Jalan Temiang

Pihak Majlis Perbandaran Seremban sedang dalam proses pemberian tender untuk projek menaiktaraf Jalan Temiang. Adalah difahamkan bahawa projek tersebut melibatkan jalan dari persimpangan Jalan Temiang sehingga Pondok Polis Temiang.

Berapakah jumlah kos untuk projek ini dan bilakah ia dapat disiapkan sepenuhnya?
Adakah pihak MPS bercadang untuk memanjangkan jalan yang ingin dinaiktarafkan sehingga bulatan di Taman Desa Temiang sekiranya mendapat peruntukan tambahan memandangkan jalan dari Pondok Polis Temiang sehingga Taman Desa Temiang adalah sangat sempit dan tidak pernah dinaiktarafkan?
Siapakah kontraktor untuk projek ini dan samada tender terbuka dipanggil?

3)Projek menaiktaraf Jalan Tan Sri Manickavasangam

Dewan yang mulia ini pernah dimaklumkan bahawa Jalan Tan Sri Manickavasangam iaitu jalan utama di kawasan Lobak yang pesat membangun menjadi pusat komersial akan dinaiktarafkan.

Apakah status projek ini dan bilakah projek menaiktaraf jalan ini dapat dilaksanakan? Berapakah kos untuk melaksanakan projek ini dan samada peruntukan telah diluluskan? Sila berikan butir-butir teknikal seperti panjang, lebar dan kerja-kerja berkaitan yang telah dirancang untuk projek naiktaraf ini.

4)Projek membina “culvert” di persimpangan Jalan Vello

Pihak Majlis Perbandaran Seremban telah memulakan projek membina “culvert” besar di persimpangan Jalan Vello untuk mengatasi masalah banjir kilat kira-kira 4 bulan yang lepas. Sebahagian jalan di Jalan Tuanku Munawir juga ditutup kepada kenderaan untuk tujuan projek ini namun projek ini masih belum diselesaikan sehingga kini kerana dikatakan masalah-masalah kabel perkhidmatan utiliti yang lain yang perlu dialihkan.

Secara spesifiknya, bilakah projek ini dapat diselesaikan?
Mengapakah pihak jurutera tidak mengenal pasti kabel-kabel di bawah jalan tersebut sebelum projek dimulakan dan siapakah yang patut dipertanggungjawabkan dalam perkara ini? Masalah seumpama ini pernah berlaku dalam projek awam yang lain juga. Apakah tindakan dan langkah yang diambil oleh pihak berkuasa untuk memastikan ia tidak berulang lagi?

5)Kos Cuti Seberang Laut untuk Menteri Besar dan Cuti Khas Luar Negara untuk Ahli EXCO

Sila berikan butir-butir terperinci kos yang ditanggung oleh Kerajaan Negeri dalam tuntutan untuk “Cuti Seberang Laut” yang dinikmati oleh Menteri Besar bagi tahun 2004, 2005, 2006 dan 2007.
Sila berikan butir-butir terperinci kos yang ditanggung oleh Kerajaan Negeri dalam tuntutan untuk “Cuti Khas Luar Negara” yang dinikmati oleh Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri bagi penggal 2004-2008.

6)Industri kelapa sawit di Negeri Sembilan

Berapakah jumlah keluaran kelapa sawit dalam tan metrik di Negeri Sembilan mengikut setiap bulan dalam 12 bulan yang lalu? Berapakah nilai hasil keluaran tersebut mengikut setiap bulan? Sila nyatakan jumlah keluasan tanah yang mengusahakan tanaman kelapa sawit di seluruh Negeri Sembilan dan pemilik-pemilik utama ladang-ladang tersebut.

7)Status tanah di alamat 529A, Jalan Tuanku Antah, 70100 Seremban

Apakah status terkini lot tanah yang beralamat 529A, Jalan Tuanku Antah, 70100 Seremban? Adakah ia masih tanah “TOL” atau tanah beri milik?
Sekiranya tanah beri milik, siapakah pemilik tanah tersebut sekarang?
Sekiranya tanah beri milik, bilakah ia diberi milik dan berapakah premium tanahnya?

8)Penyelenggaraan untuk Rumah-rumah Pangsa Awam di Lobak

Berapakah peruntukan yang diberikan oleh Kerajaan Negeri dan PBT untuk tujuan penyelenggaraan Rumah Pangsa Templer dan Rumah Pangsa MPS di kawasan Lobak untuk tahun 2008? Adakah pihak MPS yang menyelenggarakan rumah-rumah pangsa di Lobak bercadang untuk mengecat semula dinding luaran yang telah lama dan mencacatkan penglihatan?Adakah sistem pendawaian elektrik di rumah-rumah pangsa tersebut dalam keadaan selamat dan diselenggarakan secara berkala?

9)Bantuan kewangan kepada anak-anak Negeri Sembilan yang berjaya mendapat tempat di IPTA dan IPTS

Apakah jenis bantuan kewangan yang diberikan oleh Kerajaan Negeri untuk anak-anak Negeri Sembilan yang berjaya mendapat tempat di IPTA dan IPTS? Sekiranya ada, berapakah amaun yang diberikan kepada setiap pelajar?
Apakah syarat-syarat untuk memohon bantuan kewangan tersebut? Sila senaraikan secara terperinci. Apakah prosedur dan mekanisme untuk memohon bantuan tersebut? Sila huraikan

10)Perjalanan mesyuarat Pihak Berkuasa Tempatan

Adalah difahamkan bahawa semua mesyuarat pihak berkuasa tempatan di Negeri Sembilan dijalankan secara tertutup padahal kebanyakan mesyuarat PBT di negeri-negeri lain dibuka kepada orang ramai dan pihak media.

Adakah ini merupakan dasar yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri dan sekiranya ya, apakah rasionalnya? Adakah Kerajaan Negeri sedar bahawa perjalanan mesyuarat PBT yang tidak dibuka kepada orang ramai adalah bercanggahan dengan seksyen 23, Akta Kerajaan Tempatan 1976? Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk membuka semua mesyuarat PBT di Negeri Sembilan kepada orang ramai untuk menggalakkan ketelusan dalam sistem pentadbiran PBT?
.

9 comments:

Atata said...

what is the story behind 529A, Jalan Tuanku Antah, 70100 Seremban ?

Warga Industri said...

Well Done YB.

Lagi satu soalan tanya berapa banyak kilang yang telah dan akan ditutup di N.Sembilan pada tahun 2006, 2007, 2008 ?

Nyatakan nama dan alamat kilang tersebut

Berapa ramai pekerja yang terlibat dalam penutupan kilang ini ?

Berapa ramai pekerja yang masih menganggur setelah kilang ini tutup ?

Apakah faktor yang menyebabkan kilang ini tutup ; kos bahan mentah, operasi, elektrik, tenaga tinggi dsbnya ?

Apakah bentuk bantuan yg diberikan oleh kerajaan negeri kepada pekerja yang diberhentikan ini ?

p.s. : Dengar cerita kilang Yano di Senawang akan tutup pada Oktober 2008 akan memberhentikan lebih 1000 orang pekerja, harap YB siasat.

jenny said...

Rasa terkejut dapat tahu kilang Yano,Senawang akan tutup.Adakah ini benar,wahai warga industri?

Peningkatan kes rompakan semakin menaik selepas harga petrol naik dan lebih ramai akan mengganggur kerana majikan tidak ingin menanggung kos yang tinggi dan menamatkan operasi perniagaan.

YB,harap dapat jawapan yang munasabah dari pihak kerajaan untuk menyelesaikan masalah pengangguran dan mengawal kes rompakan berlaku untuk menjamin keselamatan kehidupan rakyat.

Nota: Ada orang tidak ingin hidup di bawah keadaan terdesak,beliau sanggup membunuh anak-anaknya dan menamatkan nyawa sendirinya akhirnya.

jenny said...

Keadaan politik dan ekonomi yang tidak stabil akan menimbulkan kesan negatif di kalangan rakyat dan juga pelabur dari luar negara.

Kesan negatif yang berterusan, MALAYSIA akan menjadi "anak yatim"-kehilangan fokus daripada para pelabur luar negara seperti Japan,Korea,Taiwan dan Amerika.

Foo Yoong said...

Your blog should be made for people to express their views and you should not censored them. Oherwise you are not walking the talk and practicing free speech.
I have suggested for windfall tax on toll operators when you commented on PLUS making exhorbitant profits which I do not see it appearing in your blog. Today you can read in The Star of Nor Yakub rejecting this idea.
By doing so, you have deem to be unfair for those whom have use the PLUS highway back to vote for you in the election.
This could only enforce my thinking whether all politicians are alike be it in the opposition or government.

Loke Siew Fook said...

Dear Foo Yoong,

Since i started this blog, i have never censor any comments, not even once. The fact that you can post your comments here proved that you can express your views freely.

I allow anyone to comment, criticize or express their thinkings freely in my blog no matter how negative is their comments. I only appeal that no one be racists in their comments.

You can check all the comments posted..i did not delete any of them.

I admit that some of my earlier posts did not allow comments, not that i did not want it but because at the beginning, i did not know that i have to choose the options to allow comments when i post my blog. I apologize for that but all my current posts allowed comments.

I hope that you do not draw conclusions so soon that all politicians are the same. I beg to differ... i am for one fighthing to be different.

OMGGosh said...

Hi Foo Yoong

I agree with YB Loke . i visit his blog since 2007 . i have not seen him sensor any comment . if he got , people will complain . But you have to remember "INTERNET does not operate in a legal vacuum. " from Jeff Ooi blog.
You should know that YB Loke spend time to blog to give us information . that what make him a different politician .

another one who blog and new to him is YB Cha . he writes in Mandarin and also tranlate to Bahasa Melayu

HollyWoD said...

To Foo Yoong

What The Story ,
U make be had own dicussion to what is the story behind the YB LokeSiewfook blog.

But remember,

He`s the person, that can help all of us , bringing ur citizen crisi case....... N more isue to the Parliment.

Hope U Understand What I Saying,

To YangBerhormat,
A billionaire Thank You to
Yang-BerHormat for sharing the isue-isue.

Sekian Terima Kasih.

Anonymous said...

civil servent at JBA(town) are very rude, arrogent and incorrigable.If you ask the staff at the counter for info, they tell u that they only print receipts and put on their "papaya face" to show that they are in authority. Please ask JBA Seremban to retrain their staff to be more informative n resourseful and NOT like ther printer that print receipts only.