Tuesday, October 21, 2008

Khazanah Nasional Berhad


Tuan Loke Siew Fook (RASAH) minta MENTERI KEWANGAN menyatakan secara terperinci semua aset dan tanggungan yang dimiliki oleh Khazanah Nasional Berhad dan 10 pelaburan terbesar yang sedang diceburi oleh Khazanah termasuk jenis industri, nilai pelaburan dan lokasinya.

JAWAPAN:

Untuk makluman Yang Berhormat, jumlah aset dan tanggungan (liabiliti) Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2007 adalah seperti berikut:

Khazanah (peringkat syarikat) Jumlah (RM'000)

Jumlah Aset 41,218,484
Jumlah Liabiliti 24,271,807

2. Portfolio pelaburan Khazanah adalah pelbagai dari segi sektor ekonomi dan geografi. Lebih dari 85% pelaburan Khazanah adalah di Malaysia. Berikut adalah 10 pegangan pelaburan umum yang terbesar dan terpenting Khazanah, mengikut nilai pelaburan semasa:

Syarikat Industri Nilai pelaburan semasa* (RM billion)

1) Tenaga Nasional Bhd -Utiliti (11.551)
2) UEM Group -Konglomerat (11.058)
3) TMI Berhad -Telekomunikasi (10.430)
4) Bumi Commerce Holding-Kewangan (7.253)
5) Penabangan M'sia/MAS -Pengangkutan (4.101)
6) Telekom Malaysia -Telekomunikasi (3.853)
7) PLUS -Infrastruktur (3.644)
8) Lippo Bank -Kewangan (3.241)
9) Iskandar Investment -Hartanah (2.550)
10)Malaysia Airport -Pengurusan (2.528)

* mengikut nilai pasaran pada 31 Mei 2008
.

5 comments:

Anonymous said...

that's a nice question and an interesting one.

Anonymous said...

way to go , loke

Anonymous said...

YB Loke,

As you are my elected MP, I am executing my civic duty to ask you and your like minded colleagues to ask/petition the Idiot ... err I mean Kepala Batas MP (also current PM of M'sia) to TERMINATE / MELUCUTKAN JAWATAN Kota Tinggi MP's current Ministerial Post.

Kota Tinggi is ill-equip to handle his portfolio and has shown a consistency to cost severe hardship including terrorizing normal citizens through using state sanctioned draconian Laws, e.g, ISA.

Kindly bring this matter up in the next most opportune time.

Thank you Sir.

P130 voter

Ho_llY said...

terima kasih Yang_Berhormat Loke ,
kerana menyampai matlumat yang bermuafaat kepada Rakyat-rakyat.

Anonymous said...

YB Loke, Thanks for bringing up this question. Now we are clearer of what Khazanah actually does. I guess that's your strategy, i.e. to get Khazanah to be be more transparent, I guess. But more critically, how do you plan to use this new-found info?

Budak Rasah