Friday, October 31, 2008

Memorandum to TNB




Memorandum sent to TNB to pressure for the reduce of electricity tariff as below:

31 Oktober 2008

Yang Berbahagia Dato’ Seri Che Khalib bin Mohamad Noh
Presiden dan Ketua Pegawai Ekskutif
Tenaga Nasional Berhad.

Melalui;

Pengurus Besar,
TNB Negeri Sembilan.

Dato’ Seri,

MEMORANDUM UNTUK MEMINTA TNB MENGKAJI SEMULA TARIF ELEKTRIK

Adalah saya dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara yang tersebut di atas.

2. Saya bagi pihak wakil rakyat-wakil rakyat daripada Pakatan Rakyat Negeri Sembilan yang mewakili suara rakyat ingin mengemukakan memorandum ini kepada pihak pengurusan tertinggi TNB supaya mengkaji semula dan menurunkan tarif elektrik yang dikenakan ke atas pelanggan-pelanggan TNB. Kenaikan di antara 12% hingga 26% tarif elektrik ke atas pengguna domestik dan sektor perindustrian telah meningkatkan beban pengguna dan juga kadar inflasi secara keseluruhannya.

3. Semasa tarif dinaikkan, TNB memberikan alasan bahawa kos bahan bakar meningkat dengan mendadak. Namun, rakyat secara umumnya tidak faham mengapa apabila harga minyak di pasaran dunia turun sehingga kurang daripada USD70 setong, tarif elektrik masih kekal sama dan tidak dikurangkan. TNB menyatakan bahawa 60% penjanaan elektrik ialah menggunakan gas dan 30% lagi dengan arang batu dan kos kedua-dua bahan bakar ini masih tinggi. Namun, rakyat tidak dapat menerima alasan tersebut kerana sepatutnya TNB mengambil inisiatif untuk membincangkan semula subsidi gas dengan pihak kerajaan kerana penurunan harga pasaran bahan bakar dan penjimatan tersebut sepatutnya dinikmati oleh pengguna.

4. Tambahan pula, TNB sepatutnya mengkaji semula perjanjian dengan “Independent Power Producer” (IPP) yang pada hemat umum lebih menguntungkan IPP. TNB perlulah meningkatkan keefisienan operasi dalaman supaya kos operasi dapat dikurangkan dan menawarkan tarif yang lebih kompetitif kepada rakyat. Sebagai pembekal tenaga tunggal di Semenanjung Malaysia, TNB juga mempunyai tanggungjawab sosial untuk memastikan kos elektrik kekal di tahap yang rendah dan ini juga dapat membantu mengurangkan kadar inflasi.

5. Kami amat mengharapkan permintaan ini untuk mengkaji semula tarif elektrik dapat dipertimbangkan secara serius oleh pengurusan tertinggi TNB memandangkan kemungkinan negara kita akan terjejas oleh krisis ekonomi di Amerika Syarikat dan kadar inflasi mesti dikawal untuk memastikan keharmonian kehidupan rakyat Malaysia dapat dipelihara.

Sekian. Terima kasih



Berkhidmat untuk rakyat,


LOKE SIEW FOOK
AHLI PARLIMEN RASAH
.

5 comments:

Anonymous said...

Thats more like it YB

Anonymous said...

YB Loke,

Instead of asking for the tariffs to be lowered, why don't we just conserve energy. Lets save mother earth (and our hard-earned money). :)

Budak Rasah

Ho_llY said...

What The Story

To YB loke Siew Fook,

I support want (Budak Rasah) pointed .... loving the Nature of our Planet ,saving the Earht ,always running the recycle ......

Anyway ,will Kerajaan running the best benefit to Public Citizen (Rakyat Malaysia) earning the low economic , lower tarif_elektrik , lower the indah water priced ..... n more ????

(....Adakah Kerajaan akan selalu menunjukkan fizikal suka diri mereka .... dengan cakap kotak kosong 敢怒敢言!!!!)

www.puteramicns.wordpress.com said...

visit
www.puteramicns.wordpress.com

anthony said...

is this email circulating around true?

------------------------

I don’t know how far this is true but it is better to be aware of what could possibly happen should you decide to withdraw from EPF funds.

This is another method for KWSP to steal our money!

Remember during Budget 2008 announcement last year, our Finance Minister (cum PM) announced that in order to assist KWSP members to reduce the burden in housing load repayment, KWSP will allow monthly withdrawal from members' A/C II for the purpose?
Sounds like a nice goodies!

When you apply for the monthly withdrawal, you only need to provide KWSP your housing loan & instalment details from your bank and the bank a/c# you like KWSP to bank the monthly
withdrawal into it. KWSP will approve your application based on the available amt in your A/C II and compute the withdrawal period by dividing the approved amt with the monthly instalment amt. Application process takes about a month and you will receive the monthly payout promptly into your bank a/c!

Well everything appears to be nice and good. It was indeed a noble plan until you take to close look at your KWSP Statement! The withdrawal plan is actually a SCAM!

This is how the KWSP SCAM works.......

Assuming you have RM100,000 in your A/C II and your housing loan's monthly instalment is RM2000/mth. KWSP will approve your application of withdrawal from your A/C II of RM100,000 and pay you RM2000/mth for the next 50mths. Everything appears to be in order BUT.......

What KWSP didn't highlight to you is that when the application was approved, the TOTAL AMT (RM100,000) is removed from your A/C II! It appears to be transferred to an unknown a/c to effect the monthly payment from therein.

The impact to the member are as follows :-

1. You just lost RM100,000 from your A/C II. Assuming the KWSP Dividend is 5%, you will lose >RM4,000 in dividend during the 1st year. Based on the above example you will lose >RM10,000 over the 50 month period!
2. There is no statement to account for the amt approved vs amount paid, hence you would need to keep the monthly payment voucher to reconcile against the approved amt over the 50mths period to ensure there is no missing amount!

Assuming there are 100,000 members who innocently fell prey to this SCAM, based on the above example, KWSP would have cheated the members of 100,000 X RM10,000 = RM1,000,000,000 (that's RM1 BILLION) over the period!

Furthermore, if you discovered this SCAM early and intend to stop the plan, KWSP would not allow any cancellation of the plan until at least 1 year. That would mean, once the application is approved, based on the above example, you would have lost >RM4,000. 100,000 members would have lost 100,000 X RM4,000 = RM400,000,000 (RM400 MILLION) in One Year!!!

If you're a victim of this KWSP SCAM, would suggest you call yr MP to raise hell in Parliament! (BN MPs won't do it) For others who have not fallen into this SCAM, please continue to watch out and alert your family & friends about this.

HOW COULD THE GOVERNMENT ALLOW ITS AGENCY TASKED WITH SAFEGUARDING ITS CITIZEN'S HARD EARNED MONEY TO CHEAT ITS MEMBERS IN THIS MANNER???