Monday, June 2, 2008

Parliamentary Questions for June sitting

SOALAN-SOALAN LISAN

1) Tuan Loke Siew Fook (Rasah) minta PERDANA MENTERI menyatakan samada Kerajaan Persekutuan bercadang untuk mengkaji semula dan meningkatkan kadar “Pemberian Mengikut Bilangan Orang” kepada Negeri-negeri Persekutuan seperti yang termaktub dalam Perkara 109 Perlembagaan Persekutuan. (24 Jun 2008)

2) Tuan Loke Siew Fook (Rasah) minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan jumlah kutipan tol yang telah dikutip oleh konsesi lebuhraya dalam semua laluan di antara Lebuhraya Kuala Lumpur dan Seremban secara terperinci sehingga terkini dan bilakah kutipan tol di antara Kuala Lumpur dan Seremban dapat dimansuhkan. (25 Jun 2008)

3) Tuan Loke Siew Fook (Rasah) minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan secara terperinci semua kos perbelanjaan mengikut item-item secara spesifik yang telah dibelanjakan dalam cadangan pembangunan “High Performance Training Center” di Brickendonbury, London yang telah dibatalkan baru-baru ini. (26 Jun 2008)




4) Tuan Loke Siew Fook (Rasah) minta PERDANA MENTERI menyatakan secara terperinci semua kos perbelanjaan mengikut item-item secara spesifik yang telah dibelanjakan dalam projek pengubahsuaian pejabat-pejabat untuk Menteri Kabinet di Bangunan Parlimen selepas Pilihanraya Umum ke-12 dan siapakah kontraktor yang dilantik serta jenis tender yang digunapakai. (30 Jun 2008)

5) Tuan Loke Siew Fook (Rasah) minta MENTERI PELAJARAN menyatakan cadangan Kementerian untuk membina baru atau pemindahan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil di Negeri Sembilan untuk 3 tahun yang akan datang serta butir-butir sekolah yang terlibat dan bilakah ia dapat dilaksanakan. (1 Julai 2008)

6) Tuan Loke Siew Fook (Rasah) minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah dasar baru Kementerian dan langkah-langkah spesifik yang diambil untuk menambahbaik sistem pengangkutan darat awam di seluruh negara dan khasnya cara menyelesaikan masalah kesesakan lalulintas di Kuala Lumpur. (2 Julai 2008)

7) Tuan Loke Siew Fook (Rasah) minta MENTERI KEWANGAN menyatakan secara terperinci semua aset dan tanggungan yang dimiliki oleh Syarikat Prasarana Negara Berhad dan berapakah hutang yang masih ditanggung dalam pembentukan Rapid KL dan pengambilalihan 2 laluan LRT di Kuala Lumpur. (3 Julai 2008)

8) Tuan Loke Siew Fook (Rasah) minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan butir-butir peruntukan pembangunan secara terperinci yang telah dan akan disalurkan kepada setiap Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Negeri Sembilan untuk tahun 2008 dan langkah Kementerian untuk membantu PBT meningkatkan pendapatan mereka. (8 Julai 2008)

9) Tuan Loke Siew Fook (Rasah) minta PERDANA MENTERI menyatakan secara terperinci jumlah yang telah dibelanjakan mengikut item-item spesifik dan senarai penerimanya untuk Peruntukan Pembangunan Parlimen bagi kawasan RASAH pada bulan Januari dan Februari 2008 sebelum Parlimen ke-11 dibubarkan. (9 Julai 2008)

10) Tuan Loke Siew Fook (Rasah) minta MENTERI KESIHATAN menyatakan samada Kementerian bercadang untuk melaksanakan sistem “Dispensing Separation” untuk ubat-ubatan terkawal dan sekiranya ada, bagaimanakah ia akan dilaksanakan untuk memastikan setiap lapisan masyarakat tidak terjejas. (14 Julai 2008)

SOALAN-SOALAN BERTULIS

1) Tuan Loke Siew Fook (Rasah) minta PERDANA MENTERI menyatakan senarai penuh semua pemohon yang berjaya memperolehi biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk tahun 2008 mengikut nama, keputusan peperiksaan, nama universiti, nilai biasiswa dan jumlah markah yang diperolehi dalam permohonan tersebut.

2) Tuan Loke Siew Fook (Rasah) minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan senarai Jalan Persekutuan dan Jalan Negeri yang diselenggarakan oleh Jabatan Kerja Raya dalam kawasan Parlimen RASAH dan apakah jalan yang akan dinaiktaraf dalam perancangan JKR setakat ini.

3) Tuan Loke Siew Fook (Rasah) minta MENTERI PELAJARAN menyatakan secara terperinci pecahan butir-butir dan amaun peruntukan pembangunan bagi tahun 2008 untuk setiap Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil di seluruh Negeri Sembilan.

4) Tuan Loke Siew Fook (Rasah) minta PERDANA MENTERI menyatakan secara terperinci senarai penuh peruntukan kerajaan yang boleh dipohon oleh persatuan-persatuan masyarakat dan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan mengikut Kementerian masing-masing

5) Tuan Loke Siew Fook (Rasah) minta PERDANA MENTERI menyatakan sepuluh projek pembangunan yang nilainya paling tinggi yang sedang atau akan dilaksanakan oleh Kerajaan Persekutuan di Negeri Sembilan.

No comments: