Thursday, August 28, 2008

We boycotted unfair DUN sitting!

15 ADUN pembangkang boikot sidang Dewan

SEREMBAN 27 Ogos - Persidangan Dewan Undangan Negeri, Negeri Sembilan hari ini tercemar apabila 15 wakil rakyat pakatan pembangkang bertindak keluar Dewan beramai-ramai selepas 25 minit ia bersidang.

Semuanya bermula apabila Ketua Pembangkang, Loke Siew Fook (DAP-Lobak) bangkit dengan menyatakan rasa tidak puas hati dengan sistem penggiliran untuk bercakap sehingga menyebabkan mereka langsung tidak berpeluang mengemukakan soalan-soalan lisan.

Kata Siew Fook yang juga Ahli Parlimen Rasah, beliau telah mengemukakan memorandum kepada Speaker Dewan, Datuk Razak Mansor baru-baru ini supaya membenarkan penggiliran dalam mengemukakan soalan, yang mana satu dari pakatan pembangkang dan satu lagi dari Barisan Nasional (BN) sehingga habis bersidang.

''Kami keluar Dewan kerana tidak berpuas hati dan ini adalah protes terhadap penolakan cadangan yang kami kemukakan," kata Siew Fook yang mewakili 10 wakil rakyat dari DAP, empat dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan satu dari Pas.

Siew Fook bangkit sebaik Datuk Roslan Yusoff (BN-Johol) selesai bertanyakan prestasi atlet Negeri Sembilan pada temasya Sukma di Terengganu, Jun lalu kepada kerajaan negeri.

''Saya tidak faham mengapa soalan berulang-ulang dibangkitkan oleh wakil rakyat BN dan diberi keutamaan pada soalan lisan yang pertama, sedangkan kita semua sudah tahu prestasi atlet negeri ini," tegas beliau.

Siew Fook mendakwa, banyak soalan dari pakatan pembangkang yang dikemukakan dalam soalan lisan tidak dapat dijawab oleh kerajaan kerana kesuntukan masa.

''Contohnya saya mahu tahu wang yang dibelanjakan oleh kerajaan dalam penyelengaraan kereta terutama yang digunakan oleh Exco," jelas beliau.

Siew Fook berkata, walaupun beliau akan memperoleh jawapan melalui tulisan tetapi tidak berpeluang bertanyakan soalan tambahan yang memerlukan jawapan ketika itu.

''Saya bertanya Speaker dengan kuasa yang ada padanya, apakah beliau boleh menerima cadangan penggiliran tersebut tetapi memberitahu saya untuk merujuk kepada jawatankuasa (peraturan Dewan) terlebih dahulu.

''Saya tidak faham mengapa dia perlu merujuk kepada jawatankuasa, sedangkan dia mempunyai kuasa untuk membuat keputusan ," jelas beliau.

Sementara itu, Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan (BN-Rantau) yang ditemui pemberita selepas tamat sesi sidang dewan hari ini berkata, beliau kecewa dan menyatakan apa yang berlaku hari ini ibarat 'sarkas'.

''Masing-masing menjerit dan terpekik untuk memaksa cadangan yang mereka bawa diguna pakai segera pada Sidang Dewan kali ini.

''Jangan jadi 'koboi' tembak sana, tembak sini. Kita ada peraturan, ikutlah dengan betul. Sebagai wakil rakyat kita harus tahu mengawal diri," tegas beliau.

Beliau menjelaskan, dalam menentukan perjalanan Sidang Dewan terdapat beberapa jawatankuasa diwujudkan antaranya berkaitan pentadbiran Dewan, tatatertib Dewan, peraturan dan pindaan dewan.

Mohamad menegaskan, tindakan yang dilakukan oleh ahli pakatan pembangkang cukup biadap kerana meninggalkan Dewan selepas Speaker Dewan membuat keputusan menolak cadangan dan perlu dibawa ke dalam mesyuarat jawatankuasa yang berkaitan.

''Hak mereka tidak diketepikan. Kalau Speaker tidak jalankan tugas dengan baik, mereka keluar dewan pun saya tak kisah. Speaker telah menjalankan tugas dengan baik dan membuat keputusan yang betul," jelas beliau
.

8 comments:

Melayu Glokal said...

Siapa yang bodoh wahai Datuk Seri Mohamad Hasan ?

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan menyifatkan tindakan 15 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) pembangkang memboikot persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan, semalam sebagai tindakan bodoh dan mengkhianati pengundi yang memilih mereka pada pilihan raya umum lalu. (Petikan Berita Harian 28 Ogos 2008)
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Thursday/Wilayah/20080828091207/Article/index_html

11 ADUN BN di Pulau Pinang bodoh juga ke ? ADUN-ADUN BN di Kelantan bodoh juga ke ? Kerana semua ADUN-ADUN BN ini yang kebanyakannya UMNO , juga telah keluar sidang dewan pada tahun ini. Datuk Seri sebagai pemimpin negeri haruslah bersikap professional , bukannya emosional.

11 ADUN BN tinggalkan sidang DUN
PULAU PINANG 28 Julai - Semua 11 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang bertindak keluar dari sidang Dewan Undangan Negeri (DUN).. (Petikan Utusan Malaysia 29 Julai 2008) http://www.utusan.com.my/utusan/arkib.asp?y=2008&dt=0729&pub=utusan_malaysia&sec=politik&pg=po_11.htm&arc=hive

Wakil BN keluar sidang DUN Kelantan
KOTA BHARU 7 Julai - Semua wakil pembangkang hari ini bertindak keluar daripada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan selepas membantah keputusan Speaker, Mohd. Nassuruddin Daud yang menolak 10 daripada 15 soalan lisan yang dikemukakan mereka. (Petikan Utusan Malaysia 8 Julai 2008)
http://www.utusan.com.my/utusan/arkib.asp?y=2008&dt=0708&pub=utusan_malaysia&sec=politik&pg=po_04.htm&arc=hive

atata said...

if this problem isn't resolve, it will keep repeating, and at the end no question will be answered, and for us the rakyat this is a serious problem, therefore a fierce action has to be taken.

and 2 days per sitting is too short

Bentoh said...

2 days sitting is ridiculous...

Last minute delay of sitting is even more ridiculous...

and should a speaker make such a partisan statement when speaker is supposed to be as neutral as he/she can?

ADUN BN in Johor staged walkout when the opposition leader was in half way his speech...

ADUN BN in Perak staged walkout because speaker did not give BN ADUN priority to talk...

All are animals...

Human species is Homo sapiens, in the Kingdom Animalia though...

levent said...

nevermind....let them control n let them do what they like....
let this type of monkeys to asked all stupid n non-related question...
let the media put this matter onto newspaper,let people see how horrible and foolness their management,i believe people will use their vote ability to select a new government in future...(support to say SOON)
haha....

Power of Rakyat said...

YB Loke di Astro Awani

http://prn9.blogspot.com/

Ho_llY said...

What The Story

國陣表明不公平立場,
森州15名反對黨議員,不應該就此罷休,
每為反對黨議員的確杯葛立法議會,
所謂:亦步亦趨, 事件會再發生....

無論如何,森州15名反對黨議員....
(D.A.P , P.K.R , P.A.S)
以示公平,應給予壓迫力的示威,
讓立法議會(國陣)得到教訓 !

橋唔怕舊,最緊要有效....

Foo Yoong said...

Surprise to see that first-term ex-teacher Lenggeng assemblyman can afford a luxury mansion in Mantin in the Star today. A teacher must be a lucrative profession these days.

Keris Melayu said...

BN N.Sembilan pimpinan Mohamad Hassan subur rasuah ?

Apa nak jadi dengan Umno Barisan Nasional pimpinan Datuk Seri Mohamad Hasan di Negeri Sembilan ini ? Begitu ramai ahli politik Umno di Negeri Sembilan ditahan BPR untuk siasatan rasuah. Sebelum ini calon Ketua Umno Bahagian Seremban disiasat BPR , seorang ADUN juga disiasat kes ubahsuai pejabatnya. Terkini seorang ADUN dalam Parlimen Seremban juga disiasat iaitu YB Mustafa Salim ADUN Lenggeng berkaitan projek melombong pasir.

Begitu lemah pentadbiran Datuk Seri Mohamad Hasan dari masalah Taman Ular di Ulu Bendul, masalah kutipan sampah oleh Pihak Berkuasa Tempatan yang berhutang jutaan ringgit dengan kontraktor mengutip sampah. Diburukkan lagi kerajaan negeri diterajui oleh barisan EXCO yang ramai muka baru yang tiada pengalaman sebelum ini sebagai Wakil Rakyat apatah lagi sebagai EXCO.

Rakyat mendesak perubahan segera kerajaan Negeri Sembilan pimpinan Datuk Seri Mohammad Hasan samada semua ADUN BN dan EXCO di Negeri Sembilan menumpu tugas untuk rakyat tanpa mengambil sesen pun duit melalui projek selain gaji bulanan sebagai EXCO dan ADUN. Jika tidak serahkan saja pentadbiran kerajaan negeri kepada Pakatan Rakyat.

Disamping itu pemimpin , ahli dan penyokong Pakatan Rakyat Negeri Sembilan ini haruslah berusaha memujuk wakil rakyat Umno di Negeri Sembilan ini menyertai Pakatan Rakyat demi kemajuan rakyat juga negeri ini dan memastikan kemenangan Pakatan Rakyat pada pilihanraya umum atau pilihanraya kecil yang akan datang.

Patutlah Sidang Dewan Undangan Negeri Sembilan tidak memberi peluang kepada wakil rakyat Pakatan Rakyat untuk mengemukakan soalan lisan dan soalan bertulisnya ada yang ditapis-tapis.