Wednesday, March 11, 2009

Parlimen: 90% rekrut baru Polis untuk kerja pengurusan!

SOALAN:

Tuan Loke Siew Fook [RASAH] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan jumlah anggota baru PDRM yang telah ditambah sepanjang tahun 2008 mengikut jabatan di setiap negeri dan nyatakan 10 langkah spesifik yang telah diambil oleh pihak kementerian dalam 12 bulan yang lepas untuk memerangi masalah jenayah yang berleluasa.

JAWAPAN

Tuan Yang Dipertua,

Saya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat dari Rasah yang telah mengemukakan soalan.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sepanjang tahun 2008 terdapat penambahan seramai 4,363 pegawai dan anggota PDRM. Daripada jumlah tersebut seramai 3,952 (90%) ditempatkan untuk bertugas di jabatan pengurusan, 218, 5% di jabatan logistik, 60, 1.5% di jabatan keselamatan dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, 52, 1.2% di cawangan Khas, 25 0.5% di Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, 13 0.3% di Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik dan 34 0.7% di Jabatan Siasatan Jenayah.

Tuan Yang DiPertua,

Pihak polis mensasarkan KPI (Key Performance Indicator) Ketua Polis Negara untuk mencegah kadar jenayah tidak melebihi 5% dan kadar penyelesaian kes tidak kurang daripada 40% sebagai langkah untuk mencapai pengurangan kadar jenayah di negara ini.

Dengan mengambilkira tahap “fear of crime” masyarakat terhadap senario jenayahh kini, pihak PDRM sedang melaksanakan beberapa langkah dan strategi berikut dalam usaha memerangi jenayah. Di antaranya ialah, pertama, mewajibkan pemilik atau penyewa bangunan memasang CCTV.

Kedua, menawarkan pekerjaan secara kontrak kepada lima ratus (500) pegawai dan anggota polis untuk berkhidmat sebagai Pensyarah di Maktab PDRM Kuala Lumpur dan 13 Pusat LAtihan PDRM seluruh negara. Langkah ini diambil bagi membolehkan lebih ramai pegawai dan anggota yang bertugas di pusat-pusat Latihan boleh menumpukan perhatian kepada tugas kepolisan.

Ketiga, menawarkan pekerjaan kepada pegawai dan anggota yang telah bersara bagi mencapai pelaksanaan tindakan untuk penambahan keanggotaan seramai 60,000 dalam tempoh lima (5) tahun untuk mencapai nisbah seorang anggota bagi 250 penduduk.

Keempat, menambah bilangan pengambilan staf gunasama untuk memenuhi jawatan perkeranian, perhubungan awam dan sumber manusia supaya anggota polis dapat member tumpuan kepada tugas kepolisan.

Kelima, menambah Pusat Latihan Polis untuk menampung penambahan rekrut baru.

Keenam, bagi mengaplikasikan konsep kehadiran Polis, Pondok Polis atau Balai Polis komuniti diwujudkan di kawasan-kawasan yang berisiko tinggi berlakunya jenayah. Kawasan pengawasan Pondok Polis juga turut diperkecilkan supaya kehadiran dan kekerapan rondaan polis boleh dipeningkatkan.

Ketujuh, PDRM juga turut melaksanakan operasi-operasi secara agresif menerusi konsep “target hardening” di kawasan-kawasan yang kerap berlaku jenayah.

Kelapan, bagi member kesan jangka masa panjang agar keselamatan setiap warganegara terjamin, pihak polis juga telah mengimplementasikan konsep “smart- partnership” iaitu mengarap pemuatakatan dan kerjasama dengan agensi-agensi kerajaan yang lain seperti JPJ, RELA, Kastam, Imigresen, PBT Kementerian Pelajaran Malaysia serta Pihak Swasta dan NGO berkaitan keselamatan.

Kesembilan, penerapan aspek psikologi di mana pihak polis berusaha mendapatkan sokongan dan kerjasama setiap lapisan masyarakat untuk turut serta dealam usaha menjaga keselamatan dan kenterteraman awam.

Kesepuluh, bertugas berdasarkan data maklumat dan risikan keselamatan. Konsep Rakan Cop diperluaskan bertujuan supaya orang ramai boleh membantu polis menyalurkan maklumat mengenai aktiviti jenayah dengan cepat dan tepat.
.

2 comments:

Anonymous said...

Sebagai salah seorang rakyat Malaysia,saya berasa malu terhadap prestasi pihak polis di negara ini.
Peratusan pengambilan polis baru semakin naik tetapi peratusan masalah jenayah juga naik.

Saya berasal dari Mantin. Sebelum ini, penduduk di pekan ini hidup dengan aman dan damai. Sejak 2-3 tahun lepas, penduduk India dihalau keluar dari ladang getah & kelapa sawit kerana pihak pengurusan mula mengambil pekerja asing bekerja atas sebab-sebab tertentu.

Peluang pekerjaan bagi penduduk India yang baru keluar dari ladang-ladang amat tipis. Demi kehidupan mereka, kes-kes pecah rumah dan kecurian telah banyak berlaku di pekan ini. Penduduk membuat rayuan kepada pihak polis supaya mengambil berat masalah sosial ini tetapi kes pecah rumah/kecurian tidak berkurangan malahan bertambah. Kes pecah rumah/kecurian di pekan ini tanpa kira siang atau malam.

Buat masa kini,bukan sahaja benda berharga dicuri manakala buah nangka juga menjadi "target" mereka. Suami saya juga merupakan salah seorang mangsa. Harga baja dan ubat racun naik sudah menambah beban para penanam buah nangka.Manalah tahu rezeki titik peluh telah dicuri orang lain, perasaan kepedihan ini hanya para penanam buah nangka yang tahu.

Saya dan ahli keluarga saya sering hidup di bawah keadaan ketakutan kerana setiap hari boleh mendapat tahu rumah sesiapa di pekan ini telah dipecah masuk!!!!!

ADAKAH PIHAK POLIS MEMAHAMI PERASAAN KAMI????

Anonymous said...

Police's main job is policing.

Policing means being seen on the street deterring would be criminals.

Not sitting in air-cond office eating keropok all the time.

Podah PDRM!

P130 voter