Saturday, September 13, 2008

Condemn ISA arrest!




Kenyataan media oleh Pengerusi DAP Negeri Sembilan merangkap Ahli Parlimen Rasah Loke Siew Fook pada 13 September 2008 di Seremban.

DAP Negeri Sembilan mengutuk dengan sekeras-kerasnya penyalahgunaan Akta Keselamatan Dalam Negeri ke atas blogger Raja Petra Kamaruddin, wartawan Sin Chew Daily Tan Hoon Cheng dan Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP Sdri Teresa Kok

DAP Negeri Sembilan dengan sekeras-kerasnya mengutuk dan mengecam tindakan rejim Barisan Nasional yang sekali lagi menyalahgunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ke atas tiga individu semalam iaitu blogger Raja Petra Kamaruddin, wartawan Sin Chew Daily Tan Hoon Cheng dan Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP Sdri Teresa Kok yang juga merupakan EXCO Kanan Selangor dan Ahli Parlimen Seputeh.

Tindakan rejim Barisan Nasional menggunakan ISA menunjukkan mereka semakin terdesak dengan tuntutan perubahan oleh rakyat dan pergolakan yang semakin meruncing dalam krisis kepimpinan UMNO. Penangkapan ISA ini merupakan satu langkah untuk mengaburi mata rakyat dan memesongkan penumpuan rakyat daripada masalah peralihan kuasa dalam UMNO kepada isu yang lain.

Apakah yang telah dilakukan oleh ketiga-tiga tahanan tersebut yang dikatakan mengancam keselamatan dan kestabilan Negara? Seorang ialah blogger yang hanya menulis dalam portalnya, seorang ialah wartawan yang tugasnya melaporkan apa yang diperkatakan oleh orang politik dan seorang lagi ialah pemimpin kanan sebuah kerajaan negeri. Kami cukup kesal dengan penahanan wartawan yang melaporkan isu Ahmad Ismail yang mengeluarkan kata-kata yang menyinggung perasaan kaum lain. Beliau hanya melaporkan apa yang berlaku tetapi ditahan manakala orang yang mengeluarkan kata-kata tersebut masih bebas. Dimanakah Keadilan?

DAP Negeri Sembilan mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi supaya segera membebaskan ketiga-tiga tahanan ini dan semua tahanan ISA yang lain dengan serta-merta tanpa syarat. Sebagai seorang pemimpin Negara, beliau tidak seharusnya mengheret dan memangsakan orang lain untuk menyelamatakan karier politinya. Beliau sepatutnya bertindak mengikut kehendak rakyat dan ahli-ahli parti beliau. Sekiranya beliau sudah tidak mendapat sokongan, langkah yang paling bijak untuk beliau ialah berundur.

DAP Negeri Sembilan meminta seluruh rakyat supaya bertenang dan tidak sesekali bertindak secara emosi. Kita perlu menangani isu ini secara aman dan tenang. Kita tidak boleh sama sekali terjatuh dalam perangkap dan provokasi Barisan Nasional.
.

7 comments:

Anonymous said...

JOHOR BARU: Sin Chew Daily News reporter Tan Hoon Cheng, who was arrested under the Internal Security Act 1960, maybe released as soon as Saturday, said Home Minister Datuk Seri Syed Hamid Albar.

He said Tan was detained under Section 73(1) of the Act in order to ensure her safety as police intelligence indicated that there were threats to her life after she reported on Bukit Bendera division Umno chairman Datuk Ahmad Ismail’s allegedly racist remarks.

“We have no intention of holding a reporter as after all she was just taking notes of the comments made by a certain party that led to a public debate - The Star 13.09.09 @ 1.10pm

=====================================

This must be the greatest Joke. Oi Botak, you think we rakyat stupid is it?

I am glad you will be out of job very soon.

Makkal Shakthi will prevail.

P130 voter

Anonymous said...

Why are you all covering the face, is there bird flu in Rasah

Anonymous said...

Kita orang sudah lama menentang ISA. Kalau ada bukti , dakwa di mahkamah, bukan guna ISA. Kerajaan yang kuat, berani, benar, sepatutnya dakwa di mahkamah.

Orang DAP mesti membela semua yang ditahan ISA sekarang ini, bukannya hanya Teresa Kok.

Buat desakan semua tahanan ISA dibebas atau dibicarakan. Ramai anak-anak tahanan ISA ini sudah lama menderita , ayah mereka di tahan ISA tanpa bicara.

Bersama kita Melayu, Cina, India menentang ISA. Once and for all

Hollywod said...

~ WHAT THE STORY ~

....有感而發得心聲....我有同感,报导“寄居论”的星洲日报记者就被内安法令拘捕了.

散佈民族的“寄居论”黑手黨,卻消遙法外~

在馬來西亞的我們(華人同胞,印度人同胞)有沒有安全的國家~.

Anonymous said...

ISA IS ONLY FOR WEAK GOVERNMENT, TO KILL ANY CREATIVE MIND AND OPPOSITION, IT IS TO SILENCE THE RAKYAT FOR THE SAKE OF RACE HAMONY

Anonymous said...

This year Mid-autumn festival will be remembered...

The delicious Mooncakes has had it role in toppling the Mongolian regime of the Yuen Dynasty.

Now, the rakyat wanted to see the toppling of the hopeless BN government.

Anonymous said...

dont forget that hindraf 5 is also under isa detention