Saturday, July 5, 2008

Parliament Speech (3): Improving quality of public transportation


Teras 4: Meningkatkan tahap dan kemampanan kualiti hidup

Manusia perlu bekerja untuk mendapatkan mata pencarian untuk menampung nafkah hidup keluarga. Mereka menghabiskan 1/3 masa setiap hari untuk bekerja supaya memastikan ada makanan di atas meja untuk ahli keluarga mereka, ada tempat teduh yang boleh dinamakan kediaman dan memastikan keperluan hidup harian dapat dibiayai. Namun, masyarakat kontemporari Malaysia bukan sahaja mengejar keperluan hidup harian tetapi juga mementingkan aspek kualiti hidup. Salah satu kualiti dalam kehidupan ialah mereka tidak perlu membazirkan berjam-jam tiap-tiap hari di atas jalan dan mempunyai “quality time” bersama-sama dengan keluarga untuk mengeratkan percintaan di antara suami isteri dan anak-anak mereka. Sekiranya lebih ramai rakyat Malaysia mempunyai “quality time” dengan pasangan mereka, tidak payahlah Kementerian Pembangunan Keluarga, Wanita dan Masyarakat melaksanakan kempen “Satu Suami, Satu Isteri”.

Kerajaan meminta rakyat mengubah cara hidup dengan mengurangkan penggunaan kereta persendirian dan lebih menggunakan sistem pengangkutan awam. Namun, keadaan sistem pengangkutan awam yang begitu daif di negara kita perlulah diubah dahulu. YB Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna telah mengeluh bahawa untuk beliau menggunakan sistem pengangkutan awam ke pejabatnya, beliau terpaksa bergantung kepada isterinya menghantar beliau dari rumah ke stesen Sentral dengan kereta sendiri, selepas itu menaiki KLIA Express ke stesen Putrajaya, dan akhirnya mengarahkan pemandunya menunggu di stesen untuk menghantar beliau ke pejabat dengan kereta rasmi. Bayangkanlah, menteri kabinet sendiri mengeluh, apatah lagi dengan rakyat biasa yang tidak ada kereta yang terpaksa berhadapan dengan keadaan sebegitu hari demi hari, bulan demi bulan, tahun demi tahun.

Menteri Pengangkutan telah mengumumkan penubuhan Suruhanjaya Pengangkutan Awam untuk mentrasnformasikan sistem pengangkutan awam Malaysia dengan menggantikan peranan yang dibahagikan oleh 10 agensi kerajaan yang berlainan yang terlibat dengan pengangkutan awam yang merupakan antara faktor penyumbang kepada ketidakeffiesienan sistem pengangkutan awam di Malaysia. Namun, saya amat mengharapkan bahawa suruhanjaya ini tidak akan berkesudahan seperti Suruhanjaya Hak Asasi atau SUHAKAM yang boleh diumpamakan sebagai seekor “harimau tanpa gigi”. Saya ingin mencadangkan kepada kerajaan supaya menubuhkan satu Jawatankuasa Pemilih Parlimen tetap atau “Parliamentary Select Commitee” untuk memantau perkembangan dan membincangkan segala pemasalahan yang dihadapi untuk memastikan sistem pengangkutan awam Malaysia benar-benar dapat diubah sehingga menjadi pilihan penggunaan rakyat Malaysia.

Walaupun projek pembinaan landasan kereta api berkembar elektrik Seremban-Gemas akan lebih banyak memanfaatkan kawasan Rembau daripada kawasan Rasah, namun sebagai “government in waiting” di Negeri Sembilan dengan mempunyai 15 kerusi DUN daripada 36 dan satu daripadanya ialah dalam Parlimen Rembau, Pakatan Rakyat Negeri Sembilan mengalu-alukan projek ini. Saya tidak menafikan bahawa penambahbaikan sistem KTM Komuter tentunya akan memberikan manfaat kepada Negeri Sembilan. Justeru itu, saya ingin meminta Menteri Pengangkutan supaya mengarahkan KTM Komuter memperbanyakkan perjalanan Komuter Express di antara Seremban dengan Kuala Lumpur yang hanya mempunyai satu trip sehari pada masa sekarang. Komuter Express yang lebih cepat perjalanannya kerana ia tidak berhenti di stesen-stesen kecil tentunya akan menggalakkan penduduk Seremban yang bekerja di KL mempunyai satu lagi pilihan alternatif.

Namun begitu, sekiranya kita ingin menjadikan sistem keretapi dan bas awam sebagai pilihan utama rakyat Malaysia, salah satu perkara yang perlu ditititberatkan dan dibudayakan ialah ketetapan waktu perkhidmatan. Saya selalu menggunakan perkhidmatan komuter untuk berulang-alik di antara Seremban dan KL tetapi tidak pernah sekali saya melihat komuter sampai ke stesen tetap pada waktu yang diumumkan seperti dalam papas notis elektronik. Begitu juga dengan bas awam dalam bandar. Saya percaya ramai ahli YB di sebelah sana pernah pergi ke Eropah dan menggunakan sistem kereta api mereka. Keefisienan sistem kereta api di Eropah khasnya di German adalah sesuatu yang perlu kita benchmarkkan. Kalau dijadualkan kereta api itu sampai 11.58, minit itulah koc itu akan sampai. Tidak seminit awal, tidak seminit pun lewat. Apakah rintangan yang kita tidak boleh capai sehingga tahap begitu di Malaysia? Tak perlulah Kementerian buat lawatan sambil belajar kerana selalu lawatan tanpa belajar. Saya cadangkan Kementerian lantik seorang konsultan kereta api dari Jerman dan letakkannya di KTM dan bagi dia 6 bulan untuk meningkatkan ketepatan waktu perkhidmatan KTM.

4 comments:

hotack said...

Seremban toll new traffic light is not viable due to the heavy congestion which will be probably started after 5pm especially during the weekends where the Seremban citizens coming back from Kuala Lumpur or people are going to Seremban 2 for shopping. I think the old traffic light which had been removed to be useful enough to curb this problem. Yang Berhormat, I hope you will look after the problem facing by us as the congestion will begin right after the Taman Ast traffic light straight to Seremban toll traffic light as what I noticed these few days despite that the area is not under your constitution. Apart from that, I would like to raise my concern to the traffic light in front of Era Baru as it has already been installed months ago but still not functioning. Sorry for you to hear my complaints because I really do not know one of the Municipal councilors being elected as the state government did not publish the list in the local newspaper as what the Selangor government did recently. Thank you.

OMGGosh said...

YB Loke

What are the question you will raise in the 2nd session Parliament sitting ?

Highlight it on your blog.

Citizen for Rasah Parliament / Lobak .

Loke Siew Fook said...

The questions i posed for 2nd session is in my earlier blog. You can check:

http://lokesiewfook.blogspot.com/2008/06/parliamentary-questions-for-june.html

Some of the answers i have posted earlier in this blog.

Thank you for reading this blog.

OMGGosh said...

YB Loke

Thanks for your reply. I have read your question for 2nd session Parliament sitting .

you highlight question about cost medicine for poor and old
http://www.mcp.org.my/dispensing.html

3rd session Parliament sitting could ask about medical fees . The cost is getting too high .

took from medicine.com.my
18th May 2008
Hospital charges and fee splitting

Milton Lum has written a clear explanation on Hospital charges and fee splitting in today’s Star. This is a good read for those not clear what the hoo-hah is about with the recent MCO impasse

A distinction has to be made between the doctors’ professional fees and the hospital charges. This is important as the doctor is, not uncommonly, held responsible for the whole hospital bill because the doctor is symbolic of the healthcare system.
Doctors’ professional fees are regulated by the Private Healthcare Facilities and Services Act (PHFSA) and its Regulations.
However, the charges of private hospitals are unregulated, for reasons best known to the powers-that-be involved in the formulation of the Regulations of the PHFSA.

It is also a mystery to me why if the Government wants to control health care costs in the private sector, they won’t regulate Hospital charges as well. Hospital charges make up the bulk of the bill and right now there is nothing to stop a private hospital from charging patients RM10 for a cotton swab. Is it because the owners of many private hospitals in Malaysia today are in fact influential Big Business entities, some even GLCs?
Doctors fees are already regulated by the PHFSA and demands by MCOs for discounts in order to be accepted on the panel and to have patients preferentially referred can be indeed construed as a form of “fee splitting” which is unethical.

the full article :
http://clovetwo.com/articles/story.asp?file=/2008/5/18/healthnfitness/21269252&sec=healthnfitness

or

http://clovetwo.com/services/printerfriendly.asp?file=/2008/5/18/healthnfitness/21269252.asp&sec=healthnfitness