Monday, July 28, 2008

My questions for 3rd Parliament sittings

SOALAN-SOALAN LISAN

1) Tuan Loke Siew Fook (Rasah) minta MENTERI PELAJARAN menyatakan apakah rasional Kementerian melarang wakil Lembaga Pengarah Sekolah daripada menjadi salah seorang penandatangan atau “signatory” cek Akaun Kumpulan Wang Kerajaan dan Akaun Kumpulan Wang SUWA di semua SJKC dan SMJK dan samada Kementerian akan menarik balik arahan tersebut . (19 Ogos 2008)

2) Tuan Loke Siew Fook (Rasah) minta MENTERI KEWANGAN menyatakan samada Kerajaan bercadang untuk menurunkan kadar faedah pinjaman untuk pembelian rumah untuk menjana industri perumahan dan membantu golongan berpendapatan rendah supaya lebih mampu memiliki rumah milik sendiri. Sekiranya ya, bila dan berapa kadarnya? Sekiranya tidak, mengapa? (20 Ogos 2008)

3) Tuan Loke Siew Fook (Rasah) minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan hasil kajian yang dilaksanakan oleh pihak Kementerian mengenai terma-terma perjanjian konsesi lebuhraya di seluruh negara dan apakah tindakan susulan daripada pihak Kementerian untuk mengurangkan beban pengguna? (27 Ogos 2008)

4) Tuan Loke Siew Fook (Rasah) minta PERDANA MENTERI menyatakan samada Kerajaan akan mengubah dasar pemberian diskaun dalam pembelian rumah supaya semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum yang berpendapatan rendah menikmati diskaun tersebut. Sekiranya, bila dan apakah mekanismenya? Sekiranya tidak, mengapa? (28 Ogos 2008)


5) Tuan Loke Siew Fook (Rasah) minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan secara jelas dan terperinci langkah-langkah spesifik dan pendekatan yang diambil oleh pihak Kementerian untuk menyelesaikan masalah projek rumah terbengkalai di seluruh negara dan berapakah projek yang telah diselamatkan di Negeri Sembilan? (13 Oktober 2008)

6) Tuan Loke Siew Fook (Rasah) minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan berapa jumlah batang lampu jalan yang telah dipasang di antara Plaza Tol Nilai Utara dengan Seremban, kos setiap batang, jumlah perbelanjaan, siapa yang menanggung perbelanjaan tersebut, siapa kontraktor yang menjalankan projek dan jenis tender yang dilaksanakan. (15 Oktober 2008)

7) Tuan Loke Siew Fook (Rasah) minta PERDANA MENTERI menyatakan secara terperinci semua aset dan tanggungan yang dimiliki oleh Khazanah Nasional Berhad dan 10 pelaburan terbesar yang sedang diceburi oleh Khazanah termasuk jenis industri, nilai pelaburan dan lokasinya. (21 Oktober 2008)

8) Tuan Loke Siew Fook (Rasah) minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN PERINDUSTRIAN menyatakan secara terperinci semua misi perdagangan antarabangsa yang telah dijalankan dari 8 Mac 2008 sehingga terkini termasuk jumlah kos dalam setiap misi dan jumlah nilai pelaburan yang direalisasikan. Adakah pihak Kementerian menjemput Menteri Besar atau Ketua Menteri Pakatan Rakyat menyertai misi-misi tersebut?(23 Oktober 2008)

9) Tuan Loke Siew Fook (Rasah) minta PERDANA MENTERI menyatakan secara terperinci 10 langkah yang telah diambil oleh Kerajaan Persekutuan untuk mengurangkan beban perbelanjaan kerajaan dan jumlah perbelanjaan yang telah dijimatkan dalam langkah-langkah tersebut. (4 November 2008)

10) Tuan Loke Siew Fook (Rasah) minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan apakah dasar kementerian samada membenarkan industri penternakan khinzir dihidupkan semula di kawasan Bukit Pelandok, Negeri Sembilan yang telah diberhentikan selama 10 tahun semenjak wabak JE merebak di kawasan tersebut. Kalau tidak, mengapa? (11 November 2008)


SOALAN-SOALAN BERTULIS

1) Tuan Loke Siew Fook (Rasah) minta PERDANA MENTERI menyatakan senarai penuh semua kereta rasmi yang dimiliki oleh Kerajaan Persekutuan dalam bilangan mengikut jenis model kereta, nilai semasa kereta-kereta tersebut dan jumlah kos penyelenggaraan mengikut setiap model kereta tersebut.

2) Tuan Loke Siew Fook (Rasah) minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan statistik jumlah bilangan kenderaan yang masuk dan jumlah kutipan tol di Plaza Tol Seremban, Port Dickson dan Senawang mengikut bulan dari Januari hingga Oktober 2008.

3) Tuan Loke Siew Fook (Rasah) minta MENTERI PELAJARAN menyatakan secara terperinci nama sekolah-sekolah rendah dan menengah di seluruh Negeri Sembilan mengikut kategori bantuan penuh dan bantuan modal

4) Tuan Loke Siew Fook (Rasah) minta PERDANA MENTERI menyatakan secara terperinci senarai penuh projek-projek Rancangan Malaysia Kesembilan yang telah selesai dilaksanakan di seluruh Negeri Sembilan setakat ini dan senarai projek yang telah dibatalkan atau ditunda dalam Kajian Separuh Penggal untuk Negeri Sembilan

5) Tuan Loke Siew Fook (Rasah) minta MENTERI PENGGAJIAN TINGGI menyatakan statistik terperinci jumlah pelajar mengikut kaum di setiap fakulti di setiap Institusi Penggajian Tinggi Awam pada masa kini.

No comments: