Tuesday, August 19, 2008

Memorandum to State Assembly Speaker

The Negeri Sembilan State Assembly second sitting for the year which was scheduled for 25-26 August has been postponed for 2 days. Reason? I don't think it is co-incident that 26 August is the polling day for Permatang Pauh by-election. I heard sources that the NS MB wants to be seen in the BN's campaign. Not so much for Permatang Pauh but the bigger battle, UMNO Supreme Council election.

I have openly criticized the move to postpone the assembly sitting. This shows that the BN leaders put their own political interest above the people. Nothing is more important than the Assembly sitting for all ADUNs in NS.

The state government also rejected 6 out of my 16 questions submitted. They refused to answer my queries on the official cars, MB's holiday expenses and a few more.

Attached is my memorandum to the State Assembly Speaker submitted 2 hours ago:

19 Ogos 2008

YB Datuk Razak Mansor
Yang Di Pertua
Dewan Undangan Negeri
Negeri Sembilan

YB Datuk,

CADANGAN UNTUK MELICINKAN PERJALANAN PERSIDANGAN DUN

Adalah dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara yang tersebut di atas.

2. Saya mewakili ADUN-ADUN Pakatan Rakyat ingin membuat beberapa cadangan kepada pihak YB untuk dipertimbangkan bertujuan untuk melicinkan perjalanan persidangan Dewan Undangan Negeri Negeri Sembilan. Saya berharap pihak YB boleh mempertimbangkan bahawa pada masa kini terdapat 15 ADUN dari Pakatan Rakyat dalam Dewan dan justeru itu, adalah wajar kami diberikan peluang yang sama rata untuk mengemukakan soalan-soalan lisan dan mengambil bahagian dalam segala perbahasan.

3. Cadangan-cadangan yang ingin dikemukakan adalah seperti berikut:

a) Soalan Lisan

Pada persidangan April yang lalu, susunan soalan lisan adalah mendahulukan ADUN-ADUN Barisan Nasional. Selepas semua ADUN BN bertanya, baru dimulakan ADUN Pakatan Rakyat. Dalam masa yang disuntukkan selama satu setengah jam, adalah mustahil ADUN dari Pakatan Rakyat mempunyai peluang untuk mengemukakan soalan lisan kami.

Kami mencadangkan supaya susunan soalan ini mencontohi cara Parlimen membahagikan soalan iaitu soalan dari BN dan Pakatan Rakyat diselang-selikan. Ini bermaksud sekiranya wakil BN diberikan soalan pertama, maka soalan kedua seharusnya datang dari wakil Pakatan Rakyat. Selepas itu, soalan ketiga kembali kepada wakil BN dan keempat kepada Pakatan Rakyat dan susunan ini diteruskan sehingga tamat masa soalan. Cara susunan ini adalah lebih adil supaya setiap ADUN mempunyai peluang untuk mengemukakan soalan mereka berbanding susunan sebelum ini. Sekiranya ada ADUN yang tidak sempat bertanya pada hari pertama, maka soalan hari kedua perlu diberikan peluang kepada mereka. Yang Di Pertua bolehlah menentukan siapa yang bertanya dahulu dan soalannya mengikut kedudukannya dalam parti.

b) Masa Berbahas

Kami juga berharap Yang Di Pertua boleh memberikan kelonggaran dalam masa berbahas. Oleh kerana persidangan DUN hanya berlangsung secara puratanya 8 hari setahun, maka adalah wajar ADUN diberikan masa yang lebih panjang untuk berbahas. Saya mencadangkan dalam setiap usul atau Rang Undang-undang, setiap ADUN seharusnya diberikan masa minimum 20 hingga 30 minit. Dalam perbahasan yang penting seperti Usul Menjujung Kasih Ucapan Diraja dan usul BAJET, seharusnya 30 ke 45 minit diperuntukkan untuk setiap ADUN.

Saya juga berharap keistimewaan dari segi masa perbahasan yang lebih panjang boleh diberikan kepada Ketua Pembangkang DUN. Ini merupakan satu kebiasaan di Parlimen kerana semasa ucapan Bajet, Ketua Pembangkang tidak dihadkan masa untuk berbahas.

c) Soalan ADUN ditolak

Salah satu fungsi utama dalam DUN ialah membolehkan ADUN mempersoalkan segala pemasalahan, isu, dasar dan segala perbelanjaan yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri untuk kepentingan dan pengetahuan orang ramai. Namun, saya berasa amat dukacita melihat bahawa banyak soalan yang dikemukakan oleh ADUN pembangkang ditolak tanpa memberikan sebarang sebab dan alasan. Contohnya, untuk persidangan akan datang, 6 soalan saya telah ditolak tanpa sebarang sebab. Soalan-soalan saya berkait dengan dasar dan perbelanjaan kerajaan telah ditolak dengan sewenangnya.

Saya melihat perkara ini secara serius dan merasakan ia adalah sesuatu yang sangat tidak sihat. Kerajaan Negeri tidak boleh memilih untuk tidak menjawap soalan yang mungkin akan menimbulkan persoalan kepada mereka di kalangan orang ramai.

Saya berharap Datuk Yang Di Pertua boleh memberikan pertimbangan yang serius dalam perkara ini dan mempertahankan kewibawaan dan kemuliaan Dewan Undangan Negeri.

d) Susunan kerusi ADUN Pakatan Rakyat

Saya juga berharap YB Datuk boleh menyusun semula susunan kedudukan kerusi ADUN Pakatan Rakyat sebelum bermulanya persidangan Ogos ini. Ini adalah kerana susunan sekarang sebenarnya tidak mengikuti kedudukan atau jawatan mereka dalam Parti masing-masing. Jawatan Parti yang lebih tinggi seharusnya menjadi ukuran untuk menentukan kedudukan mereka yang lebih depan dalam Dewan.

4. Kami dalam Pakatan Rakyat amat mengharapkan YB Datuk dapat mempertimbangkan cadangan-cadangan ini dan dapat melaksanakannya dalam Persidangan 27-28 Ogos ini. Kami amat menghormati kewibawaan kerusi Yang Di Pertua DUN dan kami mengharapkan YB Datuk dapat melaksanakan tanggungjawab ini mengatasi kepentingan politik kepartian. Pertimbangan YB Datuk sangatlah dihargai untuk kepentingan bersama mempertahankan kemuliaan Dewan Undangan Negeri.

Sekian. Terima kasih.

Berkhidmat untuk rakyat,

……………………………………..
LOKE SIEW FOOK
Ketua Pembangkang DUN NS
Merangkap ADUN Kawasan Lobak

.

8 comments:

Anonymous said...

state govt of NS,

something to hide ? nothing to hide y reject the questions ?
spend rakyat's money but dare not give a breakdown of the expenses ,dare not be transparent , dare not give accountability ? all the more u had no reason to postpone state assembly sitting , NS ppl gives BN mandate to be state govt , yet u letting NS ppl down by putting yr political interest in position no.1

NS folks hope in the next coming election , we will unite & act wisely by booting out this selfish & arrogant BN , for the sake of our next generation. Folks decide & make the right choice future is in yr own hands.

Anonymous said...

Ya , let us all unite Malay, Chinese, Indian, Muslim, Buddhist, Hindu, Christian bersatu tumbangkan BN di N.Sembilan. Kita semua dah bosan dengan pemimpin UMNO dan BN di N.Sembilan.

Nak tanya soalan pun susah. Macamana BN nak tadbir negeri ?

Hidup Melayu ! Hidup Cina ! Hidup India ! Hidup Rakyat !

Anonymous said...

Ya , let us all unite Malay, Chinese, Indian, Muslim, Buddhist, Hindu, Christian bersatu tumbangkan BN di N.Sembilan. Kita semua dah bosan dengan pemimpin UMNO dan BN di N.Sembilan.

Nak tanya soalan pun susah. Macamana BN nak tadbir negeri ?

Hidup Melayu ! Hidup Cina ! Hidup India ! Hidup Rakyat !

True Malay said...

Camno UMNO BN nak perintah N.Sembilan ni, baru ADUN Pakatan Rakyat nak tanya soalan yang membabitkan masalah rakyat dah disekat-sekat dari dikemukakan dalam Dewan Undangan Negeri. ADUN Pakatan Rakyat N.Sembilan bukannya tanya nak hapus hak orang Melayu , beri kuota 10% untuk pelajar bukan Melayu masuk UITM , memudahkan orang Melayu keluar Islam. Meraka tanya masalah kemiskinan, permasalahan agensi kerajaan negeri, perbelanjaan menguruskan kerajaan negeri, kutipan zakat, cukai pintu, pengangguran dan sebagainya.

Kok macam nilah caranya UMNO BN di Negeri Sembilan mentadbir kerajaan negeri , tanya soalan yang mudah pun ditapis-tapis, tak tahulah apa jadi pada nasib rakyat Negeri Sembilan.

P130 voter said...

Can our ADUN ask the speaker why the particular question was rejected? For it to be rejected there must be reasons. Speaker should "kemukakan" the reasons.

P130 voter

P130 voter said...

Also YB Loke, you may also bring up this matter for our MB to answer:

Menteri Besar Negeri Sembilan (Incorporation), signed an option to purchase with a company known as Space Integrated City Sdn. Bhd. (Company No. 806538 - W) for the purchase of PT5540 – 5569. The total acreage of the said land being 987.2 acres (commercial status).

The whole area, known as Bandar Baru Sendayan, is being developed by BSS Development Sdn. Bhd. The Land is being sold for Rm10 pr.sq ft.. Transactions of adjacent industrial land are recorded between Rm22-35 pr sq ft. In other words, commercial lots should fetch a much higher price. Why is the State selling it at such a huge discounted value?

The buyer, Space Integrated City Sdn. Bhd, is proposing a township called Space City - hyped as a futuristic development. The company promises to invest US$1Billion in the project. But, it does not even have a permanent or decent office in Malaysia or staff for a company that plans to do a US$1billion project. They are operating like a fly-by-night establishment with many different addresses in its letterhead.

Tunku Laksaman of Negeri Sembilan Tunku Naquiyuddin is involved with a UAE-based businessman, one Jaafar Sharif Abdulla in this company. The anomalies:

1. The said company with a paid-up capital of RM2.00, is purchasing assets worth millions of Ringgit. Plans for increasing capital has been mulled but nothing has materialized.

2. It is said that the company is undertaking a similar project in Bangalore, India. There is no website or company information made available by the UAE group. Nothing to substantiate their claim.

3. No information is made available about the UAE-based company or their financial capabilities or other projects undertaken by them. Even the name cards circulated doesn't have a permanent UAE address on it.

4. The company has paid less than the normal nominal sum (not even 2%) for the option to purchase and has been given abnormal payment terms i.e 5 years installments. No land deal in the country, even with local companies, has ever obtained such terms.

5. The agreement that was supposed to be inked in April was delayed until July as sources say funds were not in place.

6. The agreement is one-sided, placing the onus of performance on the State to deliver its obligations on developing surrounding infrastructure but the company's obligations are not appended as part of deliverables.

7. The company has not even brought in US$10million into the country but is using the mere option to purchase to sell part of the land at a higher price i.e 8 times of the price to other Middle Eastern developers. It has already undertaken work to charge the land and raise the money it requires.

8. In other words, a foreign company is buying State land that belongs to the Rakyat at a very low price on the pretext of bringing huge investment but selling it to others at a higher price. Why can't the State sell the required land for development then sell the balance to other foreign investors at a higher price by themselves? By then the price per sq ft would fetch a higher price and will benefit the State coffers.

9. There should have been a condition where the full price must be paid before the Title deed can be given.

10. The State should ask the UAE company to provide proof of its financial capability and enforce that 10% of the entire development cost be kept in a local independent fund in the event the project is defaulted; and locals vendors and suppliers that are affected be given adequate compensation.

11. The company has violated many rules including having staff working in Malaysia without proper work permits, in-flow of funds without FIC approval, etc.

12. From our findings, the UAE businessman is using names of some sheikhs and has put them as shareholders and directors but they have never even set foot on Malaysian shores. ROC checks reveal the documents were not notarized in their country.

13. The people involved in MB Inc, BSS Development is poised to gain from selling other parcels in Bandar Sri Sendayan to foreigners but all options to sell will have to go through this company. MB Inc will sell at Rm10 or Rm7 per sq ft but the company is re-selling at a much higher price. The difference in price is between 8 to 10 times.

The latest info is that the plots planned earlier have been changed to a better location within Bandar Sri Sendayan. There are many local companies intending to buy a piece there including Tabung Haji Development, Religious Department and Naza Properties but they have been told that the lands are taken already. This piece of land which originally belonged to Felda settlers has since gone through many schemes. First, the Naluri Group and now MB Inc with BSS Development. The culprits are Space Integrated City Sdn. Bhd.

Malaysian land is being bought at ridiculous prices and the land itself is being used to pay for it. No actual investment to the tune of US$100Mil is coming into the country. Worst still, it is being re-sold at a much higher price and the benefits are going out of this country. This atrocity has to stop and Malaysia Today is the only option to bring this to light. I wrote to the DAP leader of Negeri but received no response. I hope this scam will be highligted. It is the people's land and the guardians of state resources are squandering it. Please find the draft agreement that was inked.

Source:- http://malaysia-today.net/2008/content/view/11552/84/

P130 voter

nmn77 said...

agree how to manage NS if tanya soalan pun tak bleh..what kind of demokrasi nie? baik declare kerajaan NS Autokrasi...AKU DAH BOSAN.......

HollyWoD said...

Kepada Yang-BerHormat,

What The Story,
Yang berlaku pada hari March 8,2008 ialah The Citizen Miracle Power(Kuasa-ajaid Rakyat) ,ia membukti Rakyat berharap Kerajaan bertujuan untuk rakyat-rakyat , bukan kepada BN dan Ummo. Rakyat bukan bepelanjaan Kos kepada Kerajaan Parti-Parti yang Sombong , tamat dan bodoh.

Harap bolehlah yang semua Kerajaan(N.S dan SeMalaySia) di tukar sekali dengan Sokongan-sokongan Rakyat.

Dengan begitu ,(Malaysia) negara kita akan maju dengan berubah , berbangga , berhormat dan bermaruah.

sekian Terima-Kasih
kepada YB Loka siow Fook,
kerana menyampaikan informasi yang penting.