Saturday, November 22, 2008

Alternative Budget for Negeri Sembilan

BAJET ALTERNATIF NEGERI SEMBILAN 2009

“Menjamin Keadilan Sosial, Menghadapi Cabaran Bersama”

Anggaran Hasil

Butiran

2008 (BN)

RM

2009 (PR)

RM

Perbezaan (%)

Hasil Cukai

115,372,900

150,000,000

30

Hasil Bukan Cukai

57,315,200

72,000,000

25.6

Terimaan Bukan Hasil

47,411,900

58,000,000

22.3

Jumlah Hasil

220,100,000

280,000,000

27.2

Dasar Pakatan Rakyat:

- Hasil Cukai – Hasil langsung yang kebanyakannya terdiri daripada cukai tanah dijangka bertumbuh pada kadar biasa 30% dengan mengambil kira kadar cukai yang sama tanpa menaikkan sebarang cukai.

- Hasil Bukai Cukai – Jumlah kutipan hasil ini dijangka dapat menyumbang tambahan 25% dengan adanya dasar pemberian permit tanah dan galian secara tender dan pemberian tanah kerajaan khasnya tanah komersial melalui proses tender terbuka akan meningkatkan kutipan premium tanah.

- Terimaan bukan hasil – Jumlah hasil mengambil kira pemberian tetap daripada kerajaan persekutuan yang termaktub dalam Perlembagaan.


Anggaran Belanjawan Mengurus

Butiran

2008 (BN)

RM

2009 (PR)

RM

Perbezaan (%)

Emolumen

107,000,835

107,000,835

0

Perkhidmatan dan Bekalan

78,142,501

65,000,000

-16.8

Caruman kepada Kumpulan Wang Berkanun

93,278,000

75,000,000

-19

Perbelanjaan Khas

31,273,664

24,000,000

-23.2

Bayaran Hutang Kerajaan

17,000,000

17,000,000

0

Jumlah

326,695,000

288,000,835

-11.6%

Dasar Pakatan Rakyat:

- Emolumen – Pakatan Rakyat komited untuk memberikan gaji yang sama kepada semua kakitangan awam tanpa apa-apa potongan dan tidak akan memberhentikan sebarang perjawatan. Namun, penstrukuturan semula perjawatan akan dilakukan untuk memastikan tidak ada pertindihan kerja dan mengalihkan sumber manusia ke jabatan yang lebih memerlukannya.

- Perkhidmatan dan bekalan – Perbelanjaan ini dijangka dapat berjimat di antara 10-15 % (across the board) dengan adanya dasar perolehan perkhidmatan dan bekalan menggunakan tender terbuka di semua jabatan kerajaan. Semua jabatan kerajaan akan disasarkan untuk menjimatkan penggunaan sumber sebanyak 10% seperti elektrik dan bahan bakar.

- Caruman untuk tujuan perbelanjaan pembangunan.

- Perbelanjaan khas – Selain perbelanjaan tanggungan seperti peruntukan diraja, pencen khas, elaun kerabat dan lain-lain perbelanjaan wajib, semua pembelian aset atau pengubahsuaian pejabat adalah dibekukan. Hanya perbelanjaan yang sangat diperlukan dibenarkan. Semua perbelanjaan “one-off” perlu mendapat kelulusan kerajaan negeri.

- Bayaran hutang kerajaan – komited untuk terus membayar balik hutang kerajaan dan jumlah yang sama diperuntukkan.


Bajet yang dibentangkan ialah berikut:

Anggaran Hasil RM280,000,000

Anggaran Belanjawan Mengurus RM288,000,835

Defisit RM8,000,835


Anggaran Pembangunan

Butiran

2008 (BN)

RM

2009 (PR)

RM

Perbezaan (%)

Infrastruktur

28,100,000

30,000,000

6.7

Sosial

41,103,000

62,000,000

51.2

Pentadbiran

22,446,000

12,000,000

-46.5

Agama

13,500,000

14,500,000

7.4

Pertanian

10,430,000

10,500,000

0.6

Luar Jangka

2,000,000

2,000,000

-

Jumlah

117,579,000

131,000,000

11

Dasar Pakatan Rakyat


Infrastruktur – RM30 juta

– RM18 juta diperuntukkan untuk Jabatan Kerja Raya untuk kerja-kerja menaiktaraf jalan negeri dan di luar Bandar, membaiki jalan-jalan di peringkat daerah, membaiki jambatan usang, membina benteng-benteng baru di kawasan hakisan tanah dan menambah lampu jalan di persimpangan-persimpangan jalan.

- RM12 juta untuk Jabatan Pengairan dan Saliran untuk menjalankan projek tebatan banjir, membina saliran-saliran baru dan kerja-kerja membersihkan sungai


Sosial – RM62 juta

Butiran

Peruntukan (RM)

Perumahan dan Kerajaan tempatan

(pembinaan rumah mesra rakyat)

15 juta

Perkhidmatan masyarakat dan kebajikan am

(Program pembasmian kemiskinan tegar, bantuan kewangan kepada keluarga miskin dan program sosial)

10 juta

Kerja-kerja Kecil ADUN (RM150,000 setahun x 36 kawasan)

5.4 juta

Pembangunan produk-produk pelancongan dan promosi

5 juta

Bantuan kewangan kepada persatuan-persatuan dan NGO

2 juta

Bantuan kewangan kepada pertubuhan-pertubuhan agama bukan Islam

2 juta

Bantuan kewangan kepada 2 buah Sekolah Tinggi Cina

1 juta

Bantuan kewangan kepada semua Sekolah Bantuan Modal (SJKC, SJKT, Sekolah Missionary dan Sekolah Agama Rakyat)

3.6 juta

Tabung Insentif untuk Pelajar IPTA anak Negeri Sembilan (untuk keluarga yang pendapatan kurang dari RM1500)

2 juta

Takaful khairat kematian (warga emas yang berumur 65 tahun ke atas yang meninggal dunia) – terbuka kepada keluarga yang pendapatannya kurang dari RM1500

1 juta

Jumlah

47 juta

Baki RM15 juta daripada peruntukan sosial ini akan digunakan untuk menubuhkan satu tabung pinjaman perumahan kepada rakyat Negeri Sembilan tanpa mengira kaum yang berpendapatan kurang RM1500 sebulan dan masih belum memiliki rumah. Pinjaman yang diberikan ialah untuk pembelian rumah kos rendah dan maksima pinjaman ialah RM50,000 dengan kadar faedah 4% berkurangan (kadar faedah yang sama yang dinikmati oleh kakitangan awam). Tujuan skim ini ialah untuk membantu dan memudahkan rakyat Negeri Sembilan yang kurang berupaya untuk memiliki rumah sendiri. Skim ini dijangka dapat membantu 300 keluarga miskin memiliki rumah mereka sendiri setiap tahun. Skim ini boleh dilaksanakan melalui Yayasan Negeri Sembilan.

Pentadbiran – RM 12 juta

- Peruntukan pembangunan untuk tujuan pentadbiran hanya dibenarkan untuk perbelanjaan yang dapat meningkatkan kapasiti dan mutu sistem penyampaian kerajaan seperti penaiktarafan sistem komputer dan ICT.

- Semua perbelanjaan yang melibatkan pembelian bangunan fizikal dibekukan

Agama – RM 14.5 juta

- Peruntukan untuk pembinaan masjid dan surau akan diteruskan. Pakatan Rakyat menghormati kedudukan Islam sebagai agama rasmi dan komited untuk terus membangunkan ajaran agama Islam di kalangan masyarakat Islam di NS.

- Jumlah peruntukan yang diluluskan sebelum ini akan diteruskan

- Tambahan RM1 juta khas untuk penambaikan dan pembangunan Sekolah-sekolah Agama serta kenaikan gaji guru-guru Sekolah Agama Rakyat

Pertanian - RM 10.5 juta

.
..

3 comments:

Anonymous said...

kudos, an improvement since the yester-years

DAP NS before was strong on criticism but sort on alternative governance

now we see a declaration of ambition to take over and formulation of an alternate budget

I like to huge swing in development funds from administration to social, i.e. cutting down on departmental spending on civil servants and put the resource to benefit a wider mass, which also include those civil servants as they are a part of rakyat too.

I believe that stringent cost control can reduce expenditure by even more than 10%

perhaps an alternative is also to have "saving bonus" - any civil servant who can devise a cost saving measure can get a share of actual cost savings achieved, cap at a minimum, say higher of 1o% savings or RM50,000 so it would be a win-win situation and encourage ideas from all round.

Food for thought at federal and state levels.

Regards
Lee Wee Tak

OMGGosh said...

Good

I dont think BN can ever make a budget like what PR alternative budget .

PRU 13 , the PR will be ready to takeover NS.

Anonymous said...

Dear YB,
i hope that you can check for it,
DAPSY in serdang,selangor is very unfair to us,
the chairman is from Kajang Baru Branch(is under ulu langat)not from Serdang,another things is their meeting set on saturday 330pm,
i thinks so they try to controll the meeting,because we are working,how to attend the meeting,
i hope YB can check for it