Wednesday, September 10, 2008

MB Negeri Sembilan tak faham Perlembagaan


Kenyataan media oleh Ketua Pembangkang DUN Negeri Sembilan merangkap ADUN Lobak dan Ahli Parlimen Rasah Loke Siew Fook pada hari Rabu, 10 September 2008 di Seremban.

MENTERI BESAR NEGERI SEMBILAN TIDAK FAHAM PERLEMBAGAAN NEGERI

Saya merujuk kepada kenyataan yang dibuat oleh Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan semalam yang memetik beliau menyatakan bahawa beliau akan membubarkan Dewan Undangan Negeri jika terdapat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) melompat parti hingga membolehkan pembangkang menguasai negeri berkenaan.

Kenyataan beliau seolah-olah membayangkan ketidakpercayaan beliau kepada ketaatan ADUN-ADUN Barisan Nasional. Sekiranya ada ADUN BN yang ingin meninggalkan BN dan menyertai Pakatan Rakyat, saya mengalu-alukan tindakan mereka. Tindakan mereka bukanlah untuk kepentingan peribadi tetapi boleh mencetuskan perubahan yang besar dalam arena politik negeri yang semakin berpecah dan segala keputusan pentadbiran kerajaan dibuat untuk kepentingan segelintir pihak tertentu.

Kenyataan tersebut juga menunjukkan keangkuhan Datuk Seri Mohamad Hasan dan beliau seolah-olah tidak mengerti kuasa beliau sebagai Menteri Besar dan langsung tidak menghormati Institusi Diraja. Menteri Besar hanya boleh menasihatkan DYMM Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan untuk membubarkan DUN. Kuasa untuk membubarkan DUN terletak dalam tangan Tuanku. Tuanku boleh menolak nasihat daripada Menteri Besar dalam perkara pembubaran DUN seperti yang termaktub dalam Fasal 56 (2) Perlembagaan Negeri.

Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan sebagai Ketua Negeri juga boleh melantik mana-mana Ahli Dewan Undangan Negeri yang mendapat sokongan majoriti dalam DUN untuk memegang jawatan Menteri Besar tertakluk kepada beberapa syarat tertentu. Kenyataan Menteri Besar Negeri Sembilan tersebut seolah-olah membelakangkan kuasa Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan.

Saya menyeru Datuk Seri Mohamad Hasan supaya mendapatkan nasihat daripada Penasihat Undang-undang Negeri terlebih dahulu sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan yang berhubung-kait dengan kuasa dan perkara dalam Perlembagaan Negeri atau Undang-undang Tubuh Negeri untuk mengelakkan sebarang keraguan di kalangan rakyat.
.

3 comments:

P130 voter said...

YB Loke,

Since we the common people cannot ask him directly wrt to his statement, the onus falls on you, my voice representative to the DUN.

Please ask him since when did the Yam Tuan grant him the executive power to dissolve DUN NSDK?

If I may go further, his statement can be construed as a challenge to the power of Yam Tuan, a treasonous offense.

P130 Voter

Cucu Adam said...

Negeri Sembilan will be the first State Government to fall to the opposition party - Pakatan Rakyat. It was said that a day after the Malaysian Government is taken by the Pakatan Rakyat, Negeri Sembilan state government will also follow suit.

In general the people of Negeri Sembilan is fed up with Mohammad Hassan because of his arrogant and his policies of enriching his members of family and cronies.

It is a known secret that many people cannot stand his nonsense, and will be extremely happy if his term as MB is prematurely terminated.

It only need 4 State Assemblymen to cross the floor, and this is not something impossible to happen.

Anonymous said...

Hello YB, tak perlu gaduh-gaduh selalu. Ini masalah rakyat di perlimen rasah kasi tolonglah... Kami penduduk seremban tiga sudah naik angin sama ini pemaju... banyak kuat kencing maa.... rumha retak, bocor dan macam-macam lagi. Bila komplain mula-mula sahaja datang repair tak lama kemudian rosak lagi. Ini kali dia orng kasi buat bodoh sahaja. Harap u blh bantu ye!! One more thing, ini jogging trek di kawsan seremban tiga 19, sudah boleh jadi zoo di kawsan perlimen rasah. saya ingat, next election baru orang-orang politik datang tengok kami tak kira lah BN or DAP. Tolonglah YB kami sudah bosan!!! Sebelum ada orang mati kena patuk ular atau kena gigit binatang lain, baiklah saya hantar ini komplain sama u. For your info, i dah komplain sama YB Wong May2 regarding this matter at the same time i write this complain to u. Ok YB hope to have a favourable reply asap frm u YB....

Regards,

Your Bro Frm S3