Monday, November 3, 2008

Respons saya terhadap kenyataan Speaker DUN NS di Sinar Harian

Kenyataan Media oleh Pengerusi DAP Negeri Sembilan merangkap Ketua Pembangkang dan ADUN Lobak Loke Siew Fook pada 3 November 2008 di Seremban.

Persidangan DUN Negeri Sembilan perlu ikut konvesnyen Parlimen

Saya merujuk kepada kenyataan yang dibuat oleh Speaker DUN Negeri Sembilan Datuk Razak Mansor kepada Sinar Harian pada 2 November 2008. Saya cukup kecewa dengan kenyataan tersebut kerana Speaker sepatutnya mengekalkan status “non-partisan” dalam Dewan dan kenyataan tersebut boleh ditakrifkan sebagai satu amaran kepada ADUN-ADUN Pakatan Rakyat.Saya ingin menegaskan semua ADUN Pakatan Rakyat berkelakuan baik dalam Dewan selama ini dan kami semua cukup memahami peraturan dewan.

Tindakan kami memboikot persidangan Dewan pada bulan Ogos yang lepas merupakan satu tindakan yang terdesak untuk menyatakan ketidakpuasan hati kami ke atas layanan yang tidak adil dari segi peluang bertanya soalan. Tindakan memboikot persidangan adalah satu tindakan yang biasa yang juga pernah dilakukan oleh pembangkang di DUN Kelantan dan Pulau Pinang yang terdiri daripada ADUN-ADUN UMNO. Adakah Datuk Razak Mansor bersedia membidas tindakan ADUN-ADUN UMNO di Kelantan dan Pulau Pinang yang juga pernah bertindak keluar Dewan?

Kami di pihak Pakatan Rakyat hanya ingin mendapat layanan yang adil dalam Dewan terutamanya dari segi peluang untuk mengemukakan soalan lisan kami. Kami meminta DUN Negeri Sembilan mengikuti sistem penggiliran soalan seperti yang dipratikkan di Parlimen dengan peluang diberikan kepada BN dan PR secara selang-seli. Dengan kedudukan kami melebihi satu pertiga kerusi di dalam Dewan, adakah ini satu permintaan yang keterlaluan? Semua ADUN dipilih oleh rakyat dan suara kami mestilah dihormati dan didengari dalam Dewan.

Sepatutnya perjalanan persidangan DUN perlulah mengikuti konvensyen Parlimen. Saya menyeru Datuk Razak Mansor supaya membuat kunjungan hormat kepada Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia untuk mendapatkan nasihat dan pandangan bagaimana memastikan perjalanan Dewan yang adil dan licin. Di Dewan Rakyat, kedudukan pembangkang cukup dihormati oleh Speaker. Contohnya, Ketua Pembangkang diberikan keutamaan untuk berucap dan tidak ada had masa untuk beliau berucap. Semua peluang untuk mengemukakan soalan dan mengambil bahagian dalam perbahasan juga diberikan secara adil dan selang-seli di antara BN dan PR.

ADUN-ADUN Pakatan Rakyat sememangnya tidak mahu melihat apa-apa gangguan dalam Dewan dan mengharapkan satu forum yang bebas dan adil untuk kami berbahas dan menyuarakan masalah rakyat secara bernas dan konstruktif. Namun, ini hanya dapat dicapai dengan kesediaan kerajaan BN untuk mengubah sikap mereka ke arah keterbukaan mendengar kritikan.

-LOKE SIEW FOOK-

4 comments:

OMGGosh said...

Well The truth will prevail.
Today he is speaker DUN NS
PRU 13, Change for the better of Negeri Sembilan.

陈志忠 Chee Tong said...

sorry,
maybe you are not able to read chinese....

but nevermind,
i just want to send a msg to you...

do you know the program of RTM2 was banned by government??

so we try to do something to sound out the rescure the freedom of media

Anonymous said...

Very well put, YB Loke. Syabas! Many do not know that, protocol wise, the status of the Opposition leader, whether in parliament or state legislative council is at par with the head of government - in this case the YAB Menteri Besar. Due respect should thus be given.

Budak Rasah

Unknown said...

Pak lah when asked to comment on Obama's win says anyone from minority group can become a PM. This is totaly bullshit at this moment of time. Even the appointment of a non Malay to head PKNS as corporate body and not a nation, also create much hoo-hah.