Wednesday, March 18, 2009

Parliament: Foreign Spouse

SOALAN:
Tuan Loke Siew Fook [Rasak] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan jumlah permohonan bermastautin tetap yang diterima dan bilangan kelulusan mengikut kategori jantina, negara asal, kaum, agama, paras pendapatan bagi kedua-kedua warganegara Malaysia dan isteri atau suaminya dalam masa lima tahun yang lepas.

JAWAPAN:
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, seseorang suami atau isteri asing kepada warganegara perlulah memohon Permit Masuk (Entry Permit) dari Jabatan Imigresen Malaysia di bawah seksyen 10(1) Akta Imigresen 1959/63 terlebih dahulu sebelum layak mendapat taraf pemastautin tetap.

Bagi golongan isteri kepada warganegara Malaysia jumlah pemohon Permit Masuk bagi mendapat taraf Pemastautin Tetap yang diterima dalam tempoh lima tahun dari tahun 2004 hingga 2008 adalah berjumlah 11,892. Daripada jumlah tersebut sebanyak 7,637 permohonan telah diluluskan. Manakala bagi golongan suami kepada warganegara jumlah pemohonan yang diterima ialah 4,673 pemohon dan sebanyak 1,693 permohonan telah diluluskan.

Walau bagaimanapun, Kementerian tiada rekod pecahan jumlah tersebut mengikut negara asal, kaum, agama dan paras pendapatan memandangkan dalam membuat sesuatu pertimbangan terhadap permohonan Permit Masuk, factor factor yang diambil kira adalah hubungan kekeluarga, tempoh berada dinegara ini serta sumbangan kepada negara Malaysia.

1 comment:

Lee Wee Tak said...

"Kementerian tiada rekod pecahan jumlah tersebut mengikut negara asal, kaum, agama dan paras pendapatan memandangkan dalam membuat sesuatu pertimbangan terhadap permohonan Permit"

sure or not? one permit take so long to approve and the department did not take the time to prepare proper statistics, even in this IT age?