Tuan Loke Siew Fook (RASAH) minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan secara terperinci semua misi perdagangan yang telah dijalankan dari 8 Mac 2008 sehingga kini termasuk jumlah kos dalam setiap misi dan jumlah nilai pelaburan yang direalisasikan. Adakah pihak Kemnenterian menjemput Menteri Besar atau Ketua Menteri Pakatan Rakyat menyertai misi-misi tersebut.
JAWAPAN:
Dari 8 Mac 2008 sehingga kini, sebanyak 5 Misi Galakan Perdagangan dan Pelaburan yang dianjurkan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri telah diadakan di:
1) Amerika Syarikat, dari 13 hingga 23 Mei 2008;
2) Hong Kong, dari 15 hingga 17 Jun 2008;
3) Jepun, dari 5 hingga 12 Julai 2008;
4) Vietnam, dari 27 hingga 30 Julai 2008;
5) Singapura, pada 12 Ogos 2008
Kos yang terlibat bagi melaksanakan setiap Misi Galakan Perdagangan dan Pelaburan tersebut adalah seperti berikut:
1) Amerika Syarikat : RM1,541,494
2) Hong Kong : RM144,385
3) Jepun : RM739,639
4) Vietnam : RM808,830
5) Singapura : RM284,245
Jumlah pelaburan berpotensi yang dikenalpasti daripada misi-misi ini adalah seperti berikut:
1) Misi ke Amerika Syarikat : RM2.1 billion
2) Misi ke Jepun : RM2.604 billion
3) Misi ke Vietnam : RM2.068 billion
4) Misi ke Singapura : RM489.4 juta
Disamping pelaburan berpotensi berjumlah RM7.36 billion, jualan barangan secara langsung berjumlah RM1.2 juta telah dicapai. Jualan berpotensi berjumlah RM28.8 juta telah dikenalpasti.
Sebanyak 200 syarikat, termasuk agensi-agensi di bawah kerajaan negeri telah menyertai Misi-misi Galakan Perdagangan dan Pelaburan ini.
Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri belum lagi menjemput Menteri Besar atau Ketua Menteri dari negeri-negeri di bawah Pakatan Rakyat untuk menyertai Misi Galakan Perdagangan dan Pelaburan. Walau bagaiamanpun, Kerajaan tidak mengamalkan diskriminasi terhadap mana-mana negeri dalam usaha menarik pelaburan asing ke Malaysia. Peluang yang sama diberikan kepada semua agensi-agensi kerajaan negeri untuk turut serta dalam di Misi Galakan Perdagangan dan Pelaburan yang dianjurkan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri.Agensi-agensi Kerajaan Negeri dibawah Pakatan Rakyat telah turut menyertai Misi Galakan Perdagangan dan Pelaburan, sebagai contoh:
1) Invest Perak dalam Misi Galakan Perdagangan dan Pelaburan ke Amerika Syarikat;
2) Perbadanan Pelaburan Negeri Selangor dalam Misi Galakan Perdagangan dan Pelaburan ke Jepun; dan
3) Invest Perak dan Invest Penang dalam Misi Galakan Perdagangan dan Pelaburan ke Singapura.
The above answer was given by the Deputy Minister during the one and a half hour Q&A session this morning. In my supplementary question, I raised up that the Deputy Prime Minister had recently called on the Opposition to work together with the Federal Government to face the current economic challenges. I said this is "Cakap tak serupa bikin" as they talk about cooperation but when come to international trade missions, why the Head of State Governments under Pakatan are not invited. I said that the current competition is not between Pakatan states and Barisan states but between Malaysia and the rest of the world.
I quoted the "World Investment Prospects Survey 2007-2009 FDI by United Nations on Trade and Development (UNCTAD)" which stated that Malaysia is at the 14th spot in terms of most attractive FDI destination. Among South East Asian countries, we are behind Vietnam (6th) and Thailand (12th) in terms of attractiveness for foreign investors. I asked him what are the new strategies to attract investors and whether the Ministry will put aside political differences and invite the Pakatan leaders to go on international trade missions together?
The Deputy Minister merely answered that they have yet to invite the MBs from Pakatan but will not discriminate against the state run by Pakatan. .
Thursday, October 23, 2008
Trade Missions
Labels:
Parliamentary answer
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
YB,
Keep up the good work! "Tiada diskriminasi" my foot!
Budak Rasah
To Yang Berhormat Loke Siew Fook,
:D
Thank U by sharing the important Isue-isue.
Post a Comment