Monday, March 30, 2009

Karpal bersama Hadi di Bukit Gantang



Bak kata pepatah Inggeris "A picture tells a thousand words" atau "sekeping gambar menerangkan seribu kata". Ungkapan ini cukup tepat untuk menerangkan gambar di atas.
Saya yakin gambar ini cukup menyedapkan hati penyokong-penyokong Pakatan Rakyat. Perpaduan yang sejitu menghadapi musuh di "medan perang". Tidak dinafikan bahawa Pengerusi DAP Sdr Karpal Singh merupakan seorang yang mempunyai pendirian politik yang cukup tegas dan lantang mengkritik sesiapa pun dan menyatakan pemikirannya secara terbuka.

Ada kala penyokong PR sedikit keliru mengapa Karpal juga menyerang pemimpin-pemimpin PR sendiri? Namun, pada hemat saya inilah kekuatan Pakatan. Pemimpin-pemimpin tertinggi PR semuanya mempunyai pendirian yang tegas dan kredibiliti yang tinggi. Kita sesama sendiri boleh mengkritik dan dikritik. Namun, apabila berdepan dengan musuh iaitu UMNO/BN, maka kita sepakat dan bersatu dalam perjuangan. Impian kita adalah sama iaitu menegakkan kebenaran dan keadilan untuk semua rakyat Malaysia.

Semoga perpaduan jitu yang ditunjukkan oleh kepimpinan DAP kepada rakan kami di PAS petanda awal membawa kejayaan kepada Pakatan di Bukit Gantang.
.

3 comments:

Hamba said...

HONEST TO GOODNESS SOLIDARITY UNLIKE THE UMNO LEADERSHIP "LAKONAN" COMPLETE WITH CROCODILE TEARS....

Anonymous said...

wow! wow! nearly dropped off my chair....

Anonymous said...

In politic there are no real friends/enemies.

Mahathir may seems to be pally with Najib for now but if Najib were to cross his path I wont be suprised the old man would call him Najib Scorpene or Najib tagged with the country north of China.
The other way round Najib seems to have much respect for Mahathir, however if Mahathir treat him like what he treat Pak Lah, I'm very sure Najib is no Pak Lah and most probably will treat the old man as any "a/l".

Politicians always smile when they sit together but whats inside their mind???