Monday, March 30, 2009

Karpal bersama Hadi di Bukit Gantang



Bak kata pepatah Inggeris "A picture tells a thousand words" atau "sekeping gambar menerangkan seribu kata". Ungkapan ini cukup tepat untuk menerangkan gambar di atas.
Saya yakin gambar ini cukup menyedapkan hati penyokong-penyokong Pakatan Rakyat. Perpaduan yang sejitu menghadapi musuh di "medan perang". Tidak dinafikan bahawa Pengerusi DAP Sdr Karpal Singh merupakan seorang yang mempunyai pendirian politik yang cukup tegas dan lantang mengkritik sesiapa pun dan menyatakan pemikirannya secara terbuka.

Ada kala penyokong PR sedikit keliru mengapa Karpal juga menyerang pemimpin-pemimpin PR sendiri? Namun, pada hemat saya inilah kekuatan Pakatan. Pemimpin-pemimpin tertinggi PR semuanya mempunyai pendirian yang tegas dan kredibiliti yang tinggi. Kita sesama sendiri boleh mengkritik dan dikritik. Namun, apabila berdepan dengan musuh iaitu UMNO/BN, maka kita sepakat dan bersatu dalam perjuangan. Impian kita adalah sama iaitu menegakkan kebenaran dan keadilan untuk semua rakyat Malaysia.

Semoga perpaduan jitu yang ditunjukkan oleh kepimpinan DAP kepada rakan kami di PAS petanda awal membawa kejayaan kepada Pakatan di Bukit Gantang.
. Read more!

Sunday, March 29, 2009

Pakatan spirit flying high in Bukit Gantang


I'm currently at Taiping municipal council's building, the nomination center for the bukit gantang by-election. The dap's delegation marched along the main road in taiping to the center led by our secretary general lim guan eng. Tens of thousands of pakatan supporters mainly pas members lined up along the road to greet the leaders who marched by. The dap delegation numbering a thousand were warmly cheered by the crowd. The pakatan side were clearly outnumbered the barisan. This is a new phenomenon. In the past, it was always the other way round. The spirit are running high among our comrades. Everything are running smoothly except that the bn's tent where all the bn leaders sit were greeted by the shout of 'rasuah' by pas members just across the fence! I cant estimate the actual numbers of our supporters here because there are simply too many of them. Read more!

Friday, March 27, 2009

MB Negeri Sembilan patut melepaskan jawatan!

Kenyataan media oleh Pengerusi DAP Negeri Sembilan merangkap Ketua Pembangkang DUN Negeri Sembilan Loke Siew Fook pada Jumaat, 27 Mac 2009 di Seremban.

Datuk Seri Mohamad Hasan patut melepaskan jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan

Walaupun pemilihan pucuk pimpinan sesebuah parti sepatutnya tidak ada kena-mengena dengan pihak luar, namun oleh kerana kedudukan UMNO masih sebagai parti pemerintah maka ia memberi kesan kepada barisan kepimpinan Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri yang diterajui oleh UMNO. Itu antara sebabnya pemilihan Timbalan Presiden UMNO menjadi satu persoalan yang begitu penting di kalangan rakyat kerana pemimpin yang terpilih juga akan menyandang kerusi Timbalan Perdana Menteri. Begitu juga jawatan-jawatan Menteri Kabinet.

Saya mengucapkan syabas kepada Datuk Shahrir Samad kerana beliau menghormati pendirian dan prinsip bahawa sekiranya beliau telah ditolak oleh perwakilan partinya sendiri, maka adalah tidak sesuai untuk beliau terus menyandang jawatan Menteri. Justeru, keputusan beliau untuk melepaskan jawatannya dalam Kabinet adalah tepat dan sesuatu yang patut dihormati oleh semua pihak.

Saya juga berasa terkejut dengan kegagalan Datuk Seri Mohamad Hasan untuk mempertahankan kerusinya dalam Majlis Tertinggi UMNO. Sekiranya keputusan oleh perwakilan partinya ialah menolak peranan beliau dalam kepimpinan parti, maka ini ialah seolah-olah satu undi tidak percaya ke atas beliau.

Untuk mengelakkan sebarang perebutan kuasa dalaman yang akan menjejaskan kestabilan politik di Negeri Sembilan dan memberi impak negatif ke atas ekonomi, maka langkah yang terhormat untuk Datuk Seri Mohamad Hasan ialah mengikut jejak langkah Datuk Shahrir Samad untuk melepaskan jawatan beliau sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan.

. Read more!

Thursday, March 26, 2009

Media Statement on Khairy's election as UMNO Youth Chief

Media statement by DAP Socialist Youth (DAPSY) National Chairman and MP for Rasah Loke Siew Fook on Thursday, 26th March 2009 in Petaling Jaya.

Money politics triumph in UMNO Youth!

As a fellow Parliamentarian from Negeri Sembilan, I would like to congratulate YB Khairy Jamaluddin for being elected the new UMNO Youth Chief yesterday.

However, the election of Khairy as the UMNO Youth Chief proved that money politics have been openly endorsed by the UMNO Youth delegates. Although a person is found to be involved in the scourge of money politics, he can still lead the UMNO Youth.

That shows that all the talks about “UMNO must change or be changed” are mere political rhetoric to please the general public. What credibility is left for UMNO if a person found to be guilty by the UMNO Disciplinary Board on account of money politics can still be elected to lead the most important wing in the ruling party?

Khairy was of course being treated differently by just given a warning and was allowed to contest the post. This however did not erase the fact that he was found guilty on money politics by his own party leaders. Money politics is corruption, period.

By tradition, the post of UMNO Youth Chief will also come with a Cabinet position. Will Khairy be selected in the Najib’s administration? If it happens, then we will see a very tainted Cabinet line-up and we will be a major laughing stock in the world as a person found to be guilty of corruption by his own party can still be appointed as a Minister!

Was money the main factor behind the victory of Khairy? The Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) must be serious in finding the truth and act without fear or favor. I’m proposing to both my counterparts in PKR Youth and PAS Youth to lodge a joint report against Khairy Jamaluddin in the MACC headquarters next week.


-LOKE SIEW FOOK-
. Read more!

The most "powerful" young man!


He was the most "powerful" 28 years old!

He was the head of the "4th floor boys"!

He is the most famous son-in-law...still!

He wants to be the youngest Prime Minister!

He was found guilty of money politics!

He was given a "warning" but allowed to contest!

He won the UMNO Youth Chief post!

And now...he is on his way to Putrajaya as a Minister!

....Malaysia Boleh! Read more!

Wednesday, March 18, 2009

Parliament: Number of APs

TUAN LOKE SIEW FOOK minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan statistik jumlah Approved Permit (AP) yang telah diluluskan untuk tahun 2008 dan nyatakan nama-nama syarikat atau individu yang mendapat AP tersebut serta bilangannya.

JAWAPAN

Tuan Yang Di Pertua,

Jumlah keseluruhan pemegang AP Terbuka adalah sebanyak 98 syarikat dan AP Francais sebanyak 81 syarikat. Pada tahun 2000, Jumlah AP kenderaan yang telah dikeluarkan oleh kementerian adalah sebanyak 40,886 unit iaitu 29,434 unit AP Terbuka dan 11,452 unit AP Francais Read more!

Parliament: Foreign Spouse

SOALAN:
Tuan Loke Siew Fook [Rasak] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan jumlah permohonan bermastautin tetap yang diterima dan bilangan kelulusan mengikut kategori jantina, negara asal, kaum, agama, paras pendapatan bagi kedua-kedua warganegara Malaysia dan isteri atau suaminya dalam masa lima tahun yang lepas.

JAWAPAN:
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, seseorang suami atau isteri asing kepada warganegara perlulah memohon Permit Masuk (Entry Permit) dari Jabatan Imigresen Malaysia di bawah seksyen 10(1) Akta Imigresen 1959/63 terlebih dahulu sebelum layak mendapat taraf pemastautin tetap.

Bagi golongan isteri kepada warganegara Malaysia jumlah pemohon Permit Masuk bagi mendapat taraf Pemastautin Tetap yang diterima dalam tempoh lima tahun dari tahun 2004 hingga 2008 adalah berjumlah 11,892. Daripada jumlah tersebut sebanyak 7,637 permohonan telah diluluskan. Manakala bagi golongan suami kepada warganegara jumlah pemohonan yang diterima ialah 4,673 pemohon dan sebanyak 1,693 permohonan telah diluluskan.

Walau bagaimanapun, Kementerian tiada rekod pecahan jumlah tersebut mengikut negara asal, kaum, agama dan paras pendapatan memandangkan dalam membuat sesuatu pertimbangan terhadap permohonan Permit Masuk, factor factor yang diambil kira adalah hubungan kekeluarga, tempoh berada dinegara ini serta sumbangan kepada negara Malaysia. Read more!